Thursday, August 31, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 22

TARIKH : 31/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

31.8.2017, hari kami berwuquf di padang arafah. Berwuquf di arafah adalah salah satu daripada rukun haji. Tidak berwuquf bermakna tidak sah hajinya.

Untuk makluman korang, berwuquf di arafah adalah merupakan KPI penting tabung haji setiap kali musim haji. Ianya menentukan keberjayaan musim haji tersebut. Sasaran tabung haji semestinya 100% jemaah haji berwuquf di arafah saban tahun.

Cabaran arafah tak lain tak bukan adalah cuaca. Kalau lah korang boleh bayangkan kepanasan berada di tengah2 padang di malaysia, tambahan di sini adalah bukan padang biasa, tapi PADANG PASIR. Tiada termometer pencatat suhu di sini, namun kak amy dapat agak suhu di tengahari semestinya melebihi 40'C.

Khemah? Padat. Tapi masih boleh bergerak tidur berpusing2 memandangkan ada juga jemaah yang berjaga sepanjang berada di arafah. Dan ada juga jemaah mengambil peluang untuk duduk di luar2 khemah di bawah2 pokok bersama suami dan isteri masing2.

Seusai waktu zohor, ramai jemaah keluar dari khemah mencari tempat2 teduh sebagai port untuk beramal dan berdoa apabila tiba waktu kemuncak selepas asar nanti.

Pesan ummi (pembimbing agama maktab kami), berdoalah sambil menitiskan air mata di arafah. Bukan sorang dua, rata2 jemaah menangis teresak2 berdoa di sana. Seolah-olah hati kami para jemaah dijentik perasaan sangat takut dengan dosa2 lampau, kebergantungan tinggi terhadap Tuhan Yang Satu. Ini adalah antara momen paling indah dalam hidup kak amy yang sukar untuk digambar. Korang datanglah ke sini, kerjakan haji dan korang akan rasa apa yang kami rasa!

Di arafah juga menyaksikan permulaan aktiviti sesat2 para jemaah. Dari maktab nun jauh 84 pun boleh sesat sampai ke maktab kami. Alhamdulillah jika muassasah, senang untuk kami pihak sabahat menghantar. Jika datang bersama pakej, kami akan terus menghantar ke pejabat TH yang menguruskan jemaah pakej. Namun ada juga jemaah yang datang bukan dengan muassasah, bukan dengan pakej melalui TH, sebaliknya datang dengan orang perseorangan (sekumpulan kecil). Kes macam ini agak sukar kami nak tolong. Ditambah lagi makcik pakcik yang sesat ini biasanya ke tandas tanpa sebarang kad/gelang pengenalan diri!

Malamnya, selepas maghrib, kami mula beransur meninggalkan bumi halal arafah menuju ke Muzdalifah untuk bermabit di sana. Kak amy seperti biasa booked last bus. Cuma kalini kak amy heret sekali mr hubby (walaupun mr hubby bukan sahabat TH) untuk sama2 menolong jemaah2 yang uzur dan sakit mengangkat barang2 dan menolak mereka yang berkerusi roda sehingga menaiki bas. Yang muda2 nanti datang mengerjakan haji, ambillah peluang ini untuk sama2 menolong jemaah lain yang memerlukan. InshaAllah kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Itu yang kak amy pegang.

Kak amy sampai di muzdalifah menghampiri jam 11malam. Penat! Itu je yang kak amy boleh bagitau. Mungkin hypoglycemia jugak sebab memang kak amy purposely makan sedikit di arafah untuk mengelakkan pergi ke tandas acap kali.

Tandas di arafah muzdalifah mina tidaklah seselesa seperti di hotel.
Beraturnya panjang!
Hygienic status?
Jangan ditanya apabila melibatkan penggunaan pelbagai latar belakang manusia dengan pelbagai ragam.

Kak amy terlepas peluang beramal ibadah di muzdalifah. Asbabnya? Sampai2 terus letak kepala atas beg dan lena!πŸ˜‚ Semoga Allah mengampuni dosa2 kak amy yang terlampau banyak tidak terhitung ini. Mohon doa kalian juga.

Sekitar jam 1.30pagi, kak amy dan mr hubby menaiki bas nombor 5 ke mina. Kalini kak amy tidak lagi memilih bas last memandangkan kesemua jemaah2 haji yg uzur dan sakit dibawa ke mina terlebih dahulu oleh bas khas dan mereka sampai dahulu berbanding jemaah lain. Alhamdulillah semoga Allah permudahkan urusan haji mereka dan kami semua pada musim haji 1438H ini. Ameen.

Kak Amy
Mecca 1438H

Wednesday, August 30, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 21

TARIKH : 30/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Hari yang ditunggu-tunggu oleh para jemaah.

Kami di muassasah telah dijadualkan untuk berangkat sehari lebih awal ke Padang Arafah. Ada juga di kalangan jemaah haji yang datang dengan pakej bertolak esoknya dan ada juga kumpulan pakej yang bermalam di mina dulu pada malam ni sebelum bertolak ke arafah pada esok harinya.

Sebelum itu, kak amy nak maklum kepada korang bahawa padang arafah ni terletak di tanah halal tau! Jadi larangan2 khusus berkenaan tanah haram seperti memetik daun pokok, mematahkan ranting pokok dan lain2 boleh dilakukan di sini walaupun dalam keadaan berihram.

Sebetulnya mengikut jadual yang diberi oleh pihak muassasah kepada tabung haji, group pertama dari maktab kami sepatutnya bertolak pada jam 9pagi. Namun atas asbab yang tidak dapat dielakkan, trip pertama bermula jam 2petang. Padahal group yang trip pertama tersebut telah menunggu di lobi seawal jam 8.30pagi lagi.

Menambahkan lagi dugaan, maktab kami tidak disediakan makanan tengahari dan makan malam di hotel. Makan tengahari dan malam kami disediakan oleh pihak muassasah di arafah. Korang kena ingat tau, rata2 jemaah haji yang datang menunaian haji ada yang berusia dan ada juga yang berpenyakit.

Period tanpa makanan lebih kurang 6 jam sudah cukup untuk menyebabkan pakcik makcik diabetes mengalami hypoglycemia. Masing2 dah berpeluh2 dan menggeletar. Ada yang datang berkumpulan, kami nasihatkan salah seorang yang sihat keluar mencari nasi arab atau makanan di sekitar hotel. Ada yang terus bukak bekalan makanan untuk ke arafah, ber'maggi2'an sambil mencicah biskut kering dengan teh atau kopi di lobi hotel.

Bas sampai, berdessup para jemaah bangun. Para petugas dan sahabat maktab membahagikan tag2 nombor bas kepada para jemaah. Mereka menaiki bas mengikut giliran nombor bas yang diberi. Maktab kak amy ada 29 buah bas kesemuanya yang digunakan untuk mengangkut para jemaah ke padang arafah.

Tidak dilupa juga kak amy bekalkan kepada sahabat maktab yang menaiki bas pertama dengan gula2, andai kata makcik pakcik hypo di dalam bas, boleh terus diberi gula2 tersebut sebagai rawatan awal.

Kak amy terpisah dengan mr hubby. Mr hubby menaiki bas nombor 5 pada jam 3ptg sementara kak amy menaiki bas paling akhir, bas yang dikhaskan untuk jemaah2 haji yang mengalami sakit2 tertentu dan uzur fizikal seperti post myocardial infarction (post bypass surgery) on walking frame, a few jemaah haji with wheel chairs due to physical limitation dan sebagainya. Bas kak amy bertolak pada jam 9 malam hari yang sama.

Kak Amy
Mecca 1438H

Tuesday, August 29, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 20

TARIKH : 29/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Kelibat para jemaah haji sudah tidak sabar untuk berwuquf. Di mana2 pasti topik berkenaan arafah muzdalifah mina yg dilontarkan. Baik di kafe, di dalam lif, hatta berjumpa di kaki lima sekalipun.

Soalan-soalan lazim yang menjadi topik perbualan sesama jemaah,

Beg dah siap ke belum?

Berapa bijik beg dibawa ke sana?

Berapa helai jubah/kain ihram dibawa? Cukup ke?

Makanan kering dah beli? Beli banyak mana? Cukup ke?

Bila agak2 nak bertolak esok ye?

Pukul berapa nak mandi sunat ihram esok?

Pukul berapa nak berihram esok?

Doa apa yang nak dibaca di arafah nanti?

Dan macam2 lagi.

Sahabat2 maktab pula mengambil kesempatan membantu pihak tabung haji mengagihkan gelang arafah kepada para jemaah. Gelang ini perlu dipakai sehingga waktu keberangkatan pulang ke Malaysia. Bukan gelang emas tau! Ala2 gelang masa kalo check in kat hospital kerajaan gitu πŸ˜‰



Kak Amy
Mecca 1438H

Monday, August 28, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 19

TARIKH : 28/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Bersempena hari wuquf yang berbaki 2 hari lagi (wuquf pada 31/8/2017), kak amy nak share berkenaan dengan kasut dan selipar.

Since nanti untuk tujuan melontar, jemaah haji perlu berjalan 2km pergi melontar dan 1.5km balik ke khemah masing2, maka pihak tabung haji menasihatkan agar jemaah mencari kasut atau selipar yabg sesuai dan selesa untuk perjalanan jauh itu.

Rumates kak amy ada yang keluar mencari kasut untuk tujuan itu. Alhamdulillah jumpa jugak mereka dengan kasut yang sesuai.

Bagi pihak jemaah perempuan, kasut dan sepatu tidak terlalu bersyarat ketika di dalam ihram. Janji menutupi aurat (memang jemaah haji berstokin) dan selesa dipakai.

Bagi jemaah lelaki pulak, mereka diwajibkan memakai selipar yang menampakkan kelima2 jari kaki. Sebarang selipar yang tidak menepati kriteria tersebut perlu ditukar segera sebelum berniat ihram haji/umrah.

Nasihat kak amy, beli siap2 kasut yang selesa dipakai di malaysia lagi. Kalo boleh pakai dulu kasut tersebut di malaysia bagi menyesuaikan kaki kita dengan kasut tersebut.

Harga kasut?

Terpulang pada anda. Boleh tepuk poket masing2 bertanya berapa anggaran harga kasut yang mampu dibeli. Janji syaratnya adalah SELESA.

Cerita pencarian kasut kak amy bermul di butik carlo rino. Masa tu ada promosi beli 2 pasang dengan harga rm99. Jadi kak amy grab la sepasang kasut heels untuk  gi kerja dan sepasang flat shoes, cadangan untuk digunakan di mekah nanti.

Flat shoes tu kak amy pakai dulu untuk ke mall dan sebagainya. Tak sampai sebulan, tapaknya dah tercabut. Belakang kaki kak amy pun sedikit melecet sebab kasutnya agak keras.

Nampak ketidaksesuaian di situ, kak amy decide untuk mencari kasut lain untuk dibawa ke mekah. Jumpa, berkenan, test selesa dan terus beli (sebenar angkat letak angkat letak jugak sbb jarang bebeno kak amy beli kasut lebih dari rm100 sepasangπŸ˜…).

Alhamdulillah kak amy pakai di malaysia dan sememangnya sgt selesa. Part ni terpaksa 'alah membeli menang memakai' huhu. Selalunya prinsip yang kak amy pegang adalah 'menang membeli menang memakai'.

So nanti korang nak datang sini buat haji, beli kasut yang sesuai ye! Untuk tawaf dan saie tak perlu berkasut tau sbb dalam kawasan masjid.


Kak Amy
Mecca 1438H

Sunday, August 27, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 18

TARIKH : 27/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Semalam di sebelah pagi, kak amy dan Sahabat2 TH yang lain telah dibawa melawat kawasan khemah maktab 78 di padang Arafah, tempat di mana kami akan berwuquf pada hari khamis ini.

Tujuan lawatan ini adalah supaya Sahabat2 TH dapat mengenalpasti lokasi2  khemah maktab 78 bagi memudahkan urusan penempatan jemaah pada hari rabu kelak.

Untuk makluman semua, hari wuquf jatuh pada hari khamis 31/8/2017. Namun para jemaah akan dibawa ke sana sehari awal iaitu pada hari rabu memandangkan urusan pengangkutan jemaah sendiri mengambil masa yang lama.

Tambahan pula, akan berlaku jalan yang sesak pada hari rabu tersebut memandangkan hampir kesemua jemaah dari seluruh dunia bergerak pada hari dan waktu yang sama ke Padang Arafah. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 minit akan menjadi 5-6 jam akibat kesesakan lalulintas. Bak kata pepatah, jalan kaki pon lagi cepat πŸ˜… namun pihak tabung haji tidak menyarankan jemaah untuk berjalan kaki memandangkan pelbagai isu2 yang akan timbul kelak seperti keselamatan jemaah, bimbang jemaah tersesat dan sebagainya.

Selepas lawatan di Padang Arafah, kami melawat pula salah satu daripada 8 dapur tabung haji yang menyediakan hidangan kepada para jemaah untuk makan tengahari dan malam.

Dapat kak amy simpulkan di sini, dapur tabung haji agak lengkap dan sememangnya mengamalkan standard keselamatan dan kualiti makanan seperti yang disarankan oleh BKKM Malaysia. Malah mungkin lebih lagi. Sebab itulah insiden keracunan makanan adalah sangat minima di tanah haram ini.
Mereka juga ada menyimpan sampel proxy makanan selama 72 jam jika berlaku insiden keracunan makanan.

Lawatan semalam agak best dan kami para sahabat semakin bersemangat untuk membantu pihak tabung haji menguruskan jemaah2 haji malaysia dengan cemerlang!



Kak Amy
Mecca 1438H

Saturday, August 26, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 17

TARIKH : 26/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Pada 23/8/2017 kami para jemaah KT43 telah di brief berkenaan taklimat di Masyair oleh ummi, pembimbing agama wanita di maktab.

Selain mengulangkaji berkenaan isu wuquf si Arafah, mabit di Muzdalifah dan bermalam di Mina, ummi jugak berpesan pada kami berkenaan bekalan makanan kering yang perlu dibawa serba sedikit.

Jadi harini kak amy dan mr hubby bawak rakan2 sebilik kak amy ke Supermarket Bin Dawood untuk membeli barangan kering yang nak dibawa ke Masyair nanti.

Kebanyakan hasil tangkapan kami di Bin Dawood adalah lebih kepada barangan kering iaitu biskut, roti kering, kerepek. Kak amy juga ada menambah stok susu segar yang makin menyusut di dalam peti sejuk.

Untuk makluman, juadah hidangan tengahari dan juga makan malam ada disediakan oleh pihak tabung haji seperti biasa di Masyair. Namun, bagi jadual waktu makan yang lain perlu disediakan sendiri oleh pihak jemaah.

Sebelum ke supermarket Bin Dawood, kami menyantap dinner di food court Jabal Omar, salah satu shopping complex yang attach dengan Hilton Suites, berhadapan dengan  Masjidil Haram.

Santapan kami untuk 5 orang adalah merupakan 2 hidangan ayam Broast, 1 shawarma dan sepinggan nasi arab. Nasi arab sepinggan di sini memang untuk santapan ramai. Kalo perut jemaah haji malaysia, memang takkan habis seorang makan πŸ˜… ayam broast pula merupakan ayam ala2 KFC yang didatangkan sekaligus dengan kentang dan roti arab (ala2 macam wrap kalo kat malaysia).

Alhamdulillah kenyang untuk 5 orang makan.


Kak Amy
Mecca 1438H

Friday, August 25, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 16


TARIKH : 25/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Korang pernah dengar tak istilah Sahabat Tabung Haji?

Mungkin bagi yang pernah menunaikan haji pernah kot.

Semalam kak amy dan 20 lagi jemaah dengan rasminya dilantik sebagai Sahabat Tabung Haji bagi Maktab 78.

Sahabat TH ini terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu Sahabat Medik, Sahabat Ibadah dan Sahabat Maktab. Bidang tugas kami adalah menolong para jemaah haji yang lain bagi melancarkan urusan tabung haji.

Rata2 kami terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan seperti guru, pemilik katering, chemist, bekas pembatu farmasi, bekas jururawat, doktor pakar, pegawai perubatan, pegawai APNM, pegawai IT dan sebagainya.

Kebanyakan sahabat2 maktab adalah jemaah lelaki yg muda rata2 berusia 20-an dan awal 30-an.

Bagi sahabat medik pula, terdapat 4 orang kesemuanya melibatkan 1 pegawai perubatan, 1 pakar bedah, 1 pakar O&G dan 1 pakar tulang.

Manakala pegawai ibadah pula diambil daripada latar belakang ustaz dan ustazah yang mengajar di institusi pendidikan di tanahair.

Semasa majlis perlantikan, kami diberi surat watikah perlantikan dan disarungkan jaket Sahabat Tabung Haji oleh pengurus maktab dan juga pembimbing ibadah wanita.

Semoga kami semua dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberi dengan ikhlas dan dapat menolong melancarkan urusan jemaah haji sesi 2017M/1438H. Ameen.

Kak Amy
Mecca 1438H

Thursday, August 24, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 15


TARIKH : 24/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Isu kalini berkenaan RAPATKAN SAF.

Korang selalu tak dengar di masjid/surau setiap kali nak solat fardhu, imam mesti akan bagitau supaya rapatkan saf. Kalo tak agitau pun, jemaah dengan sendirinya akan merapatkan saf sesama sendiri.

Rapatkan saf ini sebenarnya lambang penyatuan ummat Islam. Orang2 tua selalu cakap kalo saf renggang2 nanti syaitan ade kat tengah2.huhu.

Di masjidil haram, memang sangat ramai jemaah berjemaah setiap kali solat fardhu. Di dalam mahupun di luar kawasan dataran masjidil haram, pihak arab saudi telah menetapkan sesetengah kawasan untuk jemaah lelaki dan sesetengah kawasan untuk jemaah wanita. Jadi jemaah2 tidak boleh duduk sewenang2nya suami isteri untuk sembahyang fardhu bersama.

Sesetengah jemaah faham berkenaan isu rapatkan saf ini. Jadi apabila mereka bangun untuk solat fardhu ketika iqamat dilaungkan, mereka dengan sendirinya memperbetulkan saf masing2 bagi membolehkan jemaah lain memenuhi ruang yang masih lompong.

Namun ada juga segelintir jemaah dari pelbagai negara termasuk Malaysia sendiri mengamalkan sistem RAPATKAN SEJADAH, bukan rapatkan saf.

Korang faham tak bila sistem rapatkan sejadah diamalkan, masih terdapat banyak ruang lompong yang boleh diisi oleh jemaah lain. Ini berikutan sejadah masing2 sangat lebar dan boleh buat selimut tebalnya huhu. Bila ada jemaah yang cuba mencelah, terus dihambatnya. Sadis rasa bila tengok situasi begini.

