Saturday, August 26, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 17

TARIKH : 26/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Pada 23/8/2017 kami para jemaah KT43 telah di brief berkenaan taklimat di Masyair oleh ummi, pembimbing agama wanita di maktab.

Selain mengulangkaji berkenaan isu wuquf si Arafah, mabit di Muzdalifah dan bermalam di Mina, ummi jugak berpesan pada kami berkenaan bekalan makanan kering yang perlu dibawa serba sedikit.

Jadi harini kak amy dan mr hubby bawak rakan2 sebilik kak amy ke Supermarket Bin Dawood untuk membeli barangan kering yang nak dibawa ke Masyair nanti.

Kebanyakan hasil tangkapan kami di Bin Dawood adalah lebih kepada barangan kering iaitu biskut, roti kering, kerepek. Kak amy juga ada menambah stok susu segar yang makin menyusut di dalam peti sejuk.

Untuk makluman, juadah hidangan tengahari dan juga makan malam ada disediakan oleh pihak tabung haji seperti biasa di Masyair. Namun, bagi jadual waktu makan yang lain perlu disediakan sendiri oleh pihak jemaah.

Sebelum ke supermarket Bin Dawood, kami menyantap dinner di food court Jabal Omar, salah satu shopping complex yang attach dengan Hilton Suites, berhadapan dengan  Masjidil Haram.

Santapan kami untuk 5 orang adalah merupakan 2 hidangan ayam Broast, 1 shawarma dan sepinggan nasi arab. Nasi arab sepinggan di sini memang untuk santapan ramai. Kalo perut jemaah haji malaysia, memang takkan habis seorang makan 😅 ayam broast pula merupakan ayam ala2 KFC yang didatangkan sekaligus dengan kentang dan roti arab (ala2 macam wrap kalo kat malaysia).

Alhamdulillah kenyang untuk 5 orang makan.


Kak Amy
Mecca 1438H

No comments:

Post a Comment