Saturday, September 2, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 24

TARIKH : 02/9/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Sebetulnya semalam selepas melontar di Jamrah Qubra, kami dah boleh tahallul awwal selepas bergunting/bercukur. Kak amy terus zapp gunting anak2 rambut sebaik sahaja selepas melontar.

Mr hubby pulak berhasrat untuk terus bercukur ketika masih lagi berihram. Petugas TH pesan, besar kelebihannya untuk jemaah lelaki bercukur ketika masih lagi di dalam ihram. Sehelai rambut yang gugur umpama gugurnya satu dosa yang kita pernah lakukan. Dah mesti la kita nak gugurkan sebanyak mungkin dosa2 yang ada kan? Takkan nak ambik minima 3 anak rambut je kot. Lain la kita ni maksum kan? ( which is absolutely impossible since maksum hanyalah untuk nabi dan rasul sahaja).

Namun atas asbab banyak kekangan pada malam selepas bercukur tersebut, mr hubby terpaksa mengalah dengan bergunting anak2 rambut sebanyak mungkin dan menangguhkan proses pembotakan kepala pada keesokan harinya iaitu hari ini.

Jadi pepagi lagi kak amy dah dipanggil dari bertapa di dalam khemah untuk menjadi barber tidak bertauliah kepada mr hubby. Kami pilih tempat yang agak kurang dilalui oleh jemaah, di tepi jalan besar yang diblok dengan bongkah2 batu bagi menghalang sementara laluan kenderaan ketika musim haji. Ada juga beberapa malaysian couples yang sedang menikmati breakfast di pagi hari di situ.

Mr hubby hulurkan gunting kecil. Kak amy pun mulalah menjalankan tugas sebagai barber tak bertauliah. Gunting aje. Janji pendek rambutnya supayasenang nak cukur dengan razor nanti. Tak kira la sepet sana sepet sini pon. Janji ultimately kepala mesti mau licin!

Habis part memendekkan rambut sehabis boleh. Now masuk part mencukur pulak. Mr hubby hulurkan razor. Ada 2 razor yang mr hubby sediakan. Razor cikai bak hang! Yang beli sepeket 10 batang razor rm6.99 kat mydin tu ha! Nak nangis kak amy cukur kepala en suami. Dah la rambut lebat hitam tebal molek 😂 kat sejam jugaklah operasi mencukur rambut mr hubby, boleh kata 60% je siap.

Akhirnya datang 1 couple dari malaysia offer untuk tolong botakkan kepala mr hubby. Pasangan tersebut baru sahaja selesai breakfast di sekitar kawasan tersebut. Expert cara cukurannya! Pakai pon razor gillette. Suami pasangan tersebut memang botak tegar dari awal kawin sampai sekarang. Si isteri bercerita, dah penat bebel supaya disimpan rambut, namun en suami jenis tak makan saman. Huhu..

Alhamdulillah tak sampai 10 minit, terus botak elok je kepala mr hubby kak amy. Yang pada awalnya agak impossible untuk kak amy cukur selicin itu 😅. Kami bersyukur sangat Allah gerakkan hati pasangan terbabit untuk tolong mr hubby bercukur. Semoga mereka berdua dipermudahkan urusan haji, dikurniakan haji mabrur, dipermudahkan urusan rezeki di dunia dan diberi pengakhiran yang baik ameen.

Sebenarnya ada je orang tempatan membuka "barbershop" sementara di tepi2 jalan raya. Tak mahal pun charge nya sekitar 10-20 riyal untuk 1 kepala. Tapi kak amy dan suami tak yakin. Hahaha. Razornya entah bertukar entah tidak. Ditambah lagi kami dengar dari pihak jemaah yang menggunakan khidmat tersebut, razornya hanya ditukar bila tumpul 😣 bukannya 1 customer 1 razor.

Apa yang kami bimbangkan adalah sebenarnya risiko jangkitan penyakit2 berjangkit yang boleh berjangkit melalui transmisi darah. Proses bercukur ini mempunyak risiko luka. Jika yang luka adalah penghidap penyakit berjangkit ( be it hepatitis B, hepatitis C, HIV etc), bila razornya tidak ditukar, risiko untuk berjangkit kepada next customer adalah sangat tinggi. Especially apabila next customer pon ada luka-luka kecil. Cukurnya sekejab, penyakitnya dibawa sehingga mati tau!