Yelah sejadah mahal,kan? Tak boleh share dengan sape2. Lagipun sejadah baru beli kat Mekah tu. Lagi lah tak boleh share πŸ˜‚ .

Rata-rata yang mengamalkan sistem rapatkan sejadah ini adalah jemaah yang agak berusia. Bila ditegur, takut dikatakan biadap. Last2 biarkan je sambil berdoa supaya Allah bagi petunjuk. Mungkin itu yang makcik2 praktis di surau/masjid di Malaysia. Harapnya selepas balik dari tunaikan haji, adalah perubahan yang makcik2 ni buat di kampung halaman masing2.

Korang nanti pesan kat mak ayah dan diri sendiri tau. Sentiasa amalkan rapatkan saf, bukannya rapatkan sejadah!



Kak Amy
Mecca 1438H

Wednesday, August 23, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 14


TARIKH : 23/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Pagini kami decide nak ke masjidilharam awal. Seawal jam 9pagi dah menapak dah ke sana.

Sebenarnya kami plan nak gi safwa hotel, di bawahnya ada banyak kedai2 menjual pelbagai barangan dan juga supermarket ala2 aeon.

Niat di hati nak membeli 2 helai jubah yang dipesan oleh ibu saudara dan staff di tempat kerja. Walaupun banyak kedai menjual pelbagai jenis jubah di sana, namun kak amy dan mr hubby tidak tertarik untuk masuk ke dalam kedai2 tersebut.

Kami akhirnya masuk ke supermarket, mr hubby membeli air kotak kelapa, kak amy selesa dengan susu berperisa vanilla berharga 1 riyal.

Pada kak amy, susu di sini agak murah berbanding di malaysia. Fresh milk 800ml berharga hanya 3 riyal. Bagi peminat susu tegar macam kak amy, susu setiap harini is a must!

Keluar dari supermarket, kami ke kedai buku, membeli buku 'Islamic Medicine The Key To A Better Life' keluaran Darussalam berharga 60 riyal. Agak menarik kupasan ayat2 al-Quran dan hadis yang ditulis bersama ubatan tradisional serta clinicalnya.

Jam 11.15 pagi, kami bergegas ke masjidilharam untuk menunaikan solat zohor. Zohor sebenarnya masuk pada jam 12.23tghari. Tetapi sejam sebelum masuk waktu solat fardhu, kebanyakan gates masuk ke masjidil haram telah ditutup. Jadi para jemaah terpaksa bersesak2 untuk masuk ke mana2 pintu yang masih dibuka.

Dah masuk ke dalam masjid, cabaran pula mencari tempat untuk bersembahyang memandangkan hampir kesemua tempat telah penuh dan jemaah dipaksa naik ke atas bumbung untuk berjemaah. Zohor equal to tengahari equal to panas lit2 suhu melebihi 40'C. Dah nama bumbung memang takde atap zink la sebagai peneduh huhu.

Pengajarannya, datang lah awal ke masjidil haram sekurang2nya 1 jam 30minit sebelum setiap solat waktu. 1 jam 30 minit tu dah sampai ke masjidil haram tau.Jangan baru nak gerak dari hotel!

Kak Amy
Mecca 1438H

Tuesday, August 22, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 13

TARIKH : 22/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Kalini nak share dengan korang berkenaan kemudahan2 naik turun berjalan yang disediakan oleh pihak kerajaan arab saudi dan juga di hotel.

Tujuan kak amy share adalah hasil pemerhatian sendiri terhadap jemaah2 haji terutamanya jemaah haji malaysia yang agak berusia. Jadi kalo mak ayah korang nak menunaikan haji atau umrah nanti, pastikan korang ajar mereka betul2 cara menggunakan kemudahan yang disediakan k.

Kemudahan2 yang kak amu maksudkan adalah lif, escalator dan walkalator.

Lif ini memang ada di semua hotel. Pastikan korang bawak mak ayah korang naik lif dan ajar diorang nak tekan butang mane bila dah naik lif tu. Ada sesetengah jemaah yabg agak berusia ni gayat naik lif. Tambah2 lagi bila dinding lif nya transparent bercermin yang nampak di luar. 

Cerita betul di hotel kami, seorang pakcik tunggu depan lif agak lama sehinggalah kak amy dan mr hubby sampai ke depan lif. Bila ditanya nak ke mana, pak cik bagitau nak naik bilik. Tapi butang naik atau turun satu pon tak ditekan. Pak cik mengharapkan lif tu bukak sendiri je. Kesian pulak. Dah la di tangan bawak makanan minuman, bukan berlenggang kangkung. Masuk dalam lif, of cos pakcik tak tau nak tekan butang ape, hanya bagitau kami nombor bilik sahaja. Kalo kami atau jemaah lain tak datang tadi, agak2 ade tak sejam pak cik tu berdiri depan lif? πŸ˜‚

Hal kedua berkenaan escalator. Di masjidil haram, memang ada escalator disediakan untuk kemudahan jemaah haji. Tak semua pintu ada escalator. Untuk makluman semua, pintu masjidil haram di bahagian ground floor kebiasaaannya akan ditutup lebih awal berbanding dengan pintu di bahagian atas (1st floor dan 2nd floor/roof) dan bawah (LG). Jadi jemaah yang datang agak lewat terpaksa naik ke atas atau turun bawah. Kalo turun bawah biasanya takde masalah sebab hanya ada tangga.

Jika di bahagian atas, ada sesetwngah pintu hanya ada escalator sahaja, tiada option tangga biasa. Jadi nak tak nak, makcik pakcik terpaksa jugak naik escalator. Nak naik satu masalah sebab mereka takut nak melangkah di atas escalator yang sedang bergerak. Kebiasaannya terpaksa ditolak dari belakang atau ditarik dari depan oleh jemaah lain. Jadi korang boleh bayang tak makcik pakcik tua ditolak oleh jemaah2 dari negara2 berbadan sasa? Kesian tau! Nasib tak elok, siap boleh jatuh lagi. Hal yang sama bila nak turun dari escalator. Cuma yang ni lebih merbahaya memandangkan terdapat jemaah2 di belakang yang menunggu untuk turun jugak. Kalo makcik pakcik tak melangkah, korang agak2 macam mana jemaah lain nak turun dari escalator tu?

Walkalator pon sama kekdahnya dengan escalator. Untuk makluman, walkalator ada disediakan di laluan ketika hendak melontar di ketiga2 jamrah nanti di mina - jamrah kubra, jamrah wusta dan jamrah sughra.

Jadi kepada sesiapa yang mempunyai mak ayah yang tak pernah langsung menggunakan 3 alatan dan kemudahan ini, kak amy cadangkan agar kkrang bawak parents korang round shopping mall di malaysia dulu sebelum diorang datang ke sini. Sekurang2nya ada usaha korang nak ajar mak ayah dari malaysia lagi.



Kak Amy
Mecca 1438H

Monday, August 21, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 12

TARIKH : 21/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Harini kak amy nak share berkenaan pintu2 masjidil haram.

Sebenarnya kak amy pon sendiri tak tau kesahihan berapa banyak pintu masjidil haram ni. Sebab memang agak banyak which means confirm lebih dari 50 pintu. Tapi ada pintu2 utama juga.

Kalo korang gugel pun, ada pelbagai bilangan pintu yang dinyatakan.

Cuma pintu yang selalu kak amy keluar masuk adalah pintu 74 berdekatan dengan pintu utama King Fadh. Memang perjanjian kak amy dan mr hubby sebegitu setiap kali selesai solat dan kami bercadang untuk balik ke hotel, kami akan tunggu di pintu spesifik iaitu pintu 74.

Manakala kalo nak keluar dari tawaf  selepas selesai tawaf, kak amy dan mr hubby akan tuju ke "King Fadh Expansion". Kami selalunya tawaf di tingkat 1. Jarang kami tawaf di ground floor bagi mengelakkan himpitan jemaah yang ramai di bawah. Namun sejak akhir2 ini, tawaf di atas pun terhimpit juga memandangkan jemaah makin hari makin ramai.

Kebiasaannya tawaf di tingkat atas mengambil masa 1 jam 10 minit, average 10 minit untuk 1 pusingan tawaf, ikut speed kak amy dan mr hubby. Kalo ikut speed mak su sebilik dengan kak amy, dalam 2 jam 15 minit tawaf tanpa henti dan bertongkat.

Tawaf ni ikut pada kemampuan korang. Selalunya kak amy akan habiskan tawaf masa itu juga, kecuali kalo dah masuk waktu solat fardhu, baru kak amy berhenti dan kemudian sambung balik selepas solat fardhu.

Nanti pesan pada parents atau korang sendiri yang pergi umrah/haji, seeloknya biasakan dengan satu pintu masuk sahaja bagi mengelakkan kekeliruan dan tidak sesat. Kak amy dan mr hubby prefer pintu 74 memandangkan keluar sahaja dari pinty tersebut terus straight jalan ke hotel kami.



Kak Amy
Mecca 1438H

Sunday, August 20, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H -DAY 11

TARIKH : 20/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Harini kak amy nak bercerita mengenai lubuk lontaran para jemaah haji sebelum berwuquf di Padang Arafah, bermabit di Muzdalifah dan bermalam di Mina.

Bila disebut lubuk lontaran ni, apa yang korang gambarkan?

Melontar di jamrah qubra, jamrah wusta dan jamrah sughra?

Hihi of cos lah tidak sama sekali.

Yang ni adalah lontaran duit para jemaah haji di  kaki2 jalan, kaki lima hotel dan kedai2 berhampiran di mekah.

Selain dari kedai2 permanent sedia ada di sekitar kota mekah, jemaah juga kerap membuat lontaran di kaki2 lima jalan dan bangunan selepas sahaja sembahyang fardhu di masjid.

Di kota Mekah ini seolah2 telah menjadi satu trend setiap kali selepas solat fardhu, maka berduyun2 lah si arab berkulit gelap menghamparkan kain untuk jualan pelbagai jenis barangan dari songkok, kopiah, serban, jubah, sejadah, gelang, cincin pendek kata semua barangan2 ibadah dan juga souvenirs ada dijual. Tempat jualan mereka adalah sepanjang jalan antara masjid ke hotel.

Jadi selepas sahaja solat fardhu, memang jalan2 raya akan sibuk dengan penjaja2 ini dan potential customers berjual beli di sepanjang jalan. Acap kali juga penjaja2 ini dihambat oleh  pihak berkuasa (polis kot) Arab Saudi. Tapi mereka tak pernah berputus asa membuka 'kiosk sementara' ini setiap kali selepas solat fardhu.

Rata2 barangan agak murah berbanding di kedai2 biasa. Sejadah nipis bersaiz besar boleh didapati dengan harga di antara 1 hingga 5 riyal bergantung kepada ketebalan dan kualiti sejadah. Jubah kanak2 pun boleh didapati dengan harga serendah 5 riyal.

Cuma pesanan kak amy, kalo para jemaah nak melontar duit di kiosk2 sementara ini, sediakan duit kecil secukupnya dan bayar genap2 harga yang dijanjikan. Bukan apa, kerap kali juga terjadi apabila penjaja sedang sibuk mencari baki duit untuk customernya, tiba2 diserbu polis. Apa lagi memang tak pandang belakang la diorang cabut lati bersama2 dengan duit baki customer πŸ˜‚

Jadi pepandai lah ye kalo nak melontar di kaki lima jalan dan bangunan ye.

Kak amy pernah melontar di kaki lima jalan/bangunan x?

Setakat ni belum lagi atas 2 sebab;

1) kak amy dan mr hubby sengaja keluar dari masjid lewat supaya jalan raya boleh clear dulu. Sesambil tu, kami mengaji/tawaf sunat di masjidil haram.

2) kak amy purposely tak bawak duit langsubg kalo pergi ke masjid Bin Laden yang dekat dengan hotel tempat kak amy mrnginap. Dengan cara ni, walaupun terliur dengan apa yang dijual, confirm xboleh beli sebab diorang kan penjual silap mata, kejab je dah lesap kalo kena kejar dengan polis.huhu. nak tunggu balik hotel ambil duit dan turun semula memang tak la.

Yang paling utama Allah masih tak bukakan hati untuk membuat lontaran di mana2 kedai alhamdulillah. Sejak di Malaysia kak amy dan mr hubby memang dah berpesan sesama sendiri untuk ke tanah suci bukan tujuannya shopping sebaliknya memperbaiki diri dan amal ibadah kami yang banyak lompangnya.

Semoga Allah terus menetapkan hati kak amy dan mr hubby.



Kak Amy
Mecca 1438H


Saturday, August 19, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 10



TARIKH : 19/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak Amy bersiaran lagi.

Dugaan hari ini. Seawal pagi, mr hubby complaint sakit perut memulas. Ulang alik tandas berkali2. Demamnya tidak. Jadi kak amy diagnos sendiri as AGE atau acute gastrointestinal enteritis.

Alkisahnya semalam mr hubby membeli makanan di kedai makan di Hilton. Nasi beriani lauk ayam yang dimasak bersama-sama nasi. Kak amy ada rasa jugak secubit ayam. So far ok. Selebihnya kak amy makan makanan yang dibekalkan pihak tabung haji pada malam itu.

Asalnya kami dah bertapak ke masjidil haram jam 3.30pagi. Dalam 20m keluar dari hotel, tetiba mr hubby bagitau perutnya memulas seperti orang nak beranak (padahal dia tak pernah beranak pun hahaha). Kami kemudiannya patah balik ke hotel dan bersolat di masjid berhampiran sahaja.

Sakit perut mr hubby berlarutan sehingga ke malam. Diarrhea 11 kali, muntah 1 kali. Selain subuh berjemaah di Masjid Bin Laden, mr hubby bersolat di bilik sahaja.

Selepas balik bersolat jemaah zohor di Masjid Bin Laden, mr hubby call minta tolong ke klinik ambilkan ubat. Menyerah jugak akhirnya. Sejak dari awal pagi lagi kak amy nasihatkan suruh makan ubat, tapi kekal jugak nak bertahan dengan simptom sakit perut tu. Nasib la hydration masih ok. Kalo x, kat bilik pun kat bilik la i drip kan u haaa...penakut betul dengan jarum. Nama je laki doktor.huhu.

Dugaan besar mr hubby sepanjang 10 hari berada di mekah adalah bab makanan. Dia pantang nampak makanan especially yang arab2 style. Memang confirm beli dan makan. Makan bukan sikit. Sebungkus 10 riyal makan sorang. Kalo level kak amy, sebungkus tu kenyang untuk 3 orang makan =)

Tidak dinafikan di mekah ini agak banyak choices of food yang kena dengan selera makan kami. Semua makanan nampak sedap dan menyelerakan. Tambah2 lagi bila kami jumoa foodcourt yang selesa attached dengan hilton hotel di jabal omar. Makin menjadi2 craving towards food. Lepas isya' je, terus menapak ke foodcourt ni hihi.

Korang yang nak datang sini tak yah risau pasal makanan tau! Bukan takat western arabian food yang ada, traditional malay food pon bersepah bak hang...hatta budu ikan kering pun boleh dapat tau di mekah! Jadi xyah la korang berat2 angkut beg yang sarat dengan makanan k. Nak angkut kurma air zam2 bawak balik takpe la nanti 😊



Kak Amy
Mecca 1438H

Friday, August 18, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 9


TARIKH : 18/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Harini hari Jumaat. Setiap hari jumaat, pembimbing haji wanita yang kami panggil ummi akan mengadakan taklimat bermula jam 11pagi dan kemudiannya akan sama2 bersolat jemaah zohor dengan diimamkan sendiri oleh ummi di ruang legar hotel.

Pada hari jumaat, pihak tabung haji tidak menggalakkan jemaah wanita untuk berjemaah di masjid bagi mengelakkan kesesakan dan memberi laluan jemaah lelaki untuk bersolat jumaat.

Apabila semua kakitangan dan jemaah haji lelaki telah pergi ke masjid, ummi pun start sharing hal2 berkenaan kewanitaan. Kalini ummi sharing berkenaan cara-cara nak menambat hati suami.

Ada beberapa tips yang ummi share yang boleh diamalkan oleh para isteri solehah.

1) Khas untuk isteri2 yang tidak share suami (monogami) dengan mana2 wanita lain ye. Kalo untuk suami yang dah berpoligami, ummi bagitau haram berdoa sebegini.

"Ya Allah, engkau tutupkanlah pandangan  suamiku ke atas perempuan selain aku."


2) Bacaan zikir nama Allah yang Maha Pengasih.

"Ya wadud"

Ertinya : Yang Maha Pengasih.

Ummi sarankan baca sebanyak 99 kali ketika masak. Tips nya ialah boleh pilih menu yang lambat masaknya supaya sempat 99 kali zikirnya.


3) Tiup makanan sambil selawat.

Yang ni ummi bagitau, tiup perlahan je. Jangan sampai bersembur air liur masuk dalam makanan en suami huhu.


4) Amalkan bacaan zikir ini ketika suami tidur.

"Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir"


5) Sentiasa bacakan alfatihah utk diri sendiri, suami, anak2 dan saudara mara.

Baca spesifik 1 alfatihah untuk diri sendiri, 1 alfatihah untuk suami, 1 alfatihah untuk setiap anak, 1 alfatihah untuk ibu, 1 alfatihah untuk bapa.

Amalkan setiap kali selepas solat fardhu.


Boleh tak isteri2 solehah di luar sana amalkan?

Jom sama2 amalkan dalam kehidupan harian. Xperlu minyak pengasih atau apa2 yang khurafat dan mensyirikkan Allah pun.

Misi mengikat hati mr hubby hanya kepadaku sorang =)


Kak Amy
Mecca 1438H

Thursday, August 17, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 8




TARIKH : 17/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Harini kak amy, mr hubby dan rumates joined program ziarah sekitar kota Mekah. Untuk jemaah haji muassasah, tiada program ziarah free yang disediakan oleh pihak tabung haji. Cuma tabung haji sediakan kaunter ziarah kelolaan syarikat swasta di lobi hotel untuk memudahkan para jemaah menziarahi tempat2 bersejarah di zaman kenabian dulu.

Ada 3 program ziarah yang disediakan oleh pihak syarikat ini.

1) ziarah kota mekah - 30 RSA

2) ziarah hudaibiyah - 30 RSA

3) ziarah (miqat) tana'im -10 RSA

Kak amy dan mr hubby pilih untuk ziarah sekitar kota mekah meliputi

1) Jabal Tsur

Tempat persinggahan Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar ketika perjalanan hijrah nabi ke Madinah.

2) Jabal Rahmah - Padang Arafah

Dikatakan tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah bertahun2 dicampakkan ke dunia dari syurga.

Jabal Rahmah juga merupakan tempat wuquf paling afdhal mengikut Imam Nawawi kerana nabi berwuquf di kaki jabal rahmah ini pada 9 zulhijjah ketika menunaikan haji.

