Tuesday, September 26, 2017

RESEPI STOK AYAM DAN IKAN BILIS

Assalamualaikum wbt.

Dek kerna hampir 2 bulan tidak memegang periuk belanga di Tanah Suci, maka keinginan untuk memasak datang membuak2.

Mulalah masa2 free yang ada di sini kak amy gunakan untuk meng'google' pelbagai resepi sihat untuk dimasak apabila sampai di rumah nanti.

Kalini kak amy plan nak buat sendiri stok ayam dan bilis untuk masakan harian family kak amy nanti. Stok ini juga boleh diletakkan dalam bubur nasi bayi.

Kak amy memang tak pernah gunakan 'pak aji' dalam masakan. Tapi kak amy selalu tambah 'knorr pasti sedap' dalam masakan. Knorr pasti sedap pon ada kandungan MSG jugak walaupun namanya bukan 'pak aji'. Huhu.

Kak amy jumpa resepi ni dalam website siraplimau.com

Ni link asal 2 resepi ini.

https://siraplimau.com/cara-buat-stok-ayam-resepi-bubur-bayi/#.WcJEv3Bqqo0.facebook

Kredit to tukang share resepi Nazurah Hassan. Semoga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah buat sis Nazurah Hassan ini.

STOK AYAM

Bahan-bahan:

– Daging ayam seperti leher atau mana-mana bahagian tulang ayam yang lain. Kalau ada kaki ayam, buangkan kukunya terlebih  dahulu.

– Lobak merah

– Daun saderi (‘celery’)

– Bawang besar – 1 biji

– Bawang putih – 1 labu (Dilebihkan kerana bawang putih banyak khasiat untuk bayi. Bayi yang kurang suka, boleh kurangkan sedikit)

–‘Baby tomato’ dipotong dua / tomato besar dipotong dadu

– Bunga lawang (jika ada)

– Cuka epal / lemon (untuk keluarkan khasiat dari tulang ke dalam kuah)

Nota: Guna periuk ‘stainless steel’ untuk memasak. Tidak disarankan mengguna periuk aluminium kerana asid dalam lemon atau cuka akan bertindak balas dgn aluminium.

Cara Penyediaan Stok Ayam

1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Letak air sehingga hampir penuh.

2. Renehkan atau ‘slow cook’ selama 12 jam. Kalau tak larat tunggu, cukuplah sekitar 2-4 jam. (Pastikan ayam empuk dan terlerai daripada tulang. Ada petua mengatakan renehkan sehingga air berkurang kepada 1/3 periuk)

3. Padam api. Tapiskan isi daripada airnya. Kita ambil airnya. Isinya boleh digunakan untuk masakan biasa seperti nasi goreng atau sandwich ayam. Nak kisar untuk diletakkan dalam bubur bayi pun boleh.

4. Apabila air rebusan tadi sejuk, tuangkan dalam bekas kiub ais. Stok ayam terbaik kalau jadi kenyal dan jernih, macam ‘jelly’.

5. Kalau nak guna, masukkan dalam bubur nasi atau oat. Panaskan atas periuk selama 4-5 minit.. Siap!



STOK IKAN BILIS

Bahan-bahan:

– Ikan bilis – Kopek dan bersihkan. (Buang bahagian kepala dan perutnya yang berwarna hitam)

Cara-caranya:

1. Rendam dalam peti ais 24 jam / semalaman

2. Keluarkan dari peti dan tos kan.

3. Sangai (goreng tanpa minyak)

4. Gorengkan sampai garing.. (Jangan hangus pula ya)

5. Kisarkan guna ‘blender’

6. Ayak. Simpankan bahagian yang halus untuk bayi.

7. Simpankan dalam peti ais. Siap!

8. Kalau nak makan. Ambil sedikit dan campurkan terus ke dalam bubur atau masakan. Mudah, kan?

Sejujurnya, kak amy ingatkan cara nak buat stok bilis sama dengan stok ayam. Maknanya perlu rebus bilis dengan teknik slow cook jugak beberapa jam. Nampak sangat tak pernah buat stok bilis kak amy ni. Huhu.

Semoga bermanfaat.