Diharapkan jemaah2 malaysia baik2 sahaja dan bebas dari sebarang penyakit2 merbahaya.

Nasihat kak amy kepada yang nak bercukur di sini,

1) kalo nak bercukur sendiri, beli razor yang berkualiti kurang2 gillette. Jangan beli razor 10 batang rm6.99 macam kami 😅

2) kalo nak menggunakan khidmat cukur kepala dari locals, pastikan tanya dulu razor ditukar atau tak. Kalo kami, kami pastikan razor ditukar di depan mata kami, baru kami percaya.

3) kalo nak cukur sendiri, mungkin perlu bawak cermin kecik siap2. Kat tandas/bilik air di mina, tiada cermin disediakan okay!

Ohh ye, sebelum terlupa, harini kami start melontar di ketiga-tiga jamarat. Sughra, Wusta, dan Qubra.

Sebetulnya kami tertinggal ketapi. Kami tak perasan ada pengumuman oleh pihak tabung haji dan muassasah menyuruh jemaah untuk melontar pada jam 7pagi. Jadi kami keluar melontar jam 4 petang. Alhamdulillah lancar je lontaran dan jemaah tidak ramai melontar pada masa tersebut. Kemungkinan dah ramai yang melontar di sebelah pagi.

Balik melontar, tandas sesak sebab ramai jemaah dah selesai lontaran di sebelah pagi. Jadi terpaksalah beratur di waktu2 kritikal ini. Kebiasaannya menunggu turn untuk menggunakan tandas ketika waktu peak ini memakan masa antara 30 minit hingga 1 jam paling minima. Tapi kak amy tak heran kalo ada yang tunggu sehingga 2 jam baru dapat masuk tandas.

Tau tak kenapa?

Kerana ada segelintir jemaah yang bermandi-manda di waktu puncak! Kalo jemaah wanita yang mandi, rata-ratanya ambil masa minimum 30 minit seorang. Nak nangis kami yang nak membuang air ni tunggu di luar.

Korang jangan heran kalo ada makcik2 terkencing di dalam kain, kencing dalam longkang dan sebagainya sebab tak tahan menunggu.

Itu baru part mandi. Belum lagi yang keluar dari tandas siap dengan basuh baju di waktu puncak! Kadang-kadang agak sukar nak educate jemaah2 yang agak tidak bertimbang rasa dan "jual ikan" ini.

Jangan marah kalo kak amy katakan yang hampir kesemua mereka(mungkin 99.9%) adalah jemaah veteren yang berusia sebenarnya yang buat hal. Payah untuk kami yang budak hingusan makan garam kemudian ini nak nasihatkan. Kadang kami dimarahi apabila kami menegur. Sabar je yang mampu kami lakukan. Nak ditentang lebih2, mengenangkan makcik2 yang lebih berusia, perlu jugak sedikit sebanyak ada rasa hormat kepada yang tua.

Itulah antara dugaan-dugaan Mina yang perlu ditempuh oleh para jemaah haji.

Boleh kak amy simpulkan di sini ada 3 dugaan terbesar di Mina ;

1) Khemah yang sesak, sempit dan padat - memerlukan kesabaran dan kerjasama yang tinggi di kalangan jemaah.

2) Tandas yang terhad dan air yang sangat limited dengan penggunaan jemaah yang ramai. Tandas pula tidak pernah dibersihkan sepanjang jemaah berada di Mina.

3) Perjalanan pergi dan balik ke Jamarat yang agak jauh sekitar 7km sehari. Bagi yang muda dan bajet2 sprinter ok tiada masalah inshaAllah. Bagi pakcik makcik yang bertongkat dan uzur agak bermasalah memandangkan perjalanan ke tempat melintar diharamkan menggunakan wheelchair oleh pihak Arab Saudi. Pun begitu, keringanan ada disediakan seperti mengupah orang untuk melontar bagi jemaah yang uzur (fulus perlu disediakan ya!) atau jika datang dengan anak/pengiring yang sihat, mereka boleh tolong lontarkan.

Semoga bermanfaat perkongsian kak amy untuk panduan korang bakal jemaah di musim haji akan datang.

Kak Amy
Mecca 1438H

No comments:

Post a Comment