Sunday, August 20, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H -DAY 11

TARIKH : 20/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Harini kak amy nak bercerita mengenai lubuk lontaran para jemaah haji sebelum berwuquf di Padang Arafah, bermabit di Muzdalifah dan bermalam di Mina.

Bila disebut lubuk lontaran ni, apa yang korang gambarkan?

Melontar di jamrah qubra, jamrah wusta dan jamrah sughra?

Hihi of cos lah tidak sama sekali.

Yang ni adalah lontaran duit para jemaah haji di  kaki2 jalan, kaki lima hotel dan kedai2 berhampiran di mekah.

Selain dari kedai2 permanent sedia ada di sekitar kota mekah, jemaah juga kerap membuat lontaran di kaki2 lima jalan dan bangunan selepas sahaja sembahyang fardhu di masjid.

Di kota Mekah ini seolah2 telah menjadi satu trend setiap kali selepas solat fardhu, maka berduyun2 lah si arab berkulit gelap menghamparkan kain untuk jualan pelbagai jenis barangan dari songkok, kopiah, serban, jubah, sejadah, gelang, cincin pendek kata semua barangan2 ibadah dan juga souvenirs ada dijual. Tempat jualan mereka adalah sepanjang jalan antara masjid ke hotel.

Jadi selepas sahaja solat fardhu, memang jalan2 raya akan sibuk dengan penjaja2 ini dan potential customers berjual beli di sepanjang jalan. Acap kali juga penjaja2 ini dihambat oleh  pihak berkuasa (polis kot) Arab Saudi. Tapi mereka tak pernah berputus asa membuka 'kiosk sementara' ini setiap kali selepas solat fardhu.

Rata2 barangan agak murah berbanding di kedai2 biasa. Sejadah nipis bersaiz besar boleh didapati dengan harga di antara 1 hingga 5 riyal bergantung kepada ketebalan dan kualiti sejadah. Jubah kanak2 pun boleh didapati dengan harga serendah 5 riyal.

Cuma pesanan kak amy, kalo para jemaah nak melontar duit di kiosk2 sementara ini, sediakan duit kecil secukupnya dan bayar genap2 harga yang dijanjikan. Bukan apa, kerap kali juga terjadi apabila penjaja sedang sibuk mencari baki duit untuk customernya, tiba2 diserbu polis. Apa lagi memang tak pandang belakang la diorang cabut lati bersama2 dengan duit baki customer 😂

Jadi pepandai lah ye kalo nak melontar di kaki lima jalan dan bangunan ye.

Kak amy pernah melontar di kaki lima jalan/bangunan x?

Setakat ni belum lagi atas 2 sebab;

1) kak amy dan mr hubby sengaja keluar dari masjid lewat supaya jalan raya boleh clear dulu. Sesambil tu, kami mengaji/tawaf sunat di masjidil haram.

2) kak amy purposely tak bawak duit langsubg kalo pergi ke masjid Bin Laden yang dekat dengan hotel tempat kak amy mrnginap. Dengan cara ni, walaupun terliur dengan apa yang dijual, confirm xboleh beli sebab diorang kan penjual silap mata, kejab je dah lesap kalo kena kejar dengan polis.huhu. nak tunggu balik hotel ambil duit dan turun semula memang tak la.

Yang paling utama Allah masih tak bukakan hati untuk membuat lontaran di mana2 kedai alhamdulillah. Sejak di Malaysia kak amy dan mr hubby memang dah berpesan sesama sendiri untuk ke tanah suci bukan tujuannya shopping sebaliknya memperbaiki diri dan amal ibadah kami yang banyak lompangnya.

Semoga Allah terus menetapkan hati kak amy dan mr hubby.



Kak Amy
Mecca 1438H


No comments:

Post a Comment