Friday, September 15, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 27 - DAY 37

Tarikh : 5/9/2017 - 14/9/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak Amy bersiaran secara kumulatif dari bumi Makkah Al Mukarramah.

kenapa kumulatif?

sebab aktiviti yang kak amy lakukan hari2 adalah more or less the same.

selepas selesai urusan haji, rutin harian kak amy bermula seawal 2.30pagi. bangun awal sebab nak berebut turn bilik air. hehe. kak amy share bilik  dengan 4 lagi jemaah haji. kesemua kami biasanya akan bangun sebelum subuh. jadi the 1st to use toilet mesti bangun awal sekitar jam 2.30pagi supaya semuanya boleh bersiap2 sebelum azan subuh berkumandang.

sekitar jam 3.15pagi, kak amy dan suami dah menapak ke masjidil haram. jarak perjalanan hampir 1 kilometer dan berbukit bukau dari hotel kami.

ujian & cabaran?

ha'ah memang betul bila disebut part jarak dan perjalanan kami ke masjidil haram. kami golongan yang agak muda terasa penat, apatah lagi yang agak senior, bertongkat, berkerusi roda bagai, kan? pengajaran kat sini, jangan la korang lepaskan parents korang yang agak berusia dan tidak mampu untuk berdikari untuk menunaikan haji sorang2 atau berdua (sekiranya both ibu ayah memang uzur). sangat banyak contoh yang kak amy tengok jemaah2 haji berusia yang datang berseorangan atau berdua (suami isteri yang uzur) yang tidak mampu untuk beribadah dan memaksimakan peluang yang ada di Tanah Haram. malah ada suami isteri yang dimasukkan ke hospital secara berjemaah tau!

selesai subuh sekitar jam 5pagi, kami akan merayap mecari makanan. jika berkehendakkan sarapan ala2 malaysia, terpaksa la berjalan balik seawal mungkin selepas subuh untuk menapak ke pintu masuk maktab 87 rehab janadriah (jarak 80m dari maktab 78, maktab kami). di situ, terdapat golongan Pattani yang telah mendapat kerakyatan Saudi menjual sarapan ala-ala malaysia dari nasi lemak, laksam, nasi himpit sambal hitam, pulut nyior ikan kering sehinggalah ke donut karipap dan kuih tradisional lain.

kalo nak bersarapan ala2 western atau timur tengah, kebiasaannya kami akan keluar lewat daripada masjidil haram, sekitar jam 6 atau 6.30pagi kerana sarapan2 western @ timur tengah  ini senang didapati di sekitar masjidil haram.

selepas sarapan, kami akan pulang ke hotel untuk berehat. ada kalanya, pihak TH ada membuat taklimat sekitar jam 9pagi di lobi hotel. seboleh-bolehnya korang jangan terlepas taklimat oleh pihak TH ni sebab banyak input yang pihak TH akan berikan ketika taklimat ini.

Ada juga ketika tiada apa-apa aktiviti di hotel, kami stay sahaja di masjidil haram sehingga waktu zohor. habis sembahyang zohor, kami terus balik ke hotel. waktu zohor adalah waktu panas terik. suhu biasanya menghampiri 50'C. jadi memang kak amy dan suami akan terus straight balik hotel sahaja, tak singgah di mana-mana memandangkan suhu yang tinggi.

sebelum asar, kami menapak lagi ke masjidil haram kira2 pkl 3.00ptg. berbeza crowd di masjidil haram sebelum dan selepas masyair. sebelum masyair, pkl 3ptg, hampir kesemua pintu masjidil haram telah ditutup dan dikawal rapi oleh pihak polis masjid. nak solat di dataran time zohor dan asar memang idak lerr..panas ketit ketit orang tranung cakap hihi. selepas masyair, crowd makin berkurang di mekah. ada yang telah pulang ke tanah air, ada juga yang mula berangkat ke madinah menziarahi junjungan besar Nabi Muhammad SAW. jadi selepas masyair, pintu masjidil haram memang lewat ditutup. 15 minit sebelum waktu solat fardhu pon masih dibenarkan masuk ke masjidil haram.