3) Muzdalifah

Tempat para jemaah haji mabit setelah berwuquf di padang arafah. Di sini juga, para jemaah disunatkan untuk mengutip anak2 batu bagi lontaran di jamrah qubra di mina nanti.

4) Mina

Tempat jemaah bermalam selama 3 malam dan melontar di ketiga-tiga jamrah qubra, wusta dan sughra.

5) Ja'ranah

Miqat untuk berniat menunaikan umrah. Jaraknya sekitar 22km dari kota mekah. Ja'ranah ini adalah sebuah perkampungan di luar kota mekah.

Alang2 dah sampai ke miqat, kak amy dan mr hubby terus berniat umrah dan menunaikan umrah sunat/badal.

6) Jabal Nur

Tempat di mana terletaknya gua Hira'. Gua Hira' merupakan tempat di mana Nabi Muhammad berkhalwat (bersendirian) dan ianya juga merupakan tempat di mana wahyu pertama diturunkan.

Kak amy dan mr hubby pernah panjat Gua Hira' ini ketika kami menunaikan umrah pada tahun 2014. Overall ambil masa sekitar 1 jam 30 minit ke 2 jam untuk sampai di puncak. Once dah sampai puncak, ada laluan menurun sedikit untuk sampai ke Gua Hira'. Gua nya tidaklah besar, boleh memuatkan sekitar 3-4 orang sahaja dalam sesuatu masa.

Kami diiringi oleh pelajar tahun 3 Universiti Riyadh sebagai mutawwif/pemandu arah berasal dari Kelantan bernama Muzammil. Agak bagus penceritaan sejarah oleh ustaz Muzammil ini sehingga kami boleh menghayati sirah2 dan peninggalan Nabi Muhammad dengan mendalam.

Jom kak amy belanja gambar2 (kat atas) ketika ziarah di tempat-tempat di atas.

Kak Amy
Mecca 1438H

Wednesday, August 16, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 7

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H

DAY 7

TARIKH : 16/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Hari ini rutin kak amy seperti biasa. Jam 3.15pagi menapak ke masjidil haram bersama mr hubby. Kami stay kat dalam masjid sehingga 6.30pagi, selepas dhuha, kami turun cari breakfast sekitar Hilton dan Safwa.

Di kawasan Hilton dan Safwa (hotel menara jam), terdapat banyak pilihan sarapan pagi dari western, arabian, indian style semua ada. Malay style je yang takde kat sini. Kak amy dan mr hubby perut jenis boleh sumbat semua. Jadi kami tak kisah tak jumpa nasi lemak pun pagi2. Nak nasi lemak nasi kerabu pun ada tau! Cuma kena balik hotel dan beli di dewan makan. Pada kami agak tak berbaloi memandangkan jarak hotel kami dan masjidil haram sekitar 700m dan perlu panjat bukit pula untuk sampai ke hotel.

Harini kak amy nak share dengan korang berkenaan moisturiser. Perlu diingatkan yang Kingdom of Saudi Arabia ini sekarang adalah musim panas. Panas arab saudi lain dari panas di malaysia tau korang!

Panas sini adalah panas kering yang memang terik dan perit. Suhu tengahari rata2 nya melebihi 40'C.  Kalo tengahari memang kak amy cuba untuk duduk di hotel dan pergi ke masjid terdekat untuk berjemaah. Kalau pun kak amy ke masjidil haram, memang kami stay di sana dari subuh sehingga ke waktu zohor.

Back to the moisturiser part.sementelah suhu di sini adalah kering, jadi terang2lah ada keperluan untuk memakai pelembap muka dan badan di situ. Kak amy dulu pon tak suke apply any cream di badan dan muka sehinggalah kak amy belajar di russia pada 2003-2009. Russia pun terkenal dengan keringnya walaupun ianya merupakan negara 4 musim.

Nak tau apa jadi kalo kulit kering?

Mula2 kulit akan nampak bersisik, pastu akan gatal. Bila empunya badan dah start menggaru, boleh dapat jangkitan kuman pada kulit pulak (secondary skin infection especially with normal flora on the skin - staphylococcus aureus). Sah2 la tak best kan nak buat ibadat bila kulit berdarah luka sana sini apabila digaru. Selagi tak di letakkan pelembap, selagi itulah kulit akan terus menggatal.

Ditambah lagi dengan makcik pakcik yang ada diabetes. Dah la ada diabetic dermopathy di mana kulit memang kering, add on dengan keadaan cuaca yang panas kering lagi la menerukkan lagi keadaan kulit. Makcik pakcik diabetic ini juga berisiko mendapat jangkitan kuman yang berskala besar hasil dari luka di bahagian kulit akibat menggaru. Ini kerana sistem imuniti pakcik makcik diabetic ini makin lama makin berkurangan.

Ok membebel plak kak amy.

Apa moisturiser yang sesuai?

Kak amy pilih moisturiser atau pelembap yang tidak atau kurang berbau memandangkan urusan haji melibatkan jemaah perlu berihram. Antara larangan2 semasa di dalam ihram adalah tidak memakai bau2an. So, moisturiser dan krimnya adalah;

1) aquous cream

Yang ni best sbb boleh dapat free kat mana2 klinik kesihatan hihi. Jangan risau kalo korang dapat dalam bekas bulat kecik je di malaysia sebab kat klinik maktab ni boleh dapatkan aquous cream ini dengan mudah. Tapi top up ikut keperluan korang la ye. Jangan terus ambik banyak. Kak amy biasanya akan guna sebekas bulat kecik tu antara 5-7 hari. Krim ni kak amy letak di kedua2 belah upper dan lower limbs. Krim ni boleh juga didapati di farmasi2 di malaysia dengan senang.

2) lip balm

Kak amy bawa lip balm yang sedia ada dan memang kak amy guna di malaysia. Yang kak amy guna adalah jenis Mary Kay Satin Lips Shea Butter Balm. Best yang ni sebab pakai pagi sekali je dan tak perlu apply2 dah sehingga lah kak amy basuh muka/ambik wudhuk berikutnya. Lip balm ni tak berbau dan tidak ada warna.

3) timewise day solution sunscreen

Yang ni kak amy beli last minute 1 week before berangkat menunaikan haji.

Kenapa kak amy beli yang ni?

Sebab bendalah ni bertindak sebagai day cream dan sunblock yang ber SPF 35 at the same time. Sebelum ini kak amy apply cc cream yang ada sunblock di malaysia. Pergi ke mekah, kak amy decide untuk meneutralkan rupa wajah tapi dalam masa yang sama tidak dibiarkan terdedah kepada direct UV light juga. Day solution ini merupakan liquid pekat berwarna putih dan tak berbau. Actually kalo nak cepat memang kak amy apply day solution ni dan lip balm sahaja.

4) melacep serum

Ini adalah rutin kak amy sejak di malaysia lagi. Dah terbiasa sebelum apply any make up, apply melacep serum ini dulu. Tapi kalo xsempat nak berkejaran ke masjid, kak amy skip serum ini dan terus apply timewise day solution.

5) mary jardin face oil

Asalnya kak amy nak habiskan face oil ini sebab dah lama tak guna dan masih berbaki. Jadi kak amy bawak ke mekah. Best sangat guna face oil ni sebab kulit sangat moist dan toink2. Tapi face oil ni kena hati2 guna tau bimbang terguna ketika dalam ihram sebab face oil ini berbau lavender (walaupun ade sesetengahnya menyatakan tak apa guna krim berbau atas sebab kesihatan, tapi kak amy ambil pendapat yang lebih berat untuk tidak menggunakan bau2an ketika berihram).Kebiasaannya kak amy guna face oil ni bila nak tidur. Walaupon dah berada di dalam bilik hotel, tapi harus diingat juga , di dalam bilik hotel kan ada aircond. Aircond sendiri mengeringkan kulit dan bibir.

6) Mary Kay Eye Firming Cream

Yang ni sebab kawasan mata memang sensitif dan tak boleh apply sebarangan cream. Hanya apply krim yang khas untuk mata sahaja. Krim ni memang kak amy guna di malaysia. Jadi teus sambung je kat sini sebab krim ni tak berbau. Kak amy tak beli baru pon, guna sedia ada je.

Itu aje krim2 yang kak amy guna sepanjang menunaikan haji. Korang nak bawak yang lain atau jenis lain pun takde masalah. Janji sesuai dengan korang dan tambahan satu lagi, sebolehnya elakkan dari pilih krim berbau.



Kak Amy
Mecca 1438H

Tuesday, August 15, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 6

TARIKH : 15/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Hari ini kak amy nak share ilmu yang dikongsikan oleh pembimbing agama maktab kami dalam taklimat taharah tempoh hari.

Basically semua bab taharah yang diajar oleh ustaz adalah amalan harian kita semua seperti mengambil wuduk, rukun2 nya dan lain2.

Cuma ada 2 perkara yang tak biasa kak amy praktikkan dalam kehidupan seharian.

1) Cara mengambil wudhu' dengan menggunakan spray air.

Kenapa sampai perlu susah payah nak spray air? Takde tandas ke di masjidil haram?

Ada. Tandas memang ada tapi jaaaaauuuuhhhh nun di luar perkarangan masjid. Masjidil haram ni besar, bukan takat macam masjid negara huhu. Memang agak memenatkan kalo asyik berulang alik ke tandas. Tawaf yang sepatutnya siap dalam masa sejam boleh jadi sampai 3-4jam kalo asyik berulang alik ke tandas.

Tambahan pula di sini terutamanya ketika menghampiri solat fardhu, pintu2 masjid telah disekat dan tidak dibenarkan masuk kerana telah terdapat lambakan jemaah di dalam masjid. Jadi memang tak boleh nak merayu2 pada guard yang jaga pintu masuk dah ye. Dia hambat je kita nanti.

Alternatifnya, kalo wudhu' terbatal di dalam masjid, ambil air sembahyang menggunakan spray air. Untuk tahun ini, TM ada bagi botol spray air percuma kepada setiap jemaah haji.

Macam mana caranya?

Sama seperti wudhuk biasa. Cuma syarat menggunakan spray air ini adalah pastikan setiap bahagian anggota wudhuk yang kita sprayk kan itu mengalir airnya, kemudian baru disapukan rata di bahagian anggota wudhuk berkenaan.

2) Solat jenazah.

Pembimbing agama di maktab turut mengajar kami cara2 mendirikan solat jenazah, solat fardhu kifayah yang jarang2 diamalkan di malaysia.

Korang pernah solat jenazah?

Kak amy secara jujurnya pernah 2x sahaja solat jenazah sebelum menunaikan umrah pada tahun 2014. Semasa umrah pertama itulah, setiap kali selepas solat fardhu, akan diadakan solat jenazah di masjidil haram dan masjid nabawi. Mula2 agak kekok, lama kelamaan dah menjadi kebiasaan dan kak amy follow sahaja. Kalau tak buat, rasa tak lengkap.
Lagipun ini adalah hadiah terakhir kita yang masih hidup kepada si mati. Moga2 jenazah kita nanti di solatkan oleh ramai sanak saudara teman2 sahabat handai yang kenal mahupun tidak serta kaum muslimin muslimat amnya.

Macam mana nak solat jenazah ni?

Solat jenazah adalah solat fardhu kifayah, di mana dalam sesuatu komuniti itu, jika telah ada kaum muslimin yang mendirikan solat jenazah untuk si mati, maka komuniti setempat terlepas daripada dosa.

Solat jenazah didirikan dengan 4 kali takbir tanpa rukuk dan sujud.

Selepas takbir pertama : bacaan al-fatihah

Selepas takbir kedua : selawat ke atas nabi (boleh panjang atau pendek)

Selepas takbir ketiga : doa ke atas si mati

Selepas takbir keempat : memberi salam.

Mudah, kan?

Solat ini pulak kebiasaannya jemaah berdiri rapat2 kerana tidak melibatkan pergerakan lain selain berdiri.

Hopefully apa yang kak amy share boleh korang praktiskan di mana2, bukan sahaja di mekah dan madinah tau!



Kak Amy
Mecca 1438H

Monday, August 14, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H -DAY 5

TARIKH : 14/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak Amy bersiaran lagi.

Hari ini, mr hubby solat subuh berjemaah di masjidil haram. Sekitar jam 5.30pagi, mr hubby balik ke hotel dan kami sama-sama berjalan kaki ke deretan kedai makan di antara Hilton dan Safwa hotel (menara jam). Harini plan nak ubah selera sebab kawasan makan area hotel kami agak limited, tidak banyak choice dan agak mahal berbanding dengan kedai2 makan yang terletak betul2 di hadapan masjidil haram.

Kak amy pilih untuk bersarapan dengan baked macaroni, sebekas berharga 10 riyal. Kak amy makan sorang memang tak habis. Last2 hulur pada mr hubby untuk dihabiskan. Mr hubby pulak makan nasi ayam dengan 1/4 ayam, ala2 mandy chicken gitu kalo di malaysia. Sebekas pun 10 riyal, licin dimakan sorang oleh mr hubby.

Kami makan di kaki lima kedai2 tersebut sahaja kerana ruangan tersebut tidak disediakan kerusi dan meja makan.

Habis makan, kami merayap mencari maktab 86, tempat di mana ibu dan ayah mertua kepada kakak kak amy tinggal. Diorang datang sehari lewat dari kami. Tak susah mencari memandangkan kami guna google map.

Along the way, ada sangat banyak burung2 merpati jinak yang diberi makan oleh orang awam. Teringat pada abang uwais dan kakak hamraa, anak kedua dan pertama kak amy.  Semasa umrah 2014, kak amy bawak diorang berdua sama2 ke kota mekah dan madinah. Antara aktiviti feveret diorang adalah kejar burung merpati di lapangan. Huhu. InshaAllah ada rezeki kak amy bawak lagi anak2 ke sini.

Berbalik kepada pencarian kami, alhamdulillah berjalan kaki sekitar 10 minit sahaja, kami sampai di maktab 86. Di sana, ma dan aboh (kak amy bahasakan mereka ma dan aboh, follow kakak jugak) dah ada di lobi. Sembang2 dan kak amy adjust handphone ma untuk videocall, sekitar pukul 8pagi, kami berundur untuk pulang ke hotel memandangkan ada taklimat siri 2 oleh pihak tabung haji di hotel kami.

Jam 8.30pagi, taklimat berkenaan taharah dan hubungan dengan ibadat dimulakan oleh guru agama tabung haji. Untuk makluman semua, di setiap maktab terdapat guru2 agama yang ditempatkan untuk membantu para jemaah dalam permasalahan agama terutamanya berkaitan haji dan umrah. Best, kan? Tak payah cari ustazah celup. Ustazah betul dah ada disediakan oleh tabung haji untuk rujukan para jemaah.




Kak Amy
Mecca 1438H

Sunday, August 13, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 4


TARIKH : 13/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Hari ini kak amy nak share sikit tips berkenaan penggunaan handphone dan line2 telefon yang ditawarkan di sini setakat yang kak amy tahu. Kepada sesiapa yang nak berkongsi atau lebih tahu dari kak amy, mungkin boleh ditambah di ruangan komen untuk perkongsian dan kebaikan bersama.

Semasa lapor diri di hotel tabung haji kuala terengganu, kami dibekalkan dengan satu simkad dari syarikat mobily. Sesampai sahaja di jeddah, kami terus ke kiosk mobily untuk mengaktifkan simkad tersebut tetapi gagal. Jadi kami decide untuk membeli simkad sesampainya di mekah.

Di mekah, terdapat 1 kiosk syarikat STC yang disediakan oleh pihak tabung haji. Jadi kami decide untuk register di situ sahaja. Simcard registration di mekah memerlukan setiap pemilik simkad didaftarkan pasportnya, disahkan dengan fingerprint masing-masing dan akhirnya baru boleh diaktifkan.

Untuk simkad STC, harga untuk membeli simkad tersebut adalah 30 riyal, dengan 25 riyal kredit di dalamnya.

Kebanyakan makcik2 dan pakcik yang datang ke sini, memang tak tahu caranya. Ditambah lagi dengan percakapan ayam itik antara jemaah haji malaysia dan penjual simkad tersebut bertambah sukar terutamanya kepada kami golongan first time user.

Berikut kak amy kongsikan tips2 yang boleh di apply oleh anak2 di malaysia sebelum ibubapa bertolak ke mekah atau madinah ;

1) Jangan tukar handphone ibu ayah last minute.

Part ni memang betul sebab kebanyakkan makcik2 dan pakcik2 yang kak amy jumpa rata2nya menggunakan henset canggih android. Malangnya mereka tak tau pun macam mana nak operate dan guna henset tersebut. Katanya di malaysia, makcik pakcik guna henset petik2 (henset nokia 3310 fan seumpama waktu dengannya) sahaja. Tapi bila datang ke mekah, anak2 tukarkan henset last minute dengan alasan senang nak whatsapp hantar gambar semua. Mak ayah awak tak pandai nak angkat call pon abang kakak ooii apatah lagi nak sharing gambar video call bagai. Kalau pun nak tukar, pastikan tukar awal2 dan mak ayah tahu cara menggunakan henset tersebut.

2) Simpan atau save nombor2 telefon kenalan dan saudara mara di memory telefon, bukan di simkad.

Penting juga sebab kalo korang save kan nombor telefon dalam simkad, nanti bila dah tukar simkad baru, mak ayah korang akan terkial2 nak contact korang sebab takde nombor dalam list kenalan/contact tersebut.

3) Set kan siap-siap nombor telefon sanak saudara dan rakan-rakan di malaysia di ruangan contact dengan dengan international code iaitu +60.

Contohnya +6012 3456789. Jangan korang pergi save kan 012 3456789, alamaknya sampai balik malaysia karang pun parents korang tak dapat call korang. Mak ayah korang nanti mula lah marah kat budak2 yang jual simkad tu sebab tipu diorang. Padahal sebab international code yg takde di nombor telefon tersebut.

4) Install aplimasi 'imo' siap2 kepada mak ayah yang guna handphone android/iphone dan seangkatan dengannya.

Ini penting untuk video call memandangkan cubaan ratusan kali kak amy untuk videocall menggunakan whatsapp tak pernah berjaya. Rumors menyatakan bahawa kerajaan arab saudi yang block videocall dari whatsapp. Wallahua'lam kak amy tak pasti kesahihannya.

Okay setakat itu sahaja perkongsian kak amy. Semoga dapat membantu jemaah2 haji di tanah haram dan juga sanak saudara di Malaysia.


Kak Amy
Mecca 1438H

Saturday, August 12, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 3

TARIKH : 12/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Subuh  bermula jam 4.37pagi. Mr hubby dah ready di masjidil haram sejam awal sevelum masuk waktu subuh. Sekitar pukul 6pagi, matahari dah meninggi, umpama jam 9pagi di Malaysia, tapi masih ok untuk berjalan kerana tidak terlampau panas membahang.

