Monday, September 4, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 26

TARIKH : 04/9/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Hari keempat di Mina. Hari ketiga kami melakukan lontaran di ketiga-tiga jamarat. Juga merupakan hari terakhir kami di Mina.

Malam sebelumnya pihak tabung haji dan muassasah telah membuat pengumuman masa lontaran pada harini. Ada 2 masa lontaran,

1) sebelum subuh

Jemaah dinasihatkan mula bergerak seawal jam 3pagi kepada yang uzur dan berusia (bukan sprinter). Kepada yang muda dan berjalan laju, boleh bergerak dari khemah pada jam 3.30pagi.

Kami?

Berdasarkan rekod2 sebelum ini hanya mengambil masa 1 jam 30 minit, maka kak amy dan mr hubby decide untuk bergerak pada jam 4pagi.

Kenapa perlu timing sebegitu?

Satunya kerana waktu melontar hanya masuk selepas azan subuh. Jadi kalo pergi awal-awal pun tak guna sebab tak beh nak melontar jugak.

Keduanya polis-polis arab saudi yang menjaga di kawasan jamarat akan menghalau jemaah-jemaah yang berada statik (menunggu subuh sebenarnya) dan tidak bergerak ketika di jamarat. Mereka sebenarnya nak elak daripada berlakunya kesesakan di jamarat.

Sebab itulah pentingnya right timing! Kalo korang jenis sprinter macam kak amy jugak, atau mungkin lagi laju dari kak amy dan mr hubby, boleh la korang pergi lewat-lewat sikit ke jamarat. Tips nya adalah timing betul2 masa yang korang ambil pergi balik ke jamarat dari hari pertama lontaran lagi. Dengan itu, korang boleh agak nak slow down walking rate atau nak accelerate.

Solat subuh macam mana?

Korang jangan risau lah. Ambik wudhuk siap-siap sebelum ke jamarat dan jaga wudhuk masing2. Takyah la pegang tangan mr hubby dulu on the way nak pergi tu. Nanti dah siap solat korang nak kepit kuat2 pun silakan ok. Janji jangan sampai melanggar 3 lagi pantang larang ihram yang masih ada (bab2 persetubuhan dan munakahat).

Kat sana nanti cari tempat2 kat tepi jamarat untuk solat. Jangan pulak korang gi solat tengah2 jalan orang lalu lalang. Bawak siap2 sejadah atau hamparan ke untuk solat. Kak amy siap beh berjemaah lagi tau! Tumpang group indonesia berjemaah hihi.

2) selepas subuh

Jemaah team ini akan selesaikan solat subuh berjemaah di khemah masing-masing dahulu sebelum bergerak ke jamarat.

Dari apa yang kak amy perhatikan, kira-kira 2/3 jemaah memilih untuk membuat lontaran pada waktu ini. Agak sesak sedikit dengan jemaah semestinya.

Korang nanti pilihlah mana yang sesuai dengan korang ok.

Cuma kebaikannya kalo melontar sebelum subuh ni, korang dapat balik awal ke mekah sebab bas dah siap2 tunggu jemaag pada pukul 7pagi.

Kalo keluar ke jamarat sebelum subuh dan solat subuh di jamarat, korang sekurang2nya dah sampai ke khemah dalam pukul 6 - 6.30pagi.

Kak amy sempat lagi menjamah sarapan pagi nasi lemak sebelum angkat beg balik ke mekah.

Lupa nak bagitau korang. Part makanan di arafah dan mina, korang jangan risau. Makanan disediakan 3x sehari - breakfast, lunch dan dinner. Tambahan pula kalo di mina, ada deretan gerai2 yang menjual makanan panas, buah-buahan dan barangan runcit. Cuma di muzdalifah sahaja tidak dibekalkan dengan makanan sebab hanya sekejab sahaja mabit di sana.

Sesampai sahaja di mekah sekitar jam 8.30pagi, kak amy terus ke bilik, mandi sepuas2nya setelah nak masuk 3 hari tak mandi dan settlekan terus basuh baju yang menimbun. Siap basuh baju, kak amy naik ke tingkat paling atas untuk ampaikan baju.

Sekitar jam 10.30pagi, kak amy dan mr hubby dah menapak ke masjidil haram untuk menyelesaikan rukun haji kami yang masih berbaki iaitu tawaf dan saie haji.

Ada jemaah yang decide untuk berehat sehari dan menyelesaikan tawaf dan saie keesokan atau selepas 2 hari balik dari mina. Semuanya ok terpulang atas jemaah masing2.

Cumanya kak amy tak boleh nak delay memandangkan "teman baik" bakal berkunjung around the corner. Jadi settlekan cepat2 rukun tawaf dan saie. Azan zohor pada pukul 12.15tghari, kami masih berbaki 2 pusingan saie.  Kami berhenti dulu solat zohor.  Habis sahaja solat zohor dan solat jenazah, kami bangkit sambung saie dan alhamdulillah berjaya habiskan dalam masa lebih kurang 10 minit.

Korang agak-agak berapa total jarak perjalanan kami harini bermula dari sebelum subuh untuk melontar sehinggalah habis 7 pusingan saie?

Tak jauh pon. 27 KM je!
Korang mesti siap boleh berlari kan kalo takat 27km. Kak amy mampu berjalan kaki laju2 je. Huhu.

Balik hotel, kami terus qadha tidur sampai asar!


Kak Amy
Mecca 1438H

No comments:

Post a Comment