kebiasaannya, kami akan stay di masjidil haram sehingga waktu isya'. selepas isya' kak amy dan en suami mula menapak mencari dinner. akhir2 ini, kami agak jemu dengan masakan yang dibekalkan oleh pihak TH. dah hampir sebulan ulang makanan yang sama. jadi kami decide untuk tidak ambil makanan yang dibekalkan, takut membazir tak makan. dinner kami biasanya samada beli di luar makanan pak arab atau western atau sekadar maggi cup indomie perisa kari, ayam, daging dan sayur. en suami pulak semenjak dua menjak ni asyik mencari air kelapa kotak. hampir setiap hari mesti singgah di mana-mana supermarket on the way balik ke hotel untuk membeli air kelapa. natural and tasty juice for hydration with minerals and vits ,kan?

itulah serba sedikit rutin harian kami ketika di mekah selepas hari masyair. semoga perkongsian pengalaman ini memberi manfaat untuk korang yang bakal menunaikan haji pada musim-musim akan datang.


Monday, September 4, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 26

TARIKH : 04/9/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Hari keempat di Mina. Hari ketiga kami melakukan lontaran di ketiga-tiga jamarat. Juga merupakan hari terakhir kami di Mina.

Malam sebelumnya pihak tabung haji dan muassasah telah membuat pengumuman masa lontaran pada harini. Ada 2 masa lontaran,

1) sebelum subuh

Jemaah dinasihatkan mula bergerak seawal jam 3pagi kepada yang uzur dan berusia (bukan sprinter). Kepada yang muda dan berjalan laju, boleh bergerak dari khemah pada jam 3.30pagi.

Kami?

Berdasarkan rekod2 sebelum ini hanya mengambil masa 1 jam 30 minit, maka kak amy dan mr hubby decide untuk bergerak pada jam 4pagi.

Kenapa perlu timing sebegitu?

Satunya kerana waktu melontar hanya masuk selepas azan subuh. Jadi kalo pergi awal-awal pun tak guna sebab tak beh nak melontar jugak.

Keduanya polis-polis arab saudi yang menjaga di kawasan jamarat akan menghalau jemaah-jemaah yang berada statik (menunggu subuh sebenarnya) dan tidak bergerak ketika di jamarat. Mereka sebenarnya nak elak daripada berlakunya kesesakan di jamarat.

Sebab itulah pentingnya right timing! Kalo korang jenis sprinter macam kak amy jugak, atau mungkin lagi laju dari kak amy dan mr hubby, boleh la korang pergi lewat-lewat sikit ke jamarat. Tips nya adalah timing betul2 masa yang korang ambil pergi balik ke jamarat dari hari pertama lontaran lagi. Dengan itu, korang boleh agak nak slow down walking rate atau nak accelerate.

Solat subuh macam mana?

Korang jangan risau lah. Ambik wudhuk siap-siap sebelum ke jamarat dan jaga wudhuk masing2. Takyah la pegang tangan mr hubby dulu on the way nak pergi tu. Nanti dah siap solat korang nak kepit kuat2 pun silakan ok. Janji jangan sampai melanggar 3 lagi pantang larang ihram yang masih ada (bab2 persetubuhan dan munakahat).

Kat sana nanti cari tempat2 kat tepi jamarat untuk solat. Jangan pulak korang gi solat tengah2 jalan orang lalu lalang. Bawak siap2 sejadah atau hamparan ke untuk solat. Kak amy siap beh berjemaah lagi tau! Tumpang group indonesia berjemaah hihi.

2) selepas subuh

Jemaah team ini akan selesaikan solat subuh berjemaah di khemah masing-masing dahulu sebelum bergerak ke jamarat.

Dari apa yang kak amy perhatikan, kira-kira 2/3 jemaah memilih untuk membuat lontaran pada waktu ini. Agak sesak sedikit dengan jemaah semestinya.

Korang nanti pilihlah mana yang sesuai dengan korang ok.

Cuma kebaikannya kalo melontar sebelum subuh ni, korang dapat balik awal ke mekah sebab bas dah siap2 tunggu jemaag pada pukul 7pagi.

Kalo keluar ke jamarat sebelum subuh dan solat subuh di jamarat, korang sekurang2nya dah sampai ke khemah dalam pukul 6 - 6.30pagi.

Kak amy sempat lagi menjamah sarapan pagi nasi lemak sebelum angkat beg balik ke mekah.

Lupa nak bagitau korang. Part makanan di arafah dan mina, korang jangan risau. Makanan disediakan 3x sehari - breakfast, lunch dan dinner. Tambahan pula kalo di mina, ada deretan gerai2 yang menjual makanan panas, buah-buahan dan barangan runcit. Cuma di muzdalifah sahaja tidak dibekalkan dengan makanan sebab hanya sekejab sahaja mabit di sana.

Sesampai sahaja di mekah sekitar jam 8.30pagi, kak amy terus ke bilik, mandi sepuas2nya setelah nak masuk 3 hari tak mandi dan settlekan terus basuh baju yang menimbun. Siap basuh baju, kak amy naik ke tingkat paling atas untuk ampaikan baju.

Sekitar jam 10.30pagi, kak amy dan mr hubby dah menapak ke masjidil haram untuk menyelesaikan rukun haji kami yang masih berbaki iaitu tawaf dan saie haji.

Ada jemaah yang decide untuk berehat sehari dan menyelesaikan tawaf dan saie keesokan atau selepas 2 hari balik dari mina. Semuanya ok terpulang atas jemaah masing2.

Cumanya kak amy tak boleh nak delay memandangkan "teman baik" bakal berkunjung around the corner. Jadi settlekan cepat2 rukun tawaf dan saie. Azan zohor pada pukul 12.15tghari, kami masih berbaki 2 pusingan saie.  Kami berhenti dulu solat zohor.  Habis sahaja solat zohor dan solat jenazah, kami bangkit sambung saie dan alhamdulillah berjaya habiskan dalam masa lebih kurang 10 minit.

Korang agak-agak berapa total jarak perjalanan kami harini bermula dari sebelum subuh untuk melontar sehinggalah habis 7 pusingan saie?

Tak jauh pon. 27 KM je!
Korang mesti siap boleh berlari kan kalo takat 27km. Kak amy mampu berjalan kaki laju2 je. Huhu.

Balik hotel, kami terus qadha tidur sampai asar!


Kak Amy
Mecca 1438H

Sunday, September 3, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 25

TARIKH : 03/9/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Masuk hari ketiga di Mina. Hari kedua kami melontar di ketiga-tiga jamarat harini.

Dugaan Mina masih sama seperti sebelum ini. Cuma ada sedikit berita gembira.

Rakan-rakan jemaah pakej yang melakukan Nafar awwal akan pulang ke mekah harini. Jadi khemah mereka bakal kosong bermula jam 11pagi selepas mereka selesai melakukan lontaran. Bumi Mina juga sedikit lengang selepas itu.

Maktab kak amy tidak terlibat dengan nafar awwal memandangkan kesemua jemaah dari maktab kak amy masih ada banyak masa untuk menyelesaikan urusan tawaf dan saie kami selepas nafar thani.

Sebelum tu, kak amy nak bagitahu secara ringkas apa itu nafar awal dan nafar thani.

Nafar itu sendiri bermaksud meninggalkan bumi mina sebelum terbenam matahari pada hari tersebut dan berazam untuk tidak kembali lagi ke bumi mina ini.

Nafar ada 2 - awwal dan thani.

Nafar awwal ini jemaah hanya membuat lontaran sebanyak 49 anak batu sahaja bermula dari 10 zulhijjah sehingga 12 zulhujjah.

Nafar thani ini pulak apabila jemaah menyelesaikan 70 lontaran anak batu bermula dari 10 zulhijjah sehingga 13 zulhijjah.

Nafar thani adalah lebih baik, namun memilih untuk nafar awwal tidak menjejaskan kemabruran haji seseorang. Kebiasaannya pihak muassasah/tabung haji akan consider untuk nafar awwal kepada jemaah2 yang akan berangkat pulang dalam masa terdekat (penerbangan awal pulang ke tanah air) atau jemaah wanita yang akan datang haid dalam masa terdekat dan tak sempat nak tunggu suci sebelum berangkat pulang/ke madinah.

Bab-bab nak nafar awwal atau nafar thani ni korang boleh bincang detail dengan pembimbing agama di maktab masing-masing sebelum berangkat ke arafah ok. Nanti ustazah akan nasihatkan korang yang mana pilihan terbaik untuk korang.

Back to the story, apabila balik je jemaah2 pakej yang melakukan nafar awwal, makan kami sahabat2 membuat pengumuman kepada jemaah2 di dalam khemah, jika ada yang ingin berpindah ke khemah sebelah yang lebih selesa.

Ada yang berpindah, ada juga yang sayang untuk berpindah. Kak amy sendiri memang tak pindah memandangkan tempat kak amy duduk di dalam khemah itu selalu tak miss solat berjemaah dan kami pun telah mesra sesama sendiri.

Jadi malam terakhir di Mina itu, semuanya dapat tidur dengan selesa. Ada yang siap bertilam berbantal bagai di khemah sebelah. Alhamdulillah.

Harini, pihak muassasah/tabung haji menasihatkan agar lontaran dilakukan pada sebelah petang selepas asar bagi memberi laluan kepada jemaah yang melakukan nafar awwal untuk melontar dahulu di sebelah pagi.

Tapi kak amy dan mr hubby sekali lagi terlepas pengumuman tersebut sebab lepas je solat subuh, kami terus pecut ke jamarat. Huhu. Timing kami tak berapa kena harini  kerana agak ramai jemaah bersesak untuk melontar di sebelah pagi. Tapi kami masih mampu untuk mengekalkan rekod 1 jam 30 minit kami seperti hari-hari sebelumnya.Alhamdulillah.


Kak Amy
Mecca 1438H

Saturday, September 2, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 24

TARIKH : 02/9/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Sebetulnya semalam selepas melontar di Jamrah Qubra, kami dah boleh tahallul awwal selepas bergunting/bercukur. Kak amy terus zapp gunting anak2 rambut sebaik sahaja selepas melontar.

Mr hubby pulak berhasrat untuk terus bercukur ketika masih lagi berihram. Petugas TH pesan, besar kelebihannya untuk jemaah lelaki bercukur ketika masih lagi di dalam ihram. Sehelai rambut yang gugur umpama gugurnya satu dosa yang kita pernah lakukan. Dah mesti la kita nak gugurkan sebanyak mungkin dosa2 yang ada kan? Takkan nak ambik minima 3 anak rambut je kot. Lain la kita ni maksum kan? ( which is absolutely impossible since maksum hanyalah untuk nabi dan rasul sahaja).

Namun atas asbab banyak kekangan pada malam selepas bercukur tersebut, mr hubby terpaksa mengalah dengan bergunting anak2 rambut sebanyak mungkin dan menangguhkan proses pembotakan kepala pada keesokan harinya iaitu hari ini.

Jadi pepagi lagi kak amy dah dipanggil dari bertapa di dalam khemah untuk menjadi barber tidak bertauliah kepada mr hubby. Kami pilih tempat yang agak kurang dilalui oleh jemaah, di tepi jalan besar yang diblok dengan bongkah2 batu bagi menghalang sementara laluan kenderaan ketika musim haji. Ada juga beberapa malaysian couples yang sedang menikmati breakfast di pagi hari di situ.

Mr hubby hulurkan gunting kecil. Kak amy pun mulalah menjalankan tugas sebagai barber tak bertauliah. Gunting aje. Janji pendek rambutnya supayasenang nak cukur dengan razor nanti. Tak kira la sepet sana sepet sini pon. Janji ultimately kepala mesti mau licin!

Habis part memendekkan rambut sehabis boleh. Now masuk part mencukur pulak. Mr hubby hulurkan razor. Ada 2 razor yang mr hubby sediakan. Razor cikai bak hang! Yang beli sepeket 10 batang razor rm6.99 kat mydin tu ha! Nak nangis kak amy cukur kepala en suami. Dah la rambut lebat hitam tebal molek 😂 kat sejam jugaklah operasi mencukur rambut mr hubby, boleh kata 60% je siap.

Akhirnya datang 1 couple dari malaysia offer untuk tolong botakkan kepala mr hubby. Pasangan tersebut baru sahaja selesai breakfast di sekitar kawasan tersebut. Expert cara cukurannya! Pakai pon razor gillette. Suami pasangan tersebut memang botak tegar dari awal kawin sampai sekarang. Si isteri bercerita, dah penat bebel supaya disimpan rambut, namun en suami jenis tak makan saman. Huhu..

Alhamdulillah tak sampai 10 minit, terus botak elok je kepala mr hubby kak amy. Yang pada awalnya agak impossible untuk kak amy cukur selicin itu 😅. Kami bersyukur sangat Allah gerakkan hati pasangan terbabit untuk tolong mr hubby bercukur. Semoga mereka berdua dipermudahkan urusan haji, dikurniakan haji mabrur, dipermudahkan urusan rezeki di dunia dan diberi pengakhiran yang baik ameen.

Sebenarnya ada je orang tempatan membuka "barbershop" sementara di tepi2 jalan raya. Tak mahal pun charge nya sekitar 10-20 riyal untuk 1 kepala. Tapi kak amy dan suami tak yakin. Hahaha. Razornya entah bertukar entah tidak. Ditambah lagi kami dengar dari pihak jemaah yang menggunakan khidmat tersebut, razornya hanya ditukar bila tumpul 😣 bukannya 1 customer 1 razor.

Apa yang kami bimbangkan adalah sebenarnya risiko jangkitan penyakit2 berjangkit yang boleh berjangkit melalui transmisi darah. Proses bercukur ini mempunyak risiko luka. Jika yang luka adalah penghidap penyakit berjangkit ( be it hepatitis B, hepatitis C, HIV etc), bila razornya tidak ditukar, risiko untuk berjangkit kepada next customer adalah sangat tinggi. Especially apabila next customer pon ada luka-luka kecil. Cukurnya sekejab, penyakitnya dibawa sehingga mati tau!

Diharapkan jemaah2 malaysia baik2 sahaja dan bebas dari sebarang penyakit2 merbahaya.

Nasihat kak amy kepada yang nak bercukur di sini,

1) kalo nak bercukur sendiri, beli razor yang berkualiti kurang2 gillette. Jangan beli razor 10 batang rm6.99 macam kami 😅

2) kalo nak menggunakan khidmat cukur kepala dari locals, pastikan tanya dulu razor ditukar atau tak. Kalo kami, kami pastikan razor ditukar di depan mata kami, baru kami percaya.

3) kalo nak cukur sendiri, mungkin perlu bawak cermin kecik siap2. Kat tandas/bilik air di mina, tiada cermin disediakan okay!

Ohh ye, sebelum terlupa, harini kami start melontar di ketiga-tiga jamarat. Sughra, Wusta, dan Qubra.

Sebetulnya kami tertinggal ketapi. Kami tak perasan ada pengumuman oleh pihak tabung haji dan muassasah menyuruh jemaah untuk melontar pada jam 7pagi. Jadi kami keluar melontar jam 4 petang. Alhamdulillah lancar je lontaran dan jemaah tidak ramai melontar pada masa tersebut. Kemungkinan dah ramai yang melontar di sebelah pagi.

Balik melontar, tandas sesak sebab ramai jemaah dah selesai lontaran di sebelah pagi. Jadi terpaksalah beratur di waktu2 kritikal ini. Kebiasaannya menunggu turn untuk menggunakan tandas ketika waktu peak ini memakan masa antara 30 minit hingga 1 jam paling minima. Tapi kak amy tak heran kalo ada yang tunggu sehingga 2 jam baru dapat masuk tandas.

Tau tak kenapa?

Kerana ada segelintir jemaah yang bermandi-manda di waktu puncak! Kalo jemaah wanita yang mandi, rata-ratanya ambil masa minimum 30 minit seorang. Nak nangis kami yang nak membuang air ni tunggu di luar.

Korang jangan heran kalo ada makcik2 terkencing di dalam kain, kencing dalam longkang dan sebagainya sebab tak tahan menunggu.

Itu baru part mandi. Belum lagi yang keluar dari tandas siap dengan basuh baju di waktu puncak! Kadang-kadang agak sukar nak educate jemaah2 yang agak tidak bertimbang rasa dan "jual ikan" ini.

Jangan marah kalo kak amy katakan yang hampir kesemua mereka(mungkin 99.9%) adalah jemaah veteren yang berusia sebenarnya yang buat hal. Payah untuk kami yang budak hingusan makan garam kemudian ini nak nasihatkan. Kadang kami dimarahi apabila kami menegur. Sabar je yang mampu kami lakukan. Nak ditentang lebih2, mengenangkan makcik2 yang lebih berusia, perlu jugak sedikit sebanyak ada rasa hormat kepada yang tua.

Itulah antara dugaan-dugaan Mina yang perlu ditempuh oleh para jemaah haji.

Boleh kak amy simpulkan di sini ada 3 dugaan terbesar di Mina ;

1) Khemah yang sesak, sempit dan padat - memerlukan kesabaran dan kerjasama yang tinggi di kalangan jemaah.

2) Tandas yang terhad dan air yang sangat limited dengan penggunaan jemaah yang ramai. Tandas pula tidak pernah dibersihkan sepanjang jemaah berada di Mina.

3) Perjalanan pergi dan balik ke Jamarat yang agak jauh sekitar 7km sehari. Bagi yang muda dan bajet2 sprinter ok tiada masalah inshaAllah. Bagi pakcik makcik yang bertongkat dan uzur agak bermasalah memandangkan perjalanan ke tempat melintar diharamkan menggunakan wheelchair oleh pihak Arab Saudi. Pun begitu, keringanan ada disediakan seperti mengupah orang untuk melontar bagi jemaah yang uzur (fulus perlu disediakan ya!) atau jika datang dengan anak/pengiring yang sihat, mereka boleh tolong lontarkan.

Semoga bermanfaat perkongsian kak amy untuk panduan korang bakal jemaah di musim haji akan datang.

Kak Amy
Mecca 1438H

Friday, September 1, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 23

TARIKH : 01/9/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Mina.

Bumi yang tidak akan membesar. Biarpun ribuan atau jutaan jemaah yang datang mengerjakan haji. Mina tetap sama ukurannya. Kekal begitu dari zaman kenabian sehingga sekarang. Ummi (pembimbing agama maktab) ada mengatakan gambaran mina adalah seumpama perut ibu yang mengandung. Tak kira berapa ramai bayi yang dikandung, rahim ibu tetap sebesar itu. Begitulah halnya di bumi Mina ini.

Hari pertama kami di mina, kami masih lagi berada di dalam ihram. Pengumuman oleh pihak muassasah menetapkan supaya kami keluar melontar di jamrah kubra pada jam 4.20petang.

Kenapa waktu itu?

Kerana kebanyakan para jemaah dari negara2 lain akan berlumba2 untuk melontar pada waktu afdhal iaitu ketika waktu dhuha. Pada waktu ini, keadaan di jamarat (tempat melontar) tersangat sesak. Pihak muassasah dan TH tidak menggalakkan jemaah2 muassasah untuk keluar melontar pada waktu ini bagi mengelakkan insiden2 tidak diingini seperti ditolak, dihimpit dan sebagainya. Maklumlah jemaah malaysia/SEA kebanyakannya kecik comel je berbanding jemaah2 dari timur tengah, afrika dan negara2 lain.

Satu lagi sebabnya kenapa jam 4.20petg kerana apabila habis waktu dhuha, matahari sedang naik mencanak. Panang ceng2 lit2 orang cakap. Untuk mengelakkan daripada terkena heat stroke, maka pihak TH dan muassasah juga tidak menyarankan para jemaah muassasah melontar selepas waktu zohor (tengahari).

Mengikut saranan pihak muassasah dan TH, kak amy dan mr hubby keluar melontar buat kali pertama pada waktu yang ditetapkan. Cumanya kudrat para jemaah adalah berlainan. Kak amy dan mr hubby mengambil masa lebih kurang 1 jam 30minit untuk pergi melontar di jamarat dan balik ke khemah.

Jarak?
Lebih kurang 7 km pergi balik. So nanti korang yang nak pergi haji, jangan culas melakukan aktiviti senaman terutamanya berjalan jauh ini di tanahair lagi tau! Kalau kat sini baru nak praktis berjalan jauh, kat sini baru nak cari kasut yang sesuai, alamatnya memang tertinggal jauh la korang!

Since kami adalah geng2 sprinter jugak, jadi semasa kami sampai di khemah, keadaan memang agak lengang. Tandas takde orang! Ape lagi memang ambil kesempatan betul kak amy kalini untuk mandi. Walaupun takde orang, tapi air bukan untuk dibazirkan jugak ye. Mandi pun berpada2, bajunya jangan dibasuh bagi menjimatkan air.

Akhirnya setelah 2 hari tak mandi kan. Best dapat mandi dengan tenang tanpa orang ketuk pintu menjerit " woi jangan mandi, ramai lagi beratur nak kencing ni!".... huhu. Tapi mandi pon tak lama. Sekitar 10 minit, kak amy dah siap mandi buang air kecik air besar dan ambil wudhu!

Tengahari itu, sebelum keluar melontar, kak amy dan rakan2 sahabat wanita membuat rearrangement jemaah untuk khemah kami. Untuk makluman semua, khemah kami disusun oleh pihak TH (atau muassasah?) dalam keadaan last minute berikutan pertambahan kuota last minute yang diberikan oleh pihak Arab Saudi kepada Malaysia.

Korang boleh bayang tak di dalam 1 cubicle berkeluasan lebih kuraang 15x15 kaki, di share oleh antara 22-24 orang jemaah? Dan bare in mind bahawa saiz para jemaah adalah berbeza ok. Ada yang bersemangat sikit mungkin memerlukan saiz tempat duduk sehungga 2 kali ganda saiz jemaah biasa! Itu tak campur lagi dengan karenah segelintir jemaah yang agak egois dan bersikap "jual ikan" (a.k.a. selfish).

Di bumi Mina ini, terpancarlah pe'el dan ragam sebenar para jemaah. Ragam yang kadang kala sungguh mengganggu para jemaah lain untuk beribadat. Namun kak amy sangat2 bersyukur tidak ramai jemaah sebegitu di dalam khemah kami. Majoriti jemaah di khemah kak amy sangat2 memberikan kerjasama yang baik, baik yang muda mahupun yang agak berusia.

Proses penyusunan semua jemaah memakan masa lebih kurang 2 jam. Ada segelintir jemaah yang kak amy tak dapat puaskan hati mereka ie  tak suka tidur atau duduk dalam keadaan ber'aircond' sedangkan majoriti jemaah lain berpeluh2 menahan panas padang pasir. Ada yang request tempat tidur selesa bertilam, yang tidak juga kami boleh entertain memandangkan keberadaan tilam di dalam khemah akan menyempitkan lagi ruang dan menyebabkan ada jemaah yang tidak mendapat tempat langsung di dalam khemah.

Proses penyusunan jemaah memerlukan kesabaran yang tinggi. Suara juga mesti tinggi nadanya! Bukan sebab kak amy marah, tapi khemah kami besar, dan di dalam khemah kami tiada pembesar suara. Jadi terpaksalah kak amy meninggikan volume suara seketika untuk memberi arahan kerja kepada kesemua 328 jemaah yang berada di dalam khemah tersebut. Serak? Memang serak pon! Suara jadi macam itik sekati lepas bagi arahan. Huhu.

Proses penyusunan mengambil masa kira-kira 2 jam. Berakhir lebih kurang 15 minit sebelum masuk waktu zohor. Alhamdulillah sempat kami berwudhuk (majoritinya berwudhuk menggunakan spray air sahaja) dan sama-sama menunaikan solat zohor asar secara jamak tamam.

Berkat kerjasama semua jemaah, kami mampu berjemaah di setiap waktu solat fardhu di dalam khemah tanpa sebarang kesukaran.

Jangan di tanya kenapa kami tak ke surau ye! Nanti kak amy bagi hadiah sebijik kat dahi😂 Bukan kami malas untuk ke surau, masalahnya surau pun tak ada. Pihak muassasah tidak mampu menyediakan fasiliti surau ini lantaran khemah-khemah yang ada dimaksimakan untuk menampung jumlah jemaah yang ternyata melebihi 2x ganda daripada musim haji 1437H (tahun lepas).

Tidur di luar khemah? Ada! In fact ramai jemaah2 muda yang volunteer untuk tidur

di luar- luar khemah,
di tepi laluan pejalan kaki di antara khemah,
berhampiran toilet ( jangan ditanya bau toilet wangi atau tak!),
di tepi tong sampah,
di tepi tong air,
di tepi dapur maktab,
di tepi pintu pagar utama masuk ke maktab,

di mana2 sahaja asalkan dapat lelap biarpun seketika bagi memberi laluan yang lebih selesa kepada jemaah2 yang lebih berusia.

Alhamdulillah rata-rata jemaah haji yang datang di usia muda sangat tidak "menjual ikan"  (a.k.a. selfish) dan menolong mereka yang lebih veteren walaupun mereka bukan di kalangan sahabat maktab! Kudos kepada mereka semua the unsung heroes behind the scene.

Kak Amy
Mecca 1438H