Monday, June 29, 2015

6 TIPS SARAPAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN


Rata-rata masyarakat kita pasti inginkan susuk tubuh yang ideal. Selain penting untuk keyakinan diri sendiri, berat badan ideal juga penting untuk tubuh yang sihat. 


Berikut dikongsikan 6 tips sarapan yang dicadangkan untuk menurunkan berat badan.

1) Sumber nutrien yang seimbang (satu hidangan protein, buah dan bijirin penuh)


2) Minum teh hijau


3) Buat granola sendiri, jangan beli


4) Ambil sekurang-kurangnya 5g serat


5) Makan yogurt tanpa perisa sama ada dengan beri, bijirin penuh, madu atau coklat hitam


6) Lupakan makanan sarapan yang lazim seperti bijirin, jus oren atau croissant



sumber : iSihat

Tahukah anda Shaklee juga membudayakan pemakanan yang sihat sebagai salah satu komponen utama dalam kesihatan badan kita?

Saranan Shaklee adalah ;

1) Makan secara sihat
2) Bersenam dan capai berat yang sihat
3) Suplemen secara bijak  

Saya pilih Shaklee untuk bersuplemen secara bijak. Anda bila lagi?


HAMIDAH CHE ALI
SID 866664
017-9069616 (CALL/WA/MESEJ)

Monday, June 22, 2015

Shaklee Landmark Study

ABSTRAK

LATAR BELAKANG

Penggunaan suplemen makanan di Amerika Syarikat adalah amat tinggi dan ia mewakili sumber pemakanan yang sangat penting. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui mengenai individu-individu yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan secara tetap. Kajian ini menyelidik corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan; serta membuat perbandingan dengan bukan pengguna dan juga pengguna suplemen multivitamin/mineral tunggal.

KAEDAH

Melalui reka bentuk kajian keratan rentas, maklumat diperoleh melalui soal selidik dalam talian dan pemeriksaan fizikal (paras darah ketika berpuasa, tekanan darah dan berat badan) melalui sampel mudah dapat daripada pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan Shaklee Corporation untuk jangka panjang (pengguna Berbilang Suplemen, n=278). Data untuk bukan pengguna (Tiada Suplemen, n=602) dan pengguna suplemen multivitamin/mineral (pengguna Suplemen Tunggal, n=176) diperoleh daripada Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (National Health and Nutrition Examination Survey, NHANES) 2001-2002 dan NHANES III 1988-1994. Kaedah regresi logistik digunakan untuk menganggarkan nisbah ganjil dengan selang keyakinan 95%.

KEPUTUSAN

Suplemen makanan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna Berbilang Suplemen merangkumi multivitamin/mineral, B-kompleks, vitamin C, karotenoid, vitamin E, kalsium dan vitamin D, asid lemak omega-3, flavonoid, lesitin, alfalfa, koenzim Q10 dengan resveratrol, glukosamina, dan suplemen herba untuk rangsangan imun. Kebanyakan wanita juga mengambil asid gamma linolenik dan suplemen probiotik, manakala kaum lelaki pula dilihat kerap mengambil zink, bawang putih, saw palmetto dan suplemen protein soya. Kepekatan nutrien di dalam serum secara amnya meningkat dengan penambahan suplemen. Selepas pelarasan umur, jantina, pendapatan, pendidikan dan indeks jisim tubuh, penggunaan suplemen yang banyak telah dikaitkan dengan bacaan yang lebih baik untuk serum homosisteina, protein C-reaktif, kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi dan trigliserida, serta pengurangan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes.

KESIMPULAN

Kumpulan pengguna berbilang jenis suplemen makanan jangka panjang ini mengambil pelbagai jenis vitamin/mineral dan herba secara harian, di samping suplemen yang khusus untuk sesuatu keadaan tertentu. Mereka lebih berkemungkinan mempunyai paras biopenanda penyakit kronik yang optimum, dan kurang berkemungkinan mempunyai tahap nutrien di dalam darah yang berada di bawah paras optimum (suboptimum), tekanan darah tinggi dan diabetes berbanding bukan pengguna dan pengguna multivitamin/mineral tunggal. Penemuan ini perlu disahkan dengan mengkaji corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan dalam kumpulan lain.

Gabungan Pengarang:
  • Gladys Block
    PhD, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Christopher D. Jensen
    PhD, MPH, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Edward P. Norkus
    PhD, Department of Medical Research, Our Lady of Mercy Medical Center, Bronx, NY
  • Tapashi B. Dalvi
    MPH, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Les G. Wong
    BS, Shaklee Corporation, Pleasanton, CA
  • Jamie F. McManus
    MD, Shaklee Corporation, Pleasanton, CA
  • Mark L. Hudes
    PhD, Nutritional Sciences, University of California, Berkeley, CA


Monday, June 15, 2015

Shaklee Bersama Alam Semula Jadi

KAMI UTAMAKAN KEHIDUPAN HARMONI BERSAMA ALAM SEMULA JADI
Mematuhi nasihat Dr. Shaklee, kami mencari ilham dan inspirasi daripada kearifan dan khazanahalam semula jadi dalam setiap perkara yang kami lakukan.
Maksudnya, kami menghasilkan produk menggunakan bahan semula jadi paling tulen. Dan kami mengambil langkah paling ketat untuk menjauhi racun perosak, bahan pencemar, dan lain-lain bahan bukan semula jadi yang tidak patut terdapat di dalamnya.
Apa yang kami ambil daripada alam, sama pentingnya dengan apa yang kami tinggalkan.
Syarikat kami adalah yang pertama di dunia diiktiraf sebagai Climate Neutral™, yang bermaksud kami beroperasi dengan impak bersih sifar kepada bumi ini.
Ibu pejabat dunia kami adalah model terkemuka yang melambangkan tanggungjawab kepada alam sekitar.
Kami menghasilkan produk yang lembut, mesra serta tidak menjejaskan planet. Dan kami tidak melakukan ujian ke atas haiwan.
Sejak Shaklee ditubuhkan, kami sentiasa mematuhi hukum alam.
Setakat ini, kami belum lagi tersilap langkah.


ANUGERAH - ANUGERAH SHAKLEE
1. Earth Day 2000 Environmental Business Leadership Award
2. 2006 EPA Climate Leader
3. 2002 EPA Climate Protection Award
4. Earth Day 2000 Environmental Business Leadership Award

KOMITMEN MENYELURUH KEPADA ALAM SEKITAR
"Shaklee merupakan perintis yang mencapai keneutralan karbon pada 2000, dan telah menggerakkan rangkaiannya untuk menanam satu juta pokok untuk dunia, yang bukan sahaja merupakan satu pencapaian hebat, malah menjadi inspirasi buat semua – terutamanya di sektor korporat."

Dr. Wangari Maathai, Penerima Anugerah Keamanan Nobel 2004, pengasas Green Belt Movement, dan Duta Global untuk kempen Sejuta Pokok. Sejuta Impian Shaklee. [Shaklee A Million Trees. A Million Dreams.™].

Kami telah menerajui pergerakan alam sekitar melalui teladan selama beberapa dekad.
  • kempen untuk menanam sejuta pokok.
  • penajaan tiga ekspedisi Kutub Utara untuk mengukur kesan pemanasan global.
  • sumbangan bekalan pembersihan mesra alam, digunakan di atas kapal penyelidikan Jacques Cousteau.
  • kerjasama dengan Dr.Wangari Maathai, pemenang anugerah Keamanan Nobel pertama yang diiktiraf untuk kerjakerja alam sekitar.
  • menyokong Matlamat Pembangunan Milenia Bangsa-Bangsa Bersatu [United Nations Millennium Development Goals] untuk menggalakkan hak kemanusiaan dan menamatkan kemiskinan.
  • sumbangan vitamin dan minuman nutrisi kepada kanak-kanak kekurangan zat dan mangsa gempa bumi.
  • penajaan rasmi Hari Bumi [Earth Day]. Sumbangan kami hampir setengah juta dolar kepada tabung bantuan taufan A.S.
  • pemberian tahunan yang melebihi $3 juta.

...Dan Senarainya Berterusan.
Begitu juga komitmen kami untuk melakukan apa yang beretika dan benar kerana itulah nadi kami.

Monday, June 8, 2015

SHAKLEE MENGUTAMAKAN KESIHATAN


Shaklee adalah peneraju syarikat nutrisi semula jadi di A.S.


Keberkesanan ketulenanpurity dan keselamatan - jauh melangkaui organik.
Kami berpendapat kesihatan yang baik adalah perkara yang paling berharga di dunia. Tanpanya, semua perkara lain menjadi tidak bermakna. Kerana itulah setiap bahan yang dimasukkan ke dalam botol Shaklee telah dicipta untuk menjadikan anda lebih sihat. Dan kerana ia terbukti, anda pasti tidak sabar untuk bercerita kepada keluarga dan rakan mengenainya.
Di Shaklee, kami adalah penyokong tegar gaya hidup sihat, termasuk pilihan makanan yang sihat, suplemen yang bijak, dan senaman yang kerap - selama lebih 60 tahun!

Dan kami sangat berbangga dapat menerbitkan Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee [Shaklee Dietary Supplement Study], satu kajian penanda aras pertama seumpamanya yang menyokong potensi manfaat suplemen dalam jangka panjang di kalangan populasi pengguna unik.

KOMITMEN SHAKLEE UNTUK MENJALANKAN PENYELIDIKAN KLINIKAL DAN SAINTIFIK ADALAH NADI KEPERCAYAAN SYARIKAT.


Produk kami disokong oleh 125 pembentangan dan terbitan kertas saintifik yang menunjukkan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda. Kebanyakannya diterbitkan dalam jurnal saintifik ulasan-sejawat (pakar-pakar lain di bidang berkaitan) untk kemajuan sains, kesihatan dan planet kita.

SARANAN SHAKLEE

1. MAKANAN SECARA SIHAT

Pelan pemakanan sihat anda termasuklah pilihan menyihatkan yang menekankan kepada pengambilan buah-buahan, sayursayuran, bijian penuh, dan produk susu bebas-lemak atau rendah-lemak.

2. BERSENAM DAN CAPAI BERAT YANG SIHAT








Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program pengurusan kesihatan anda untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

3. SUPLEMEN SECARA BIJAK








  1. Suplemen multivitamin/mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D adalah memadai dan munasabah.
  2. Pastikan anda mengambil protein yang mencukupi setiap hari; ia adalah bahan pembina tubuh paling asas, untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat.
  3. Cuba tingkatkan pengambilan asid lemak omega 3, EPA dan DHA, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindak balas metabolik dan keradangan.
  4. Nutrien anti oksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan, jadi pastikan anda mempertimbangkan anti oksidan seperti vitamin C dan E, serta beta karotena.
  5. Pastikan pengambilan vitamin B kritikal termasuk asid folik, vitamin B6 dan B12, untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat.
  6. Akhir sekali, dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi imun.

Monday, June 1, 2015

MASA HADAPAN LEBIH BAIK BERSAMA SHAKLEE

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan memberi peluang untuk kami berkongsi dengan anda mengenai siapa kami dan apa yang kami miliki dan tawarkan.

Sebagai peneraju syarikat nutrisi semula jadi di A.S., dengan sejarah yang bermula dari 1915, Shaklee telah menjadikan masyarakat lebih sihat selama lebih 60 tahun. Kami menawarkan produk nutrisi semula jadi dan penjagaan peribadi berkualititinggi, serta produk kegunaan rumah mesra alam yang telah membantu jutaan orang menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Dan kami menjadikannya sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk memelihara dan memastikan kesihatan planet.

Sewaktu hijau hanyalah sekadar warna dan perkataan terbiodegradasi masih belum digunakan, kami telahpun menjadikannya sebahagian daripada kami. Malah, seawal 1960, kami telah menghasilkan pembersih terbiodegradasi yang pertama.

Kami juga merupakan syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan Climate Neutral™ yang mengimbangi pelepasan CO2 kami, memberikan impak bersih sifar kepada persekitaran. Kami melakukannya kerana kami percaya bahawa amat penting bagi kita semua menunaikan tanggungjawab kita untuk menjadikan masyarakat dan planet ini lebih sihat. Dengan berbuat demikian, kami percaya setiap sumbangan yang kami berikan akan membawa perubahan besar yang ingin kami lihat berlaku di dunia kita.

Kami juga berbangga dapat menjalin kerjasama dengan salah seorang pengubah dunia tersohor masa kini – Pemenang Anugerah Keamanan Nobel Prof. Wangari Maathai, pengasas Green Belt Movement yang telah memperbaiki kehidupan jutaan rakyat Afrika melalui penanaman pokok; Prof. Daniel Esty, penulis buku Green to Gold memberi sorotan kepada beberapa syarikat dengan amalan perniagaan yang bukan sekadar menjana keuntungan malah memberi manfaat kepada alam sekitar; dan penjelajah terkemuka dunia Will Steger, yang mana penerokaan Kutub beliau telah membuka mata dan membina kesedaran mengenai kesihatan rantau alam semula jadi paling sensitif dunia dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaikinya.

Kami juga berbesar hati kerana Nobel Laureate Dr Elizabeth Blackburn, perintis penyelidikan dalam sains kesihatan telah menyertai kami sebagaiLembaga Penasihat Saintifik Shaklee.

Di Shaklee, kami percaya setiap individu bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberikan untuk menjadikan dunia ini lebih baik dan lebih selamat demi anak-anak dan generasi kita yang seterusnya. Produk yang kami hasilkan, peluang yang kami tawarkan, dan inisiatif yang kami sokong membuktikan bahawa anda boleh menjalani kehidupan yang seiring dengan nilai dan kepercayaan anda, dan di masa yang sama mampu menjana pendapatan yang hebat.
Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mencipta masa hadapan yang lebih sihat, lebih selamat dan lebih baik untuk anda, keluarga anda, dan planet kita.


Monday, May 25, 2015

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Falsafah Produk Shaklee


Selama lebih 60 tahun, keluarga berbilang generasi telah menaruh kepercayaan bahawa Shaklee mampu melakukan apa yang syarikat lain tidak mampu untuk lakukan – menghasilkan produk yang selamat secara semula jadi DAN terbukti berkesan.




Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik, untuk semua. Kami melakukannya melalui penghasilan produk semula jadi yang sangat luar biasa, dan anda sentiasa mahu berkongsi cerita dengan keluarga dan rakan mengenainya. Setiap bahan yang memasuki setiap botol Shaklee telah dicipta untuk memperbaiki kesihatan, berfungsi tanpa kompromi, dan lembut serta mesra pada alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, anda akan mengetahui tiga perkara yang nyata dan benar.
Ia selamat. Ia terbukti. Dan ia berkesan.


Monday, May 18, 2015

TENTANG SHAKLEE

Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.

Kisah kami bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.

Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.


Monday, May 11, 2015

CINCH TEA MIX

MINUMAN YANG MENYEGARKAN

Lupakan kopi dan minuman manis. Ini cara yang selamat dan semula jadi untuk menceriakan hari anda dan menukar saiz pakaian anda. Campuran eksklusif teh hijau, putih dan merah, serta taurina untuk meningkatkan tenaga seharian agar anda sentiasa segar dan cergas. Nikmatinya pada bila-bila masa, panas atau sejuk.

Terokai dunia baharu dengan bentuk tubuh yang ideal.


Keistimewaan Shaklee
Mengandungi taurina, ia dikaji secara meluas untuk meningkatkan kepekaan dan tenaga.
Pek mudah untuk satu hidangan.

Bebas gluten, tanpa tambahan pengawet, pewarna atau perasa tiruan.

Nutritional Facts
Saiz Hidangan: 1 Pek (1.7 g)
Hidangan Setiap Bekas : 128

Ramuan
Hidangan Setiap Kotak
Setiap 100 g
Kalori
6.5 Kcal
382 Kcal
Jumlah Karbohidrat
0.9 g
52.9 g
Jumlah Lemak
0 g
0 g
Protein
0.7 g
41.2 g
Sodium
5 mg
294 mg
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh
 atau mencegah sebarang penyakit.


Monday, May 4, 2015

CINCH SHAKE MIX

SHAKE LENGKAP DAN PANTAS

Makan dengan bijak, Shake dengan sihat. Tahukah anda, di antara sepuluh azam yang sering dibuat adalah untuk mengurangkan berat dan mengekalkan berat tersebut. Jika anda ingin menurunkan berat anda dengan berkesan, inilah caranya. Cinch® Shake Mix adalah minuman yang lazat, pantas dan berkhasiat untuk anda. Ia membekalkan nutrien seumpama satu hidangan, tetapi rasanya enak seperti pemanis mulut.

Tahukan Anda? 
Leusina membantu mengekalkan otot untuk mencapai berat badan sihat.


Keistimewaan Shaklee
Kaya dengan protein dan kalsium.
Mengandungi serat yang tinggi, iaitu 6 gram setiap sajian.
Makanan tanpa kolesterol.

Nutritional Facts (Vanilla)
Saiz Hidangan: 2 Skup (48 g)
Hidangan Setiap Bekas : 15
RamuanSetiap Hidangan
Campuran Kosong
Setiap 100g
Kalori180 Kcal375 kcal
Kalori dari lemak25 Kcal52.1 kcal
Jumlah Karbohidrat23 g47.9 g
Gula15 g31.3 g
Fiber Pemakanan6 g12.5 g
Fiber Terlarut6 g12.5 g
Protein16 g33.3 g
Jumlah Lemak3 g6.3 g
Lemak Tepu0.5 g1 g
Lemak Trans0 g0 g
Lemak Monopolitaktepu1.5 g3.1 g
Lemak Politaktepu0.5 g1.0 g
Kolesterol0 mg0 mg
Sodium420.0 mg875.0 mg
Potasium400.0 mg833.3 mge
  % NRV Setiap Hidangan
Campuran Kosong
Vitamin A19%
Vitamin C35%
Kalsium44%
Zat Besi32%
Vitamin D370%
Vitamin E105%
Tiamin38%
Riboflavin37%
Niasin39%
Vitamin B635%
Folat70%
Vitamin B12210%
Biotin*
Asid Pantotenik*
Fosforus*
Magnesium47%
Zink35%
Selenium*
Tembaga*
Mangan*
*NRV tidak ditetapkan
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.