Jam 6pagi, mr hubby menunggu di lobi hotel untuk sama-sama keluar mencari sarapan. Sarapan pilihan pagi ini adalah nasi briyani dan kari kambing. Harga? 12 riyal. Nasi dan kari banyak, kenyang untuk 2 orang makan. Huhu.

Selepas sarapan, kak amy kembali ke bilik. Mr hubby ke Tana'im untuk bermiqat umrah sunat bersama teman sebilik. Bagus teman sebilik mr hubby ini, seorang ustaz, solat fardhu tidak pernah miss untuk ke masjidil haram. Banyak unsur-unsur positif pengaruh ustaz ini terpengaruh kepada mr hubby. Semoga mr hubby terus kekal istiqamah dalam mempertingkatkan amalan-amalan kerohanian.

Hari ini, kak amy ke pejabat tabung haji untuk mengeluarkan duit. Duit yang didermakan oleh sahabat handai dan sanak saudara di Malaysia kak amy masukkan siap2 ke dalam tabung haji ketika di tanahair supaya senang nak keluarkan di mekah dan madinah nanti. Sejumlah duit yang didermakan kak amy beri kepada umie, pembimbing agama di maktab kami untuk diinfaqkan di maahad tahfiz2 di sekitar kota Mekah. Semoga pahala dan kebaikan berpanjangan dapat disalurkan kepada penderma2 di Malaysia.

Mr hubby selesai melakukan umtah sekitar jam 11.30pagi. Alang2 berada di masjidil haram, mr hubby terus sahaja berada di sana sehingga waktu zohor jam 12.26 tengahari sebelum balik ke bilik untuk makan tengahari.

Petangnya, mr hubby bersolat asar di masjid Bin Laden berdekatan dengan hotel. Jam 5.15 petang, dah tercongok dah mr hubby di masjidil haram beriktikaf sambil menunggu masuknya waktu maghrib jam 6.53petg, seterusnya isya' jam 8.23malam.

Sekitar jam 9 malam, kami sama-sama dinner sebelum masing-masing balik ke bilik untuk tidur.



Kak Amy
Mecca 1438H

Friday, August 11, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H -DAY 2


TARIKH : 11/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak Amy bersiaran lagi.

Hari kedua kak amy bermula dengan solat subuh berjemaah di Masjid Bin Laden. Masjid ini terletak bertentangan dengan hotel kami. Jadi agak mudah dan senang untuk kami yang berada di maktab 78 ini.

Untuk makluman semua, pada musim haji kali ini, pihak TH menambah 7 lagi maktab menjadikan jumlah keseluruhan maktab adalah 13 kesemuanya, pertambahan hampir 120% berbanding hanya 6 maktab yang dibuka pada tahun lepas.

Maktab kami yang ditempatkan di hotel albisyarah mawaddah, bukanlah maktab tetap TH sebenarnya. Maktab kami adalah maktab tambahan yang dibuka bagi menampung jumlah jemaah yang ramai, melebihi 10k berbanding dengan jumlah jemaah tahun lepas. Anggaran jemaah Malaysia yang menunaikan haji pada tahun 1438H/2017M adalah melebihi 40k orang.

Berbalik kepada cerita kak amy, selepas subuh, maka bermulalah pencarian kami menjejaki kedai makanan pagi, sebolehnya yang dicari mestilah ala-ala Malaysian cuisine. Kami berjalan-jalan sekitar hotel, bertemu dengan beberapa jemaah haji dari Malaysia dan bertanyakan di manakah mereka mendapat sarapan. Akhirnya kami decide untuk memilih 1 restoran bernama aljazeera sebab di situ ada menjual roti paratha (ala-ala roti canai dah tu) dan kari kambing. Mr hubby membungkus 2 biji roti paratha dan sebekas kari kambing, harga total 12 Riyal. Kak amy pulak selesa dengan sebijik cheeseburger berharga 6 Riyal. Kami kemudiannya balik ke hotel dan bersarapan di dewan makan yang disediakan oleh pihak TH dan hotel.

Balik ke bilik, kak amy dan teman2 sebilik mengemas dan menyusun beg2 dan baju2.
Sesambil mengemas, tetiba rasa pelik. Terus kak amy ke bilik air. Rupa-rupanya teman baik tiap2 bulan dah datang.huhu. bendera merah right on time as expected.

Masuk waktu asar, kak amy bawak dan tunjukkan jalan kepada roommates dan makcik2 bilik sebelah ke Masjid Bin Laden. Jangan terkejut maksu yang berusia 68 tahun tu pun bersemangat joined sekali the team. Kuat semangat maksu ni walaupun jalan bertongkat.

Sementara tunggu diorang solat asar, kak amy balik ke hotel, mencuba wifi hotel untuk videocall trios dan family di Malaysia melalui whatsapp. Deringan berbunyi, apabila disambung terus gelap screen tak nampak apa2. Acap kali kak amy mencuba. Akhirnya gave up. Kak amy pon tekad untuk call direct by phone je.

Alhamdulillah boleh bercakap dengan trios dan mak. Si kecik 1 tahun 10 bulan petah mulutnya memanggil yayah yibuu..al pelat baru nak bercakap bahasa yang difahami.huhu..abang uwais dan kakak bagitau tengah makan nasi dan cerita macam2. perbualan kami berlangsung hampir 6 minit, di charged 12 riyal, 1 minit = 2 riyal. Kak amy guna simkad STC di sini.

Habis perbualan, kak amy kembali ke perkarangan masjid Bin Laden menunggu roommates siap solat asar. Kami kemudiannya berjalan sekitar hotel, kak amy bawak mereka ke tempat2 yang kak amy dan suami jalan2 pagi tadi.

Kami juga pergi ke maktab 87, bersebelahan dengan maktab kami yang jaraknya lebih kurang 80m. Di sana adalah maktab TH tetap yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah pejabat kewangan TH, di mana jemaah boleh keluarkan duit dari TH direct drngan hanya menunjukkan kad pengenalan haji yang diberikan. Jemaah2 di maktab ini juga agak ramai berbanding di maktab kami.

Selesai tawaf kedai2 di sekitar membeli barangan keperluan, kak amy bawak roommates ke kiosk STC untuk membeli simkad dan register. Kat sini, setiap simkad perlu diregister dan verify dengan menggunakan cap jari dan no.passport masing-masing.

Balik ke bilik,  kami ambil makanan dinner yang dibekalkan bermula jam 6ptg-9mlm. Makanan yang dibekalkan di sini agak best. Setakat ini, makanan yang dimasak alhamdulillah tidak mengecewakan. Walaupon kami hanyalah golongan muassasah, tetapi layanan first class sehabis baik diberikan oleh petugas2 haji. Alhamdulillah semoga Allah membalas jasa2 mereka dan merahmati mereka semua.


Kak Amy
Mecca 1438H

Thursday, August 10, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 1 (PART 2)

TARIKH : 10/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 45 minit. Sebelum memulakan perjalanan, kami dibekalkan dengan makanan tengahari (nasi arab, air mineral dan epal). Memang kenyang sebenarnya sepanjang perjalanan ke Tanah Haram Mekah.

Lebih kurang dalam 13km sebelum memasuki kota Mekah, bas kami berhenti ke satu tempat yang nampaknya seperti tempat check point untuk jemaah haji masuk ke kota Mekah. Di sana, kami diberikan lagi pelbagai hadiah makanan dan minuman termasuk air zam-zam. Alhamdulillah rezeki ke kota Mekah.

Sesampai sahaja di Hotel Albisyarah Mawaddah, kami diberi penerangan ringkas oleh penolong pengurus maktab berkenaan kota Mekah dan tentatif perjalanan umrah kami berikutnya iaitu tawaf, saie' dan bercukur. Kami diingatkan untuk berkumpul di lobi hotel pada jam 9 malam menyelesaikan umrah kami.

Sesampai sahaja di muka pintu hotel, sekali lagi kami disambut dengan pelbagai hadiah antaranya sejadah kecil, tasbih digital, kurma dan manisan. Tak lama kami di lobi memandangkan sejak dari Malaysia lagi, kami telah diberitahu dan telah tertulis di kad-kad pengenalan haji kami bilik masing-masing. Jadi masing-masing terus mengangkat beg kecil 5kg dan naik ke bilik masing-masing. Beg luggage besar diangkat oleh petugas-petugas yabg diupah oleh tabung haji dan dihantar terus ke bilik masing-masing.

Di bilik, sesi taaruf bermula. Kak amy berkongsi bilik dengan 4 lagi jemaah - 1 dari Kemaman dan 3 lagi dari Besut. As expected, Kak amy paling muda. Roommates lain rata-ratanya berusia 50an dan 60an. Semuanya ramah tamah dan tidak sombong langsung. Alhamdulillah Kak amy dipertemukan dengan teman-teman sebilik yang memahami dan memudahkan sesama sendiri.

Di kalangan teman-teman sebilik Kak amy, ada seorang mak cik yang paling tua kami bahasakan sebagai Mak Su. Mak Su berusia 68 tahun, agak uzur, tidak boleh berjalan jauh, berjalan menggunakan tongkat dan datang bersendirian tanpa pengiring. Kami berempat pakat-pakat menolong mak su kemaskan beg dan persiapkan mana yang boleh.

Waktu maghrib, kak amy tak sempat berjemaah, hanya bersembahyang di bilik. Silap juga di situ sebab kak amy dan mr hubby sibuk mencari dan menguruskan simkad di Mekah. Mr hubby sempat berjemaah di Masjid Bin Laden.

Sementara menunggu isya, kami suami isteri makan makanan malam yang telah disediakan oleh pihak tabung haji. Habis dinner, kami sama-sama ke Masjid Bin Laden untuk berjemaah Isya'.

Jam 9malam, kami dibawa oleh mutawif arab untuk menunaikan rukun-rukun umrah yang masih belum selesai ke masjidil haram. Jarak antara masjid sekitar 700m, tidaklah terlalu jauh, namun ada sedikit cabaran kerana jalannya agak berbukit.

Sekitar pukul 11.30malam, kak amy dan mr hubby selesai menunaikan umrah dan terus balik ke bilik, mandi dan zzzzz.



Kak Amy
Mecca 1438H

ROAD TO HAJJ 1438H/2017M -DAY 1 (PART 1)

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H

DAY 1 (part 1)

TARIKH : 10/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran kembali.

Perjalanan Haji kak amy dan mr hubby bermula  seawal 2.15pagi. Oleh kerana jarak antara rumah mak kak amy dan hotel tabung haji kuala terengganu hanyalah dalam lingkungan 5km, jadi kami decide untuk tidak ke sana terlalu awal.

Untuk makluman semua, kami angkat berangkat terus ke Mekah dari Kuala Terengganu. Jadi kami selesaikan semua perkara2 sunat sebelum ihram di rumah - mandi sunat ihram, bercukur/gunting, potong kuku dan solat sunat ihram.

Pukul 2.50pagi, adik kak amy, halim yang memang purposely tidur di rumah mak pada malam itu telah menghantar kami ke hotel tabung haji.

Anak-anak?

Ketiduran.huhu. kak amy dan mr hubby decide untuk tidak mengejutkan mereka. Kami hanya kejutkan mak dan adik sahaja. Kejutkan mak asbab  mak nak menemani cucu2nya tidur di tingkat bawah. Sebelum keluar rumah, kak amy dan mr hubby cium sorang2 heros dan princes kami. Almaklumlah, kami jarang sgt berpisah dengan anak2 dalam jangkamasa yang lama.

Sampai sahaja di hotel tabung haji, kami terus mendaftarkan diri. Apparently kami antara yang lewat mendaftar kerana hanya ada sekitar 10 jemaah sahaja dari ratusan jemaah penerbangan yang sama yang masih tidak mendaftar ketika itu. Reminder, kalau nanti korang pergi haji, datang awal mendaftar pun takpe. Kak amy dan mr hub y decide utk daftar right on time sebab kami  tak bawa anak2 bersama. Jadi kami expect perjalanan lebih smooth tanpa tangisan anak2 yang tidak puas tidur apabila dikejutkan seawal pagi. Alhamdulillah betul dipermudahkan Allah.

Sekitar jam 4pagi, kami dipanggil secara berperingkat memasuki dewan yangdikhaskan untuk pelepasan. Di situ, para jemaah perlu melalui kaunter pemeriksaan kesihatan, kaunter kastam dan kaunter MAS untuk penyerahan luggage.

Kami kemudiannya bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud sekita jam 5.40pagi dengan menaiki bas yang disediakan khas untuk para jemaah oleh tabung haji. Dengan kata lainnya, sanak saudara hanya boleh ha tar kami di hotel tabung haji sahaja. Sebelum bertolak, ramai jemaah telah siap berwudhu supaya memudahkan proses untuk sembahyang subuh di airport nanti.

Sesampai sahaja di airport dan menyelesaikan pemeriksaan imigresen, kami terus menunaikan solat subuh secara berjemaah. Bentangan karpet dan tikar telah disediakan oleh pihak tabung haji di ruang legar menunggu untuk solat subuh.

Sekitar jam 7.15pagi, para jemaah dipanggil menaiki kapal terbang bermula daripada yang berkerusi roda sehinggalah kepada jemaah yang sihat.

Flight departed pada jam 7.55pagi.

Dalam kapal terbang pula, tiada masalah ketara. Yang ada cumalah beberapa kali diingatkan oleh fligt attendant untuk memberi kerjasama agar tidak membasahkan lantai tandas. True enough sebab setiap kali kak amy ke tandas, lantai sure akan basah. Kesian pramugara pramugari yang bertugas terpaksa membuat extra kerja mengeringkan lantai tandas. Korang nanti kalau ada sanak saudara yang tak biasa naik kapal terbang, maklum kepada diorang jangan basahkkan lantai okeh!

Kami dijamu dengan 2 meals sebelum sampai ke kota Jeddah. Perjalanan memakan masa 8 jam 12 minit. Selain tidur, kak amy juga ambil kesempatan menyalin semua doa2 yang dikirimkan oleh ahli keluarga dan para sahabat ke dalam 1 buku nota. Bukukan lebih senang untuk dibaca di tempat2 dan waktu mustajab doa sebagai ikhtiar.

Kami sampai di Jeddah sekitar jam 11.20pagi waktu tempatan. Jeddah lewat 5 jam daripada tanahair. Selesai urusan imigresen dan kastam, kami berkumpul setempat, menunggu bas. Sementara itu, kami mengambil kesempatan untuk sembahyang zohor sebelum berangkat ke Mekah.

Semasa di Jeddah, kami suami isteri cuba untuk aktifkan simkad mobily yang dibekalkan oleh tabung haji di tanahair. Selepas beberapa kami mencuba di kiosk mobily, simkad gagal diaktifkan. Akhirnya kami decide untuk mencari simkad baru sesampainya di Mekah.

Sambungan akan datang perjalanan ke  Mekah dan kota Mekah part 2.



Kak Amy
Mecca 1438H

Wednesday, August 9, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - PRE HAJJ DAY


ROAD TO HAJJ 2017M/1438H

PRE HAJJ DAY

TARIKH : 8/8/2017 - 9/8/2017

Assalamualaikum WBT.

InshaAllah Kak Amy cuba kongsikan di sini kisah perjalanan haji kak amy di tanah suci untuk perkongsian bersama. Kak amy niatkan perkongsian pengalaman ini supaya memudahkan bakal-bakal haji yang akan menunaikan haji pada tahun-tahun berikutnya.

Perjalanan haji kak amy dan suami bermula seawal jam 2.15pagi. Kak amy memang dah set jam siap-siap untuk bangun pada masa tu.

Kenapa jam 2.15pagi?

Jom kak amy ceritakan perjalanan pre haji kak amy dan mr hubby.

Rumah kami di kemaman. Pada hari selasa (8/8/2017), sebaik sahaja balik dari kerja, kami masing-masing perkemaskan barang-barang yang perlu dibawa ke sana. Selain barangan kami, keperluan 3 anak putra putri kami yang bakal ditinggalkan pun turut dibereskan dalam masa yang sama. Ini adalah misi memperkemaskan barangan yang tertinggal dan perlu dimasukkan last minute ye. Barangan yang boleh dikemas dan diletakkan di dalam beg awal, kak amy memang dah siap-siap letak pada hujung minggu sebelum ini lagi. Kalau semua benda nak masukkan dalam masa 2 jam, memang xsempat dan bimbang takut ada yang tertinggal.

Kami bertolak dari Kemaman balik ke Gong Badak (rumah mak kak amy) jam 7ptg 8/8/2017. Perjalanan kami sekitar 2 jam. Plus minus dinner dan mr hubby berhebti di stesen minyak agak lama uruskan hal2 kerja along the way, kami sampai ke rumah mak jam 11malam.

Sampai-sampai je kami terus gosok gigi dan tidur. 2 hero dan 1 princess kami memang dah tidur siap-siap dalam kereta. Jadi mereka terus sambung tidur bila diangkat letak dalam bilik tidur.

Esoknya 9/9/2017, kak amy masih bekerja. Kebetulan ada meeting di ibu pejabat di Kuala Terengganu. Jadi kak amy join sama meeting tersebut. Habis meeting dalam pukul 1.15petang, kak amy terus balik ke rumah mak. On the way, sempat lagi kak amy menyinggah ke kedai DIY beli selipar jepun, cangkuk S dan universal converter nak bawak pergi sana.

Sesampai ke rumah mak, mr hubby bagitau ada sanak saudara nak menziarah. Kak amy pun settle kan dulu sembahyang zohor.

Habis sahaja solat zohor, tetamu pun sampai dan berterusan sehingga asar. Lebih kurang dalam pukul 4.45 ptg, kami suami isteri bergegas ke bandar kuala terengganu. Ringgit belum ditukar kepada riyal. Jadi money changer menjadi destinasi kami.

Sempat lagi kami jumpa seorang kawan dan dan menyinggah giant beli perkakasan untuk di bawa ke sana. Alang-alang, kak amy belikan untuk si princess dan hero pensel warna dan drawing blocks. Anak2 kak amy suka melukis dan berimaginasi. Jadi kak amy bagitau diorang untuk lukis setiap hari dan tunjuk pada kak amy bila balik nanti.

Malam 9/8/2017, habis maghrib, mak bagitau pak cik pulak nak datang. Niat asalnya nak bermain-main bersama anak-anak, tapi tak apa lah, tetamu wajib dilayan. Pukul 10.30 malam jugak baru la tetamu balik dan kami siapkan anak-anak untuk tidur. Sebelum tidur, kak amy cium puas-puas si kecik berusia 1 tahun 10 bulan. Bau masyam-masyam tu la nanti yang akan dirindui selama 47 hari. Si abang dan kakak pulak  kak amy pesan supaya tak gaduh sesama sendiri dan tolong tokma di rumah jaga adik.

Kak amy sambung lagi entri berikutnya DAY 1 ROAD TO HAJJ.








Kak Amy
Mecca 1438H