Wednesday, August 9, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - PRE HAJJ DAY


ROAD TO HAJJ 2017M/1438H

PRE HAJJ DAY

TARIKH : 8/8/2017 - 9/8/2017

Assalamualaikum WBT.

InshaAllah Kak Amy cuba kongsikan di sini kisah perjalanan haji kak amy di tanah suci untuk perkongsian bersama. Kak amy niatkan perkongsian pengalaman ini supaya memudahkan bakal-bakal haji yang akan menunaikan haji pada tahun-tahun berikutnya.

Perjalanan haji kak amy dan suami bermula seawal jam 2.15pagi. Kak amy memang dah set jam siap-siap untuk bangun pada masa tu.

Kenapa jam 2.15pagi?

Jom kak amy ceritakan perjalanan pre haji kak amy dan mr hubby.

Rumah kami di kemaman. Pada hari selasa (8/8/2017), sebaik sahaja balik dari kerja, kami masing-masing perkemaskan barang-barang yang perlu dibawa ke sana. Selain barangan kami, keperluan 3 anak putra putri kami yang bakal ditinggalkan pun turut dibereskan dalam masa yang sama. Ini adalah misi memperkemaskan barangan yang tertinggal dan perlu dimasukkan last minute ye. Barangan yang boleh dikemas dan diletakkan di dalam beg awal, kak amy memang dah siap-siap letak pada hujung minggu sebelum ini lagi. Kalau semua benda nak masukkan dalam masa 2 jam, memang xsempat dan bimbang takut ada yang tertinggal.

Kami bertolak dari Kemaman balik ke Gong Badak (rumah mak kak amy) jam 7ptg 8/8/2017. Perjalanan kami sekitar 2 jam. Plus minus dinner dan mr hubby berhebti di stesen minyak agak lama uruskan hal2 kerja along the way, kami sampai ke rumah mak jam 11malam.

Sampai-sampai je kami terus gosok gigi dan tidur. 2 hero dan 1 princess kami memang dah tidur siap-siap dalam kereta. Jadi mereka terus sambung tidur bila diangkat letak dalam bilik tidur.

Esoknya 9/9/2017, kak amy masih bekerja. Kebetulan ada meeting di ibu pejabat di Kuala Terengganu. Jadi kak amy join sama meeting tersebut. Habis meeting dalam pukul 1.15petang, kak amy terus balik ke rumah mak. On the way, sempat lagi kak amy menyinggah ke kedai DIY beli selipar jepun, cangkuk S dan universal converter nak bawak pergi sana.

Sesampai ke rumah mak, mr hubby bagitau ada sanak saudara nak menziarah. Kak amy pun settle kan dulu sembahyang zohor.

Habis sahaja solat zohor, tetamu pun sampai dan berterusan sehingga asar. Lebih kurang dalam pukul 4.45 ptg, kami suami isteri bergegas ke bandar kuala terengganu. Ringgit belum ditukar kepada riyal. Jadi money changer menjadi destinasi kami.

Sempat lagi kami jumpa seorang kawan dan dan menyinggah giant beli perkakasan untuk di bawa ke sana. Alang-alang, kak amy belikan untuk si princess dan hero pensel warna dan drawing blocks. Anak2 kak amy suka melukis dan berimaginasi. Jadi kak amy bagitau diorang untuk lukis setiap hari dan tunjuk pada kak amy bila balik nanti.

Malam 9/8/2017, habis maghrib, mak bagitau pak cik pulak nak datang. Niat asalnya nak bermain-main bersama anak-anak, tapi tak apa lah, tetamu wajib dilayan. Pukul 10.30 malam jugak baru la tetamu balik dan kami siapkan anak-anak untuk tidur. Sebelum tidur, kak amy cium puas-puas si kecik berusia 1 tahun 10 bulan. Bau masyam-masyam tu la nanti yang akan dirindui selama 47 hari. Si abang dan kakak pulak  kak amy pesan supaya tak gaduh sesama sendiri dan tolong tokma di rumah jaga adik.

Kak amy sambung lagi entri berikutnya DAY 1 ROAD TO HAJJ.








Kak Amy
Mecca 1438H


No comments:

Post a Comment