Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Friday, December 29, 2017

7 Langkah Bijak Untuk Kurangkan Gula

Gula merupakan antara rencah utama masakan dan minuman pelbagai lapisan masyarakat baik yang kaya mahupun miskin, di kota atau di desa. 

Namun AWAS! Jika diambil berlebihan, ianya mengundang kemudaratan kepada badan kita. Pelbagai jenis penyakit akan timbul dek kerana tingginya pengambilan gula dalam diet seharian kita. Di antaranya adalah kencing manis dan obesiti.

Di sini, Kak Amy nak kongsikan langkah mudah dan bijak bagi mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian kita.




1. Amalkan minum air kosong

Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2. Hadkan penggunaan gula dan minuman

Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan

Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elak pengambilan snek bergula

Elakkan pengambilan snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Gantikan dengan hidangan yang lebih menyihatkan

Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

6. Ambil cakna dengan senarai ramuan pada label makanan

Baca senarai ramuan pada label. Elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal.

7. Buat pilihan produk makanan dengan bijak

Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel "rendah gula" dan "bebas gula".


Pesanan Kak Amy, kurangkan gula dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman =)

Kak Amy
💖 6016-6341560 💖

 💝 amycheali85@gmail.com 💝

Friday, November 10, 2017

Apa Ada Dengan 420kcl ?

Tahukah Anda ?

Pengambilan 3 tin minuman berkarbonat membekalkan sebanyak 420kcal. Ianya adalah 420 kali ganda lebih gula berbanding dengan air kosong dalam kuantiti yang sama.


Bagaimana Pula Cara Untuk Menghilangkan 420kcal ?

  • berlari atau menaiki tangga selama 1 jam.

  • berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 1 jam.

  • bersenamrobik selama 90 minit.

  • berbasikal selama 120 minit.

  • melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 3 jam.

Mesej Kak Amy : nak tambah kalori sungguh mudah, nak hilangkan kalori berpeluh satu badan.. fuhhh! 


Wednesday, July 5, 2017

BULETIN CANTIK

assalamualaikum wbt.

kak amy bersiaran lagi.

beberapa hari lepas kak amy ada beli majalah iSihat. banyak info-info kesihatan menarik yang dikongsi dalam majalah ini. best majalah ini! kak amy suka baca. mesti baca setiap bulan. tambahan pulak majalah iSihat ini merupakan antara majalah kesihatan terbaik yang diiktiraf oleh kementerian kesihatan malaysia.

kalini kak amy nak kongsikan 4 tips yang ada dalam buletin cantik iSihat keluaran Julai 2017.

TIPS PERTAMA

INGIN PERUT KEMPIS? MAKAN PADA WAKTU MAGIS INI!

Inginkan perut yang rata? Makan makanan kaya dengan protein seperti epal, almond, keju rendah lemak, ikan atau protein bar antara pukul 3-4 petang! Waktu magis ini membantu menyeimbangkan kadar gula dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme dalam badan anda!


KOMEN KAK AMY : Shaklee menawarkan pelbagai suplemen yang sesuai untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan juga bentuk badan yang unggul. selain itu juga, shaklee turut memperkenalkan program detox shaklee way yang bertujuan membantu rakyat malaysia yang berlebihan berat badan.

TIPS KEDUA

LEMBUTKAN TUMIT KAKI DENGAN PELEMBAP MUKA

Jika anda terbeli krim muka yang tidak sesuai dengan muka, jangan buang! Sapukan krim di tumit kaki setiap malam sebelum tidur. Tumit kaki anda akan lebih lembut keesokan harinya.



KOMEN KAK AMY : selain krim muka, shaklee ada menawarkan herbal blend multipurpose cream yang sangat best ini! ianya juga bertindak sebagai pelembap yang berfungsi merawat rekahan tumit.

