Thursday, August 31, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 22

TARIKH : 31/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

31.8.2017, hari kami berwuquf di padang arafah. Berwuquf di arafah adalah salah satu daripada rukun haji. Tidak berwuquf bermakna tidak sah hajinya.

Untuk makluman korang, berwuquf di arafah adalah merupakan KPI penting tabung haji setiap kali musim haji. Ianya menentukan keberjayaan musim haji tersebut. Sasaran tabung haji semestinya 100% jemaah haji berwuquf di arafah saban tahun.

Cabaran arafah tak lain tak bukan adalah cuaca. Kalau lah korang boleh bayangkan kepanasan berada di tengah2 padang di malaysia, tambahan di sini adalah bukan padang biasa, tapi PADANG PASIR. Tiada termometer pencatat suhu di sini, namun kak amy dapat agak suhu di tengahari semestinya melebihi 40'C.

Khemah? Padat. Tapi masih boleh bergerak tidur berpusing2 memandangkan ada juga jemaah yang berjaga sepanjang berada di arafah. Dan ada juga jemaah mengambil peluang untuk duduk di luar2 khemah di bawah2 pokok bersama suami dan isteri masing2.

Seusai waktu zohor, ramai jemaah keluar dari khemah mencari tempat2 teduh sebagai port untuk beramal dan berdoa apabila tiba waktu kemuncak selepas asar nanti.

Pesan ummi (pembimbing agama maktab kami), berdoalah sambil menitiskan air mata di arafah. Bukan sorang dua, rata2 jemaah menangis teresak2 berdoa di sana. Seolah-olah hati kami para jemaah dijentik perasaan sangat takut dengan dosa2 lampau, kebergantungan tinggi terhadap Tuhan Yang Satu. Ini adalah antara momen paling indah dalam hidup kak amy yang sukar untuk digambar. Korang datanglah ke sini, kerjakan haji dan korang akan rasa apa yang kami rasa!

Di arafah juga menyaksikan permulaan aktiviti sesat2 para jemaah. Dari maktab nun jauh 84 pun boleh sesat sampai ke maktab kami. Alhamdulillah jika muassasah, senang untuk kami pihak sabahat menghantar. Jika datang bersama pakej, kami akan terus menghantar ke pejabat TH yang menguruskan jemaah pakej. Namun ada juga jemaah yang datang bukan dengan muassasah, bukan dengan pakej melalui TH, sebaliknya datang dengan orang perseorangan (sekumpulan kecil). Kes macam ini agak sukar kami nak tolong. Ditambah lagi makcik pakcik yang sesat ini biasanya ke tandas tanpa sebarang kad/gelang pengenalan diri!

Malamnya, selepas maghrib, kami mula beransur meninggalkan bumi halal arafah menuju ke Muzdalifah untuk bermabit di sana. Kak amy seperti biasa booked last bus. Cuma kalini kak amy heret sekali mr hubby (walaupun mr hubby bukan sahabat TH) untuk sama2 menolong jemaah2 yang uzur dan sakit mengangkat barang2 dan menolak mereka yang berkerusi roda sehingga menaiki bas. Yang muda2 nanti datang mengerjakan haji, ambillah peluang ini untuk sama2 menolong jemaah lain yang memerlukan. InshaAllah kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Itu yang kak amy pegang.

Kak amy sampai di muzdalifah menghampiri jam 11malam. Penat! Itu je yang kak amy boleh bagitau. Mungkin hypoglycemia jugak sebab memang kak amy purposely makan sedikit di arafah untuk mengelakkan pergi ke tandas acap kali.

Tandas di arafah muzdalifah mina tidaklah seselesa seperti di hotel.
Beraturnya panjang!
Hygienic status?
Jangan ditanya apabila melibatkan penggunaan pelbagai latar belakang manusia dengan pelbagai ragam.

Kak amy terlepas peluang beramal ibadah di muzdalifah. Asbabnya? Sampai2 terus letak kepala atas beg dan lena!😂 Semoga Allah mengampuni dosa2 kak amy yang terlampau banyak tidak terhitung ini. Mohon doa kalian juga.

Sekitar jam 1.30pagi, kak amy dan mr hubby menaiki bas nombor 5 ke mina. Kalini kak amy tidak lagi memilih bas last memandangkan kesemua jemaah2 haji yg uzur dan sakit dibawa ke mina terlebih dahulu oleh bas khas dan mereka sampai dahulu berbanding jemaah lain. Alhamdulillah semoga Allah permudahkan urusan haji mereka dan kami semua pada musim haji 1438H ini. Ameen.

Kak Amy
Mecca 1438H

No comments:

Post a Comment