Friday, September 1, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 23

TARIKH : 01/9/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Mina.

Bumi yang tidak akan membesar. Biarpun ribuan atau jutaan jemaah yang datang mengerjakan haji. Mina tetap sama ukurannya. Kekal begitu dari zaman kenabian sehingga sekarang. Ummi (pembimbing agama maktab) ada mengatakan gambaran mina adalah seumpama perut ibu yang mengandung. Tak kira berapa ramai bayi yang dikandung, rahim ibu tetap sebesar itu. Begitulah halnya di bumi Mina ini.

Hari pertama kami di mina, kami masih lagi berada di dalam ihram. Pengumuman oleh pihak muassasah menetapkan supaya kami keluar melontar di jamrah kubra pada jam 4.20petang.

Kenapa waktu itu?

Kerana kebanyakan para jemaah dari negara2 lain akan berlumba2 untuk melontar pada waktu afdhal iaitu ketika waktu dhuha. Pada waktu ini, keadaan di jamarat (tempat melontar) tersangat sesak. Pihak muassasah dan TH tidak menggalakkan jemaah2 muassasah untuk keluar melontar pada waktu ini bagi mengelakkan insiden2 tidak diingini seperti ditolak, dihimpit dan sebagainya. Maklumlah jemaah malaysia/SEA kebanyakannya kecik comel je berbanding jemaah2 dari timur tengah, afrika dan negara2 lain.

Satu lagi sebabnya kenapa jam 4.20petg kerana apabila habis waktu dhuha, matahari sedang naik mencanak. Panang ceng2 lit2 orang cakap. Untuk mengelakkan daripada terkena heat stroke, maka pihak TH dan muassasah juga tidak menyarankan para jemaah muassasah melontar selepas waktu zohor (tengahari).

Mengikut saranan pihak muassasah dan TH, kak amy dan mr hubby keluar melontar buat kali pertama pada waktu yang ditetapkan. Cumanya kudrat para jemaah adalah berlainan. Kak amy dan mr hubby mengambil masa lebih kurang 1 jam 30minit untuk pergi melontar di jamarat dan balik ke khemah.

Jarak?
Lebih kurang 7 km pergi balik. So nanti korang yang nak pergi haji, jangan culas melakukan aktiviti senaman terutamanya berjalan jauh ini di tanahair lagi tau! Kalau kat sini baru nak praktis berjalan jauh, kat sini baru nak cari kasut yang sesuai, alamatnya memang tertinggal jauh la korang!

Since kami adalah geng2 sprinter jugak, jadi semasa kami sampai di khemah, keadaan memang agak lengang. Tandas takde orang! Ape lagi memang ambil kesempatan betul kak amy kalini untuk mandi. Walaupun takde orang, tapi air bukan untuk dibazirkan jugak ye. Mandi pun berpada2, bajunya jangan dibasuh bagi menjimatkan air.

Akhirnya setelah 2 hari tak mandi kan. Best dapat mandi dengan tenang tanpa orang ketuk pintu menjerit " woi jangan mandi, ramai lagi beratur nak kencing ni!".... huhu. Tapi mandi pon tak lama. Sekitar 10 minit, kak amy dah siap mandi buang air kecik air besar dan ambil wudhu!

Tengahari itu, sebelum keluar melontar, kak amy dan rakan2 sahabat wanita membuat rearrangement jemaah untuk khemah kami. Untuk makluman semua, khemah kami disusun oleh pihak TH (atau muassasah?) dalam keadaan last minute berikutan pertambahan kuota last minute yang diberikan oleh pihak Arab Saudi kepada Malaysia.

Korang boleh bayang tak di dalam 1 cubicle berkeluasan lebih kuraang 15x15 kaki, di share oleh antara 22-24 orang jemaah? Dan bare in mind bahawa saiz para jemaah adalah berbeza ok. Ada yang bersemangat sikit mungkin memerlukan saiz tempat duduk sehungga 2 kali ganda saiz jemaah biasa! Itu tak campur lagi dengan karenah segelintir jemaah yang agak egois dan bersikap "jual ikan" (a.k.a. selfish).

Di bumi Mina ini, terpancarlah pe'el dan ragam sebenar para jemaah. Ragam yang kadang kala sungguh mengganggu para jemaah lain untuk beribadat. Namun kak amy sangat2 bersyukur tidak ramai jemaah sebegitu di dalam khemah kami. Majoriti jemaah di khemah kak amy sangat2 memberikan kerjasama yang baik, baik yang muda mahupun yang agak berusia.

Proses penyusunan semua jemaah memakan masa lebih kurang 2 jam. Ada segelintir jemaah yang kak amy tak dapat puaskan hati mereka ie  tak suka tidur atau duduk dalam keadaan ber'aircond' sedangkan majoriti jemaah lain berpeluh2 menahan panas padang pasir. Ada yang request tempat tidur selesa bertilam, yang tidak juga kami boleh entertain memandangkan keberadaan tilam di dalam khemah akan menyempitkan lagi ruang dan menyebabkan ada jemaah yang tidak mendapat tempat langsung di dalam khemah.

Proses penyusunan jemaah memerlukan kesabaran yang tinggi. Suara juga mesti tinggi nadanya! Bukan sebab kak amy marah, tapi khemah kami besar, dan di dalam khemah kami tiada pembesar suara. Jadi terpaksalah kak amy meninggikan volume suara seketika untuk memberi arahan kerja kepada kesemua 328 jemaah yang berada di dalam khemah tersebut. Serak? Memang serak pon! Suara jadi macam itik sekati lepas bagi arahan. Huhu.

Proses penyusunan mengambil masa kira-kira 2 jam. Berakhir lebih kurang 15 minit sebelum masuk waktu zohor. Alhamdulillah sempat kami berwudhuk (majoritinya berwudhuk menggunakan spray air sahaja) dan sama-sama menunaikan solat zohor asar secara jamak tamam.

Berkat kerjasama semua jemaah, kami mampu berjemaah di setiap waktu solat fardhu di dalam khemah tanpa sebarang kesukaran.

Jangan di tanya kenapa kami tak ke surau ye! Nanti kak amy bagi hadiah sebijik kat dahi😂 Bukan kami malas untuk ke surau, masalahnya surau pun tak ada. Pihak muassasah tidak mampu menyediakan fasiliti surau ini lantaran khemah-khemah yang ada dimaksimakan untuk menampung jumlah jemaah yang ternyata melebihi 2x ganda daripada musim haji 1437H (tahun lepas).

Tidur di luar khemah? Ada! In fact ramai jemaah2 muda yang volunteer untuk tidur

di luar- luar khemah,
di tepi laluan pejalan kaki di antara khemah,
berhampiran toilet ( jangan ditanya bau toilet wangi atau tak!),
di tepi tong sampah,
di tepi tong air,
di tepi dapur maktab,
di tepi pintu pagar utama masuk ke maktab,

di mana2 sahaja asalkan dapat lelap biarpun seketika bagi memberi laluan yang lebih selesa kepada jemaah2 yang lebih berusia.

Alhamdulillah rata-rata jemaah haji yang datang di usia muda sangat tidak "menjual ikan"  (a.k.a. selfish) dan menolong mereka yang lebih veteren walaupun mereka bukan di kalangan sahabat maktab! Kudos kepada mereka semua the unsung heroes behind the scene.

Kak Amy
Mecca 1438H

No comments:

Post a Comment