TIPS KETIGA

LEMON TIDAK BANTU CERAHKAN BAWAH LENGAN

Tidak seperti banyak petua yang mendakwa jus lemon sesuai digunakan untuk mencerahkan bawah lengan yang gelap, menurut seorang pakar dermatologi, jus lemon boleh menyebabkan phytophotodermatitis, keadaan di mana kulit memberikan reaksi seperti terbakar akibat daripada asid yang terkandung dalam buah tersebut. Ini akan menyebabkan kulit tersebut menjadi lebih gelap

KOMEN KAK AMY : berhati-hatilah dengan produk pemutihan yang berada di pasaran. jika kesan pemutihan yang diambil adalah dalam masa yang singkat, ia kebiasaannya mengandungi produk penghakis yang menipiskan dan merosakkan kulit. pendapat kak amy, lebih baik mempunyai kulit yang sihat (walaupun sedikit tanned) berbanding kulit yang cerah tapi penuh dengan kerosakan.

shaklee tidak menawarkan produk pemutihan yang spesifik. shaklee lebih mementingkan kesihatan kulit dari dalam yang selamat dan sihat dengan cara membekalkan vitamin dan dan mineral yang diperlukan oleh kulit. di antara vitamin yang sangat penting untuk kecantikan kulit secara menyeluruh adalah gabungan 3 vitamin cantik iaitu vitamin B complex, vitamin C Slow Release dan vitamin E complex.


TIPS KEEMPAT

RAWAT JERAWAT DENGAN BUAH NAGA

Buah naga yang turut dikenali dengan nama pitaya, merupakan sejenis buah -buahan yang kaya dengan vitamin C, B1, B2, B3 dan mineral seperti zat besi, kalsium dan fosforus.  ia juga dikenali sebagai "super fruits". 

terdapat banyak khasiat yang terkandung dalam sebiji buah naga. kandungan vitamin C yang tinggi dalm buah naga ini ternyata mampu merawat masalah jerawat. Hanya hancurkan sedikit buah naga dan sapukan pada tenmpat yang berjerawat. bilas menggunakan air suam selepas 20 minit. ulangi langkah ini 2 kali seminggu untuk kulit bebas jerawat.

KOMEN KAK AMY : patutlah jerawat segan nak naik atas muka kak amy sekarang sejak konsisten vitamin B complex, vitamin C SR dan Vitalea iron formula =)


pertanyaan berkaitan produk shaklee?

hubungi

Kak Amy
017-9069616
www.myjurnalsihat.blogspot.com

www.wasap.my/0179069616

Tuesday, July 4, 2017

TIPS MENINGKATKAN SUSU BADAN

assalamualaikum wbt semua.

bersiaran lagi kita =)

kali ini kak amy nak share pengalaman dan cara kak amy sendiri meningkatkan susu badan.

kak amy dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata, princess yang pertama berusia 7 tahun, hero kedua berusia 4 tahun dan hero ketiga berusia 1 tahun 10 bulan.

anak pertama, kakak princess lahir pada 15 Disember 2010. tempoh penyusuan susu ibu secara esklusif hanya bertahan selama 45 hari. kenapa? ilmu kebal takde. hihi. ilmu kebal yang kak amy maksudkan adalah ilmu penyusuan susu ibu sendiri. sangat penting kita membaca dan mengkaji dahulu ilmu penyusuan susu ibu ini supaya kita boleh menangkis anasir2 yang negatif yang menggagalkan ibu-ibu menyusu secara esklusif. anasir-anasir negatif terdekat kak amy pada masa itu adalah ibu kandung kak amy sendiri. 

mak kak amy adalah seorang wanita bekerjaya, seorang pensyarah di salah sebuah institusi pendidikan guru. kesemua 9 anak mak tidak disusukan secara esklusif. anak-anak yang terawal tidak disusukan secara esklusif disebabkan oleh faktor mak yang masih lagi menuntut di UKM dan anak-anak dijaga oleh nenek di kampung. anak-anak berikutnya adalah disebabkan oleh kesibukan mak sendiri dengan tugas hakiki disamping tempat kerja mak yang agak jauh dari rumah tidak memungkinkan mak untuk balik menyusu kami. pada zaman mak, medela tak available lagi huuu...

semasa kak amy bersalinkan anak sulung, balik je rumah mak, memang mak dan en suami (terpengaruh dengan kata-kata mak) dah sediakan siap-siap setin susu anmum dan botol susu untuk kakak. awalnya saya menolak dan berusaha untuk memberi susu badan secara esklusif. namun sehingga hari ke 45, pada masa itu baby cranky. nangis-nangis setiap 5 minit. mak dan en suami push kak amy untuk diberikan juga susu formula. akhirnya kak amy mengalah dan menangis sebab tak mampu nak susukan anak secara penuh sehingga 2 tahun. tapi si kakak terus juga menyusu badan dan campuran susu formula sehingga 2 tahun.

kisah hero nombor 2 pulak adalah pengajaran dari hasil kegagalan menyusukan kakak. seawal kandungan lagi dah maklum siap-siap nak susukan hero sehingga 2 tahun secara penuh. alhamdulillah capai bukan sahaja 2 tahun, tapi sehingga 3 tahun 2 bulan .

hero nombor 3 lain sikit ceritanya. niat asal sememangnya mahu disusukan secara penuh selama 2 tahun. namun si hero tak macam abang dia. hero bongsu ini tolak mentah-mentah EBM yang telah disejukbekukan. yang dia nak hanya EBM dari chiller.jadi bermulalah kisah kak amy dari si kecik berusia 3 bulan sehingga setahun, mengepam umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. pam harini untuk bekalan EBM esoknya. kak amy banyak buat kerja luar, travelling ke luar daerah dan sebagainya. ada sehari tu, kak amy mampu bekalkan 6 oz sahaja kat baby atas asbab kekangan waktu mengepam hari sebelumnya, dan esoknya terpaksa ke ibu negeri (2 jam perjalanan dari daerah kak amy bertugas) untuk menghadiri mesyuarat. ralat sangat nak tinggalkan anak pada waktu tu. itu adalah alasan kacang yang boleh di settlekan sebenarnya. cuma alasan utama kak amy campurkan baby dengan susu formula pada usia 1 tahun adalah kerana kak amy dan suami mendapat tawaran untuk menunaikan haji pada tahun ini.macam mana tu nak terus supply fresh EBM kepada baby kalo kak amy di Arab Saudi nanti? jadi fikir punya fikir, akhirnya kami ambil keputusan untuk campurkan dengan susu formula. nak beli susu formula pun sekian hal sebab dah 4 tahun lebih kami jimat tanpa perlu membeli susu formula. akhirnya kak amy ambil lactogen. 1st try alhamdulillah terus boleh minum dan  terima serta tiada masalah membuang air besar.

tips perbanyak susu kak amy?

ada 4 tips yang kak amy amalkan bermula anak kedua.

1) Niat.

pasang niat untuk menyusu secara esklusif selama selama 6 bulan pertama, dan seterusnya secara penuh sehingga 2 tahun. niat sangat penting sebab ia akan memotivasikan diri kita untuk terus berusaha sehabis baik untuk merealisasikan impian kita.

2) Minum air masak secukupnya.

saranan kak amy sekurang-kurangnya 3 liter sehari. yang ni tak termasuk air manis tau! jadi disiplinkan diri untuk memastikan water intake mencukupi. paling bagus kalo 3 liter boleh dibahagikan kepada amaun-amaun yang sedikit, taklah kembung perut minum air 1 liter sekaligus, kan? contohnya, 200mls sejam, mengambil kira bangun pukul 6 pagi dan tidur pukul 9 malam ke atas.

