Thursday, August 17, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 8




TARIKH : 17/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Harini kak amy, mr hubby dan rumates joined program ziarah sekitar kota Mekah. Untuk jemaah haji muassasah, tiada program ziarah free yang disediakan oleh pihak tabung haji. Cuma tabung haji sediakan kaunter ziarah kelolaan syarikat swasta di lobi hotel untuk memudahkan para jemaah menziarahi tempat2 bersejarah di zaman kenabian dulu.

Ada 3 program ziarah yang disediakan oleh pihak syarikat ini.

1) ziarah kota mekah - 30 RSA

2) ziarah hudaibiyah - 30 RSA

3) ziarah (miqat) tana'im -10 RSA

Kak amy dan mr hubby pilih untuk ziarah sekitar kota mekah meliputi

1) Jabal Tsur

Tempat persinggahan Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar ketika perjalanan hijrah nabi ke Madinah.

2) Jabal Rahmah - Padang Arafah

Dikatakan tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah bertahun2 dicampakkan ke dunia dari syurga.

Jabal Rahmah juga merupakan tempat wuquf paling afdhal mengikut Imam Nawawi kerana nabi berwuquf di kaki jabal rahmah ini pada 9 zulhijjah ketika menunaikan haji.

3) Muzdalifah

Tempat para jemaah haji mabit setelah berwuquf di padang arafah. Di sini juga, para jemaah disunatkan untuk mengutip anak2 batu bagi lontaran di jamrah qubra di mina nanti.

4) Mina

Tempat jemaah bermalam selama 3 malam dan melontar di ketiga-tiga jamrah qubra, wusta dan sughra.

5) Ja'ranah

Miqat untuk berniat menunaikan umrah. Jaraknya sekitar 22km dari kota mekah. Ja'ranah ini adalah sebuah perkampungan di luar kota mekah.

Alang2 dah sampai ke miqat, kak amy dan mr hubby terus berniat umrah dan menunaikan umrah sunat/badal.

6) Jabal Nur

Tempat di mana terletaknya gua Hira'. Gua Hira' merupakan tempat di mana Nabi Muhammad berkhalwat (bersendirian) dan ianya juga merupakan tempat di mana wahyu pertama diturunkan.

Kak amy dan mr hubby pernah panjat Gua Hira' ini ketika kami menunaikan umrah pada tahun 2014. Overall ambil masa sekitar 1 jam 30 minit ke 2 jam untuk sampai di puncak. Once dah sampai puncak, ada laluan menurun sedikit untuk sampai ke Gua Hira'. Gua nya tidaklah besar, boleh memuatkan sekitar 3-4 orang sahaja dalam sesuatu masa.

Kami diiringi oleh pelajar tahun 3 Universiti Riyadh sebagai mutawwif/pemandu arah berasal dari Kelantan bernama Muzammil. Agak bagus penceritaan sejarah oleh ustaz Muzammil ini sehingga kami boleh menghayati sirah2 dan peninggalan Nabi Muhammad dengan mendalam.

Jom kak amy belanja gambar2 (kat atas) ketika ziarah di tempat-tempat di atas.

Kak Amy
Mecca 1438H

No comments:

Post a Comment