Sunday, September 3, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 25

TARIKH : 03/9/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Masuk hari ketiga di Mina. Hari kedua kami melontar di ketiga-tiga jamarat harini.

Dugaan Mina masih sama seperti sebelum ini. Cuma ada sedikit berita gembira.

Rakan-rakan jemaah pakej yang melakukan Nafar awwal akan pulang ke mekah harini. Jadi khemah mereka bakal kosong bermula jam 11pagi selepas mereka selesai melakukan lontaran. Bumi Mina juga sedikit lengang selepas itu.

Maktab kak amy tidak terlibat dengan nafar awwal memandangkan kesemua jemaah dari maktab kak amy masih ada banyak masa untuk menyelesaikan urusan tawaf dan saie kami selepas nafar thani.

Sebelum tu, kak amy nak bagitahu secara ringkas apa itu nafar awal dan nafar thani.

Nafar itu sendiri bermaksud meninggalkan bumi mina sebelum terbenam matahari pada hari tersebut dan berazam untuk tidak kembali lagi ke bumi mina ini.

Nafar ada 2 - awwal dan thani.

Nafar awwal ini jemaah hanya membuat lontaran sebanyak 49 anak batu sahaja bermula dari 10 zulhijjah sehingga 12 zulhujjah.

Nafar thani ini pulak apabila jemaah menyelesaikan 70 lontaran anak batu bermula dari 10 zulhijjah sehingga 13 zulhijjah.

Nafar thani adalah lebih baik, namun memilih untuk nafar awwal tidak menjejaskan kemabruran haji seseorang. Kebiasaannya pihak muassasah/tabung haji akan consider untuk nafar awwal kepada jemaah2 yang akan berangkat pulang dalam masa terdekat (penerbangan awal pulang ke tanah air) atau jemaah wanita yang akan datang haid dalam masa terdekat dan tak sempat nak tunggu suci sebelum berangkat pulang/ke madinah.

Bab-bab nak nafar awwal atau nafar thani ni korang boleh bincang detail dengan pembimbing agama di maktab masing-masing sebelum berangkat ke arafah ok. Nanti ustazah akan nasihatkan korang yang mana pilihan terbaik untuk korang.

Back to the story, apabila balik je jemaah2 pakej yang melakukan nafar awwal, makan kami sahabat2 membuat pengumuman kepada jemaah2 di dalam khemah, jika ada yang ingin berpindah ke khemah sebelah yang lebih selesa.

Ada yang berpindah, ada juga yang sayang untuk berpindah. Kak amy sendiri memang tak pindah memandangkan tempat kak amy duduk di dalam khemah itu selalu tak miss solat berjemaah dan kami pun telah mesra sesama sendiri.

Jadi malam terakhir di Mina itu, semuanya dapat tidur dengan selesa. Ada yang siap bertilam berbantal bagai di khemah sebelah. Alhamdulillah.

Harini, pihak muassasah/tabung haji menasihatkan agar lontaran dilakukan pada sebelah petang selepas asar bagi memberi laluan kepada jemaah yang melakukan nafar awwal untuk melontar dahulu di sebelah pagi.

Tapi kak amy dan mr hubby sekali lagi terlepas pengumuman tersebut sebab lepas je solat subuh, kami terus pecut ke jamarat. Huhu. Timing kami tak berapa kena harini  kerana agak ramai jemaah bersesak untuk melontar di sebelah pagi. Tapi kami masih mampu untuk mengekalkan rekod 1 jam 30 minit kami seperti hari-hari sebelumnya.Alhamdulillah.


Kak Amy
Mecca 1438H

No comments:

Post a Comment