3) pam berjadual.

susun jadual pengepaman kawan-kawan secara individu. tak perlu nak ikut orang yang boleh pam setiap jam atau sebagainya. jadual pengepaman biarlah rileks tetapi regular dan konsisten. cuba patuhi jadual pengepaman dan elakkan dari skip sesi pengepaman.

contoh jadual pengepaman kak amy ada 2.

pertama ketika berpantang (kak amy biasanya akan start buat stok ebm seawal 2 minggu selepas bersalin), kak amy akan mengepam setiap 3 jam bermula jam 6 pagi, 9 pagi, 12tengahari, 3 petang, 6petang dan 9 malam. ingat ya ibu-ibu berpantang, durasi berpantang bukanlah tiket untuk ibu-ibu liat bangun seawal pagi dan menjadikan alasan untuk bangun lambat ye! kak amy tak latih diri untuk bangun di waktu malam bagi membolehkan badan berehat sepenuhnya disamping menyusukan bayi secara direct.

kedua bila dah mula bekerja. kak amy kerja office hour 8am-5pm. jadual agak padat memandangkan tengahari kak amy terpaksa bergegas mengambil anak sulung balik dari sekolah, belikan makanan dan hantar ke rumah pengasuh. frankly speaking, sepanjang tempoh penyusuan, kak amy hanya dapat betul-betul menikmati makan tengahari hanyalah ketika cuti sekolah apabila tak perlu lagi berkejaran menguruskan anak sulung balik dari sekolah. kalau waktu persekolahan, makanan tengahari kak amy selalunya yang ekspress dan boleh makan di dalam kereta contoh pisang goreng, keropok goreng, ubi goreng. nasib la pada masa itu, ESP shaklee menjadi penyelamat. jadual pengepaman bila dah start kerja kebiasaannya bermula seawal jam 5.30pagi, 10pagi, 12.30tengahari, 5.00petang dan sebelum tidur jam 9.30malam.

sejujurnya penyusuan apabila balik bekerja sememangnya memenatkan. syukur alhamdulillah kak amy bertemu dengan set menyusu shaklee. selain membantu kak amy kekal bertenaga, dapat juga bonus susu berkualiti dan alhamdulillah mencukupi untuk si kecil.

4) susukan bayi sebelah sahaja pada sesuatu masa.

ilmu ini kak amy dapat hasil dari pembacaan ebook asiah maharam. kak amy cuba apply dan alhamdulillah susu memang mencurah-curah. cumanya untuk mendapatkan keberhasilan yang optimum perlu bersabar. bila apply harini, tak semestinya esok terus dapat resultnya. untuk kak amy, seminggu jugak baru dapat merasai ketara kesannya.

nampak tak cara macam mana? contohnya bila pam pukul 6 pagi. selepas sesi pengepaman jam 6 pagi, mula menyusu bayi dengan payudara sebelah kanan sahaja sehinggalah jam 9pagi untuk sesi pengepaman seterusnya. habis sesi pam jam 9 pagi, teruskan menyusu bayi dengan payudara sebelah kiri pulak sehingga jam 12 tengahari untuk sesi pam berikutnya. teknik ini sangat efektif terutamanya semasa masih cuti berpantang atau dah start kerja tapi di hujung minggu di mana ibu-ibu menyusukan bayi secara serentak tetapi dalam masa yang sama perlu mengepam untuk simpanan stok ebm hari-hari mendatang.

suplemen?

ya kak amy sememangnya mengamalkan set menyusu shaklee untuk mengekalkan stamina badan dan juga bonus susu mencukupi alhamdulillah.

ada yang bertanya, makan suplemen ni confirm ke susu akan melimpah ruah?

jawapan kak amy - tidak semestinya. jika bergantung hanya kepada suplemen tapi niat menyusukan anak memang takde dari awal, jadual pam pun lintang pukang, air masak pun minum tak sampai seliter sehari dan tiada ilmu breastfeeding, kebiasaannya penyusuan susu ibu sukar untuk berjaya.

ok diharap perkomgsian kak amy ini dapat membantu ibu-ibu untuk tekad dan seterusnya berjaya menyusukan bayi kesayangan kita selama 2 tahun.

nak tahu lanjut berkenaan suplemen penyusuan shaklee?
jgn lupa contact kak amy any time ye.

gambar hiasan : en suami, kak amy & 3 precious ones

Kak Amy
017-9069616
www.myjurnalsihat.blogspot.com

Monday, July 3, 2017

APA ITU KEGUGURAN?

salam semua.

kak amy bersiaran lagi.

kali ni kak amy nak share berkenaan keguguran atau istilah english nya abortion @ miscarriage.

secara jujurnya, kak amy tidak pernah mengalami keguguran. alhamdulillah ketiga-tiga kandungan sebelum ini dipermudahkan Allah. cuma ada beberapa ujian kecil yang berjaya ditempuhi sepanjang 3 kali mengandung.

berbalik kepada keguguran, ianya bermaksud menamatkan kandungan samada secara perubatan atau secara pembedahan dengan cara mengeluarkan fetus (benih kandungan) dari rahim sebelum sempat kandungan itu survive di luar rahim.

"Abortion is the ending of pregnancy by removing a fetus or embyro before it can survive outside the uterus"

korang tahu tak? terdapat beberapa jenis keguguran yang di klasifikasi dalam ilmu perubatan.

jom kita tinjau satu-satu ya.

1) threatened abortion

Threatened abortion atau bahasa melayunya ancaman keguguran.
Merupakan sebarang pendarahan daripada vagina sepanjang 20 minggu pertama kandungan.
Perkembangan kandungan adalah normal walaupun si ibu mengalami pendarahan daripada vagina.
Bukaan serviks biasanya tertutup.
Pemeriksaan ultrasound adalah normal, bayi bersesuaian dengan saiz semasa kandungan, dan jika kandungan melebihi 6-8 minggu, degupan jantung bayi dapat dilihat dengan jelas.

2) inevitable abortion

Jika tidak dibendung dan dijaga dari awal, threatened abortion akan berlanjutan menjadi inevitable abortion- keguguran yang tidak dapat dielakkan.
Bukaan serviks akan terbuka.
Kebiasaannya sakit dan pendarahan akan bertambah teruk sehinggalah berlakunya keguguran bayi.

3) complete abortion

Complete abortion atau keguguran sepenuhnya adalah keguguran bilamana janin dan juga plasenta keluar sepenuhnya.
Bukaan serviks akan kembali tertutup.
Pendarahan melalui vagina pula adalah minima selepas berlakunya complete abortion.
Ujian ultrasound kebiasaannya menunjukkan saiz uterus yang kembali kepada saiz sebelum mengandung dan tiada kantung dan juga bayi kelihatan.

4) incomplete abortion

Incomplete abortion atau keguguran tidak lengkap - kebiasaannya POC (product of conception) masih lagi berada di dalam rahim dan tidak dikeluarkan semuanya.
Sakit dan juga pendarahan masih berlaku.
Bukaan serviks masih terbuka.
Ujian ultrasound kebiasaannya menunjukkan dinding rahim masih lagi tebal (>5mm).
Kemungkinan memerlukan bantuan perubatan atau kaedah surgeri (ERPOC) jika kesemua POC tidak berjaya keluar dengan sendiri.

5) septic abortion

Ianya dinamakan septic abortion apabila berlakunya jangkitan kuman atau infection ketika keguguran.
Selain pendarahan dan sakit perut, ibu juga kebiasaannya akan demam, keletihan dan mengeuarkan cecair vagina yang kurang menyenangkan baunya.
Jenis keguguran ini biasanya mengancam nyawa jika tidak diubati segera.
Kebiasaannya rawatan yang diberikan adalah antibiotik dan juga mengeluarkan semua POC yang masih ada di dalam rahim ibu.



6) missed abortion

Kebiasaannya penurunan paras hormon HCG dan juga pemeriksaan ultrasound boleh memberi diagnosa missed abortion.
Pemeriksaan ultrasound kebiasaannya menunjukkan bayi lebih kecik dari saiz kandungn semasa yang sepatutnya, tiada degupan jantung bayi atau tiada pergerakan bayi, dan kantung telah meleper.
Ibu-ibu yang mengalami missed abortion ini boleh diberikan peluang (kebiasaannya 2 minggu) untuk melahirkan sendiri POC secara natural.
Namun, jika tiada kelahiran natural berlaku, ibu-ibu dikehendaki ke hospital terdekat untuk dibantu secara perubatan dan juga surgeri. 


jelas tak penerangan kak amy?

kalau ada apa-apa soalan jangan segan silu bertanya ya.

suplemen shaklee apa yang digalakkan untuk diambil bagi ikhtiar mengelakkan berlakunya keguguran?

kak amy selalu sarankan kepada ibu-ibu untuk mengambil complete prenatal set untuk mendapatkan kehamilan yang sihat disamping memberi tenaga kepada bakal-bakal ibu.

apa yang ada dalam set prenatal ini?

terdapat 6 jenis suplemen yang disarankan.

Vitalea iron formula - multivitamin dengan tambahan zat besi penting untuk memberi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan. kekurangan zat besi boleh menyebabkan berlakunya anemia iaitu kekurangan hemoglobin ketika mengandung. kekurangan hemoglobin yang serius akan menyebabkan tumbesaran bayi di dalam kandungan terganggu.

omegaguard - suplemen omega-3 ini adalah penting untuk perkembangan otak bayi yang sihat.

B-complex - kombinasi 8 jenis vitamin B ini sangat kritikal untuk membantu membentukan sistem saraf bayi terutamanya di awal kandungan. ia juga penting sebagai ikhtiar mengelak berlakunya anemia ketika mengandung di kalangan ibu-ibu hamil.

Vitamin C SR - berkepentingan menyokong pertumbuhan bayi dan kesihatan ibu secara general. ianya juga didatangkan khas dalam dos 500mg dan mempunyai teknologi slow release (SR) dimana vitamin c ini dilepaskan ke dalam darah secara perlahan-lahan selama 5 jam.

ESP Soy Protein Isolate Powder - saya sangat suka menyarankan serbuk soya ESP ini kerana ianya kaya dengan sumber protein tumbuhan yang sihat untuk membantu menguatkan rahim, di samping memberi tenaga kepada ibu-ibu hamil.

Ostematrix - suplemen kalsium ini membantu membekalkan kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan. perasan tak ada sesetengah ibu hamil mengalami masalah cramp kaki, gigi rapuh dan lenguh-lenguh badan? kebiasaannya adalah asbab tidak cukup kalsium untuk pembesaran bayi, jadi badan akan bertindak menarik kalsium yang ada di dalam tubuh ibu untuk disalurkan kepada bayi. 

sape nak mengandung dalam keadaan tak sihat kan?

ibu-ibu hamil juga berhak sihat dan ceria seperti sebelum kehamilan. suka kak amy nak ingatkan korang bahawa kehamilan merupakan perubahan fisiologi yang normal. ianya bukan sejenis penyakit tau!

jom hamil secara sihat bersama shaklee!

contact kak amy untuk penerangan lanjut.

Kak Amy
017-9069616
www.myjurnalsihat.blogspot.com


Monday, June 29, 2015

6 TIPS SARAPAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN


Rata-rata masyarakat kita pasti inginkan susuk tubuh yang ideal. Selain penting untuk keyakinan diri sendiri, berat badan ideal juga penting untuk tubuh yang sihat. 


Berikut dikongsikan 6 tips sarapan yang dicadangkan untuk menurunkan berat badan.

1) Sumber nutrien yang seimbang (satu hidangan protein, buah dan bijirin penuh)


2) Minum teh hijau


3) Buat granola sendiri, jangan beli


4) Ambil sekurang-kurangnya 5g serat


5) Makan yogurt tanpa perisa sama ada dengan beri, bijirin penuh, madu atau coklat hitam


6) Lupakan makanan sarapan yang lazim seperti bijirin, jus oren atau croissant



sumber : iSihat

Tahukah anda Shaklee juga membudayakan pemakanan yang sihat sebagai salah satu komponen utama dalam kesihatan badan kita?

Saranan Shaklee adalah ;

1) Makan secara sihat
2) Bersenam dan capai berat yang sihat
3) Suplemen secara bijak  

Saya pilih Shaklee untuk bersuplemen secara bijak. Anda bila lagi?


HAMIDAH CHE ALI
SID 866664
017-9069616 (CALL/WA/MESEJ)

Friday, July 25, 2014

"Episiotomy", setakat mana pengetahuan kita mengenainya?

assalamualaikum wbt...
Tahukah kita apa itu "episiotomy"?
Terma ini mungkin agak janggal di kalangan lelaki, tetapi biase di kalangan wanita terutamanya ibu-ibu yang bakal melahirkan anak atau sudah melahirkan.
Istilah "episiotomy" ini bermaksud membesarkan bukaan vagina ketika proses kelahiran bayi dengan menggunakan gunting pembedahan khas.
Terdapat 2 cara untuk petugas-petugas perbidanan melakukan "episiotomy" ini.
  1. "mediolateral episiotomy"
  2. "midline episiotomy"
Medio-lateral-episiotomy
Mediolateral Episiotomy
  • kebiasaannya menjadi pilihan utama para petugas perbidanan kerana cara ini lebih selamat dan boleh mengelakkan daripada kecederaan lubang najis (anus)
  • kaedah ini sedikit sukar berbanding "midline episiotomy" kerana otot di bahagian ini sedikit tebal jika dibandingkan dengan otot-otot di bahagian "midline episiotomy"
  • untuk mengatasi masalah di atas, "mediolateral episiotomy" hanya dilakukan ketika ibu berada dalam keadaan rahimnya "contract" dan ibu meneran untuk melahirkan bayi. hal ini kerana otot-otot ketika itu sedang meregang dan memudahkan "episiotomy" dilakukan.
Midline Episiotomy
  • cara ini jarang digunakan untuk mengelakkan daripada anus tercedera.
  • cara ini lebih mudah kerana otot-otot yang nipis kawasan tersebut.
mcdc7_episiotomy
Bilakah prosedur "episiotomy" perlu dilakukan?
Bukan semua proses kelahiran memerlukan kakitangan perbidanan melakukan "episiotomy". ianya hanya perlu untuk situasi-situasi tertentu sahaja. di antara situasi-situasi yang memerlukan prosedur "episiotomy" ini dilakukan ialah :
  • kepala bayi terlalu besar untuk melepasi bukaan vagina
  • bayi dalam keadaan "distress"
  • bayi dalam keadaan songsang
  • ibu tidak mampu mengawal dalam proses peneranan
  • apabila ibu memerlukan "assisted delivery" seperti forcep atau vacumm
Apakah komplikasi "episiotomy"?
Setiap prosedur yang dilakukan mesti mempunyai komplikasi-komplikasi tertentu. oleh sebab itulah hanya kakitangan perbidanan terlatih sahaja dibenarkan melakukan prosedur "episiotomy" tersebut bagi mengelakkan dari berlakunya komplikasi yang tidak diingini. di antara komplikasi-komplikasi "episiotomy"  ialah :
  • bukaan vagina bertambah besar, sehingga melibatkan anus dan rektum
  • risiko pendarahan
  • luka "episiotomy" yang tidak dijaga dengan baik berisiko untuk mendapat jangkitan kuman
  • merasa sakit atau tidak selesa di bahagian bekas luka "episiotomy" ketika bersama pasangan beberapa bulan selepas kelahiran
Bagaimana "episiotomy" boleh dielakkan?
  • mempraktis senaman Kegel ketika mengandung
  • mengamalkan urutan perineal 4-6 minggu sebelum kelahiran
perineal-massