Thursday, August 10, 2017

ROAD TO HAJJ 1438H/2017M -DAY 1 (PART 1)

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H

DAY 1 (part 1)

TARIKH : 10/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran kembali.

Perjalanan Haji kak amy dan mr hubby bermula  seawal 2.15pagi. Oleh kerana jarak antara rumah mak kak amy dan hotel tabung haji kuala terengganu hanyalah dalam lingkungan 5km, jadi kami decide untuk tidak ke sana terlalu awal.

Untuk makluman semua, kami angkat berangkat terus ke Mekah dari Kuala Terengganu. Jadi kami selesaikan semua perkara2 sunat sebelum ihram di rumah - mandi sunat ihram, bercukur/gunting, potong kuku dan solat sunat ihram.

Pukul 2.50pagi, adik kak amy, halim yang memang purposely tidur di rumah mak pada malam itu telah menghantar kami ke hotel tabung haji.

Anak-anak?

Ketiduran.huhu. kak amy dan mr hubby decide untuk tidak mengejutkan mereka. Kami hanya kejutkan mak dan adik sahaja. Kejutkan mak asbab  mak nak menemani cucu2nya tidur di tingkat bawah. Sebelum keluar rumah, kak amy dan mr hubby cium sorang2 heros dan princes kami. Almaklumlah, kami jarang sgt berpisah dengan anak2 dalam jangkamasa yang lama.

Sampai sahaja di hotel tabung haji, kami terus mendaftarkan diri. Apparently kami antara yang lewat mendaftar kerana hanya ada sekitar 10 jemaah sahaja dari ratusan jemaah penerbangan yang sama yang masih tidak mendaftar ketika itu. Reminder, kalau nanti korang pergi haji, datang awal mendaftar pun takpe. Kak amy dan mr hub y decide utk daftar right on time sebab kami  tak bawa anak2 bersama. Jadi kami expect perjalanan lebih smooth tanpa tangisan anak2 yang tidak puas tidur apabila dikejutkan seawal pagi. Alhamdulillah betul dipermudahkan Allah.

Sekitar jam 4pagi, kami dipanggil secara berperingkat memasuki dewan yangdikhaskan untuk pelepasan. Di situ, para jemaah perlu melalui kaunter pemeriksaan kesihatan, kaunter kastam dan kaunter MAS untuk penyerahan luggage.

Kami kemudiannya bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud sekita jam 5.40pagi dengan menaiki bas yang disediakan khas untuk para jemaah oleh tabung haji. Dengan kata lainnya, sanak saudara hanya boleh ha tar kami di hotel tabung haji sahaja. Sebelum bertolak, ramai jemaah telah siap berwudhu supaya memudahkan proses untuk sembahyang subuh di airport nanti.

Sesampai sahaja di airport dan menyelesaikan pemeriksaan imigresen, kami terus menunaikan solat subuh secara berjemaah. Bentangan karpet dan tikar telah disediakan oleh pihak tabung haji di ruang legar menunggu untuk solat subuh.

Sekitar jam 7.15pagi, para jemaah dipanggil menaiki kapal terbang bermula daripada yang berkerusi roda sehinggalah kepada jemaah yang sihat.

Flight departed pada jam 7.55pagi.

Dalam kapal terbang pula, tiada masalah ketara. Yang ada cumalah beberapa kali diingatkan oleh fligt attendant untuk memberi kerjasama agar tidak membasahkan lantai tandas. True enough sebab setiap kali kak amy ke tandas, lantai sure akan basah. Kesian pramugara pramugari yang bertugas terpaksa membuat extra kerja mengeringkan lantai tandas. Korang nanti kalau ada sanak saudara yang tak biasa naik kapal terbang, maklum kepada diorang jangan basahkkan lantai okeh!

Kami dijamu dengan 2 meals sebelum sampai ke kota Jeddah. Perjalanan memakan masa 8 jam 12 minit. Selain tidur, kak amy juga ambil kesempatan menyalin semua doa2 yang dikirimkan oleh ahli keluarga dan para sahabat ke dalam 1 buku nota. Bukukan lebih senang untuk dibaca di tempat2 dan waktu mustajab doa sebagai ikhtiar.

Kami sampai di Jeddah sekitar jam 11.20pagi waktu tempatan. Jeddah lewat 5 jam daripada tanahair. Selesai urusan imigresen dan kastam, kami berkumpul setempat, menunggu bas. Sementara itu, kami mengambil kesempatan untuk sembahyang zohor sebelum berangkat ke Mekah.

Semasa di Jeddah, kami suami isteri cuba untuk aktifkan simkad mobily yang dibekalkan oleh tabung haji di tanahair. Selepas beberapa kami mencuba di kiosk mobily, simkad gagal diaktifkan. Akhirnya kami decide untuk mencari simkad baru sesampainya di Mekah.

Sambungan akan datang perjalanan ke  Mekah dan kota Mekah part 2.



Kak Amy
Mecca 1438H

No comments:

Post a Comment