Sunday, August 27, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 18

TARIKH : 27/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Semalam di sebelah pagi, kak amy dan Sahabat2 TH yang lain telah dibawa melawat kawasan khemah maktab 78 di padang Arafah, tempat di mana kami akan berwuquf pada hari khamis ini.

Tujuan lawatan ini adalah supaya Sahabat2 TH dapat mengenalpasti lokasi2  khemah maktab 78 bagi memudahkan urusan penempatan jemaah pada hari rabu kelak.

Untuk makluman semua, hari wuquf jatuh pada hari khamis 31/8/2017. Namun para jemaah akan dibawa ke sana sehari awal iaitu pada hari rabu memandangkan urusan pengangkutan jemaah sendiri mengambil masa yang lama.

Tambahan pula, akan berlaku jalan yang sesak pada hari rabu tersebut memandangkan hampir kesemua jemaah dari seluruh dunia bergerak pada hari dan waktu yang sama ke Padang Arafah. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 minit akan menjadi 5-6 jam akibat kesesakan lalulintas. Bak kata pepatah, jalan kaki pon lagi cepat 😅 namun pihak tabung haji tidak menyarankan jemaah untuk berjalan kaki memandangkan pelbagai isu2 yang akan timbul kelak seperti keselamatan jemaah, bimbang jemaah tersesat dan sebagainya.

Selepas lawatan di Padang Arafah, kami melawat pula salah satu daripada 8 dapur tabung haji yang menyediakan hidangan kepada para jemaah untuk makan tengahari dan malam.

Dapat kak amy simpulkan di sini, dapur tabung haji agak lengkap dan sememangnya mengamalkan standard keselamatan dan kualiti makanan seperti yang disarankan oleh BKKM Malaysia. Malah mungkin lebih lagi. Sebab itulah insiden keracunan makanan adalah sangat minima di tanah haram ini.
Mereka juga ada menyimpan sampel proxy makanan selama 72 jam jika berlaku insiden keracunan makanan.

Lawatan semalam agak best dan kami para sahabat semakin bersemangat untuk membantu pihak tabung haji menguruskan jemaah2 haji malaysia dengan cemerlang!



Kak Amy
Mecca 1438H

No comments:

Post a Comment