Friday, December 29, 2017

7 Langkah Bijak Untuk Kurangkan Gula

Gula merupakan antara rencah utama masakan dan minuman pelbagai lapisan masyarakat baik yang kaya mahupun miskin, di kota atau di desa. 

Namun AWAS! Jika diambil berlebihan, ianya mengundang kemudaratan kepada badan kita. Pelbagai jenis penyakit akan timbul dek kerana tingginya pengambilan gula dalam diet seharian kita. Di antaranya adalah kencing manis dan obesiti.

Di sini, Kak Amy nak kongsikan langkah mudah dan bijak bagi mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian kita.




1. Amalkan minum air kosong

Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2. Hadkan penggunaan gula dan minuman

Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan

Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elak pengambilan snek bergula

Elakkan pengambilan snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Gantikan dengan hidangan yang lebih menyihatkan

Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

6. Ambil cakna dengan senarai ramuan pada label makanan

Baca senarai ramuan pada label. Elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal.

7. Buat pilihan produk makanan dengan bijak

Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel "rendah gula" dan "bebas gula".


Pesanan Kak Amy, kurangkan gula dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman =)

Kak Amy
💖 6016-6341560 💖

 💝 amycheali85@gmail.com 💝