Tuesday, September 26, 2017

RESEPI STOK AYAM DAN IKAN BILIS

Assalamualaikum wbt.

Dek kerna hampir 2 bulan tidak memegang periuk belanga di Tanah Suci, maka keinginan untuk memasak datang membuak2.

Mulalah masa2 free yang ada di sini kak amy gunakan untuk meng'google' pelbagai resepi sihat untuk dimasak apabila sampai di rumah nanti.

Kalini kak amy plan nak buat sendiri stok ayam dan bilis untuk masakan harian family kak amy nanti. Stok ini juga boleh diletakkan dalam bubur nasi bayi.

Kak amy memang tak pernah gunakan 'pak aji' dalam masakan. Tapi kak amy selalu tambah 'knorr pasti sedap' dalam masakan. Knorr pasti sedap pon ada kandungan MSG jugak walaupun namanya bukan 'pak aji'. Huhu.

Kak amy jumpa resepi ni dalam website siraplimau.com

Ni link asal 2 resepi ini.

https://siraplimau.com/cara-buat-stok-ayam-resepi-bubur-bayi/#.WcJEv3Bqqo0.facebook

Kredit to tukang share resepi Nazurah Hassan. Semoga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah buat sis Nazurah Hassan ini.

STOK AYAM

Bahan-bahan:

– Daging ayam seperti leher atau mana-mana bahagian tulang ayam yang lain. Kalau ada kaki ayam, buangkan kukunya terlebih  dahulu.

– Lobak merah

– Daun saderi (‘celery’)

– Bawang besar – 1 biji

– Bawang putih – 1 labu (Dilebihkan kerana bawang putih banyak khasiat untuk bayi. Bayi yang kurang suka, boleh kurangkan sedikit)

–‘Baby tomato’ dipotong dua / tomato besar dipotong dadu

– Bunga lawang (jika ada)

– Cuka epal / lemon (untuk keluarkan khasiat dari tulang ke dalam kuah)

Nota: Guna periuk ‘stainless steel’ untuk memasak. Tidak disarankan mengguna periuk aluminium kerana asid dalam lemon atau cuka akan bertindak balas dgn aluminium.

Cara Penyediaan Stok Ayam

1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Letak air sehingga hampir penuh.

2. Renehkan atau ‘slow cook’ selama 12 jam. Kalau tak larat tunggu, cukuplah sekitar 2-4 jam. (Pastikan ayam empuk dan terlerai daripada tulang. Ada petua mengatakan renehkan sehingga air berkurang kepada 1/3 periuk)

3. Padam api. Tapiskan isi daripada airnya. Kita ambil airnya. Isinya boleh digunakan untuk masakan biasa seperti nasi goreng atau sandwich ayam. Nak kisar untuk diletakkan dalam bubur bayi pun boleh.

4. Apabila air rebusan tadi sejuk, tuangkan dalam bekas kiub ais. Stok ayam terbaik kalau jadi kenyal dan jernih, macam ‘jelly’.

5. Kalau nak guna, masukkan dalam bubur nasi atau oat. Panaskan atas periuk selama 4-5 minit.. Siap!



STOK IKAN BILIS

Bahan-bahan:

– Ikan bilis – Kopek dan bersihkan. (Buang bahagian kepala dan perutnya yang berwarna hitam)

Cara-caranya:

1. Rendam dalam peti ais 24 jam / semalaman

2. Keluarkan dari peti dan tos kan.

3. Sangai (goreng tanpa minyak)

4. Gorengkan sampai garing.. (Jangan hangus pula ya)

5. Kisarkan guna ‘blender’

6. Ayak. Simpankan bahagian yang halus untuk bayi.

7. Simpankan dalam peti ais. Siap!

8. Kalau nak makan. Ambil sedikit dan campurkan terus ke dalam bubur atau masakan. Mudah, kan?

Sejujurnya, kak amy ingatkan cara nak buat stok bilis sama dengan stok ayam. Maknanya perlu rebus bilis dengan teknik slow cook jugak beberapa jam. Nampak sangat tak pernah buat stok bilis kak amy ni. Huhu.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment