Saturday, October 28, 2017

Banjir

Assalamualaikum wbt.

korang pernah main air banjir tak?

rumah korang pernah dinaiki air bah tak?

sejujurnya, ketika kecil, kak amy dan adik beradik selalu pulang ke kampung halaman di Besut semata-mata untuk bermain dengan air bah. kawasan rumah nenek kak amy selalunya dinaiki air, tenggelam 5-6 anak tangga. tapi alhamdulillah rumah kampung berttiang tinggi. jadi dalam rumah memang tak tenggelam.

ketika kecil2 dulu, arwah ayah akan buatkan rakit batang pisang untuk kami adik beradik berakit di sekitar kawasan rumah nenek sambil bermain air bah. selain rakit batang pisang, ada juga tiub tayar lori yang besar kat rumah nenek. dah kami adik beradik sorang pun tak pandai berenang, jadi bergayut kat pelampung tiub besar beramai-ramai. bila dah sejuk berendam, kami naik rakit pulak,  selalunya arwah ayah yang akan tolak rakit tersebut memandangkan ayah sorang je yang tahu berenang hihi.

pada akhir tahun 2011, kak amy dan suami berpindah ke kemaman. tak lama selepas itu, kami terus beli sebuah rumah di sini. kawasan yang tak pernah2 banjir sebelum ini. jiran paling lama yang duduk di kawasan rumah kami adalah mak aji, yang duduk di depan taman kak amy. mak aji menetap di kawasan kejiranan kami lebih daripada 40 tahun. sepanjang tinggal di situ, tidak pernah sekalipun kawasan kejiranan ini banjir.

alkisahnya pada satu hari di bulan disember 2012, ketika itu kak amy keluar bekerja seperti biasa. rumah kami agak tinggi berbanding jalanraya di taman rumah dan jalanraya menghala ke jalan utama. pagi itu, air telah naik paras buku lali di jalanan. kak amy alertkan en suami. kami terus keluarkan kedua-dua kereta ke kawasan yang lebih tinggi. barangan dalam rumah, masih tak ditinggikan. kami lebih kepada bersikap wait and see daripada bersiap awal2 ketika itu. alhamdulillah banjir tahun 2012 setakat melimpah ke dapur separas buku lali sahaja, tak sampai ke dalam rumah. kami balik cuci kawasan rumah, tak sampai setengah hari dah siap.

tahun 2013?

banjir terburuk dengan bandar chukai kemaman lumpuh sepenuhnya. kak amy sendiri menjadi mangsa. rumah kak amy? air sehingga paras dada orang dewasa di dalam rumah. honda city kak amy turut menjadi mangsa banjir kalini. Allahuakbar besar dan kuat dugaan Allah berikan kepada kami kalini. ketika itu kak amy masih menyusukan Uwais, anak kedua yang berusia 11 bulan. semua stok susu tenggelam banjir. peti sejuk tenggelam dan terbalik. kami terperangkap di pusat pemindahan banjir satu malam, alhamdulillah diselamatkan oleh bot2 orang kampung yang turut membantu dalam menyelamat mangsa banjir. sangat kalut ketika itu. di supermarket, penduduk2 berebut2 makanan sampai ada yang bertumbuk. pekerja-pekerja kesihatan kepenatan ketika itu. rumah banjir belakang kira, bakti dan tugas tetap dicurah.

tahun 2014?

rata-ratanya telah bersedia. rumah kami masih lagi dilanda banjir. kalini, paras banjir sedikit rendah iaitu di paras paha di dalam rumah. namun banjir kalini agak lama, memakan masa hampir seminggu untuk surut sepenuhnya. lumpur selut terpalit di merata2..tebal dan licin. binatang-binatang liar turut menghuni rumah yang ditinggalkan seketika. ada yang berbisa seperti kala jengking dan ular. banjir kalini, kak amy bercuti tanpa gaji. tinggal beberapa hari lagi sebelum masuk bekerja semula.

tahun 2015 & 2016?

alhamdulillah. banjir hanya berlaku di segelintir kawasan di kemaman sahaja. rumah kami tidak banjir.

apa-apa pun, korang yang menjadi mangsa banjir janganlah kalut di pusat pemindahan. sentiasa ikut nasihat-nasihat yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan kerana mereka inilah yang monitor keadaan banjir secara dekat. utamakan keselamatan korang setiap masa ketika musim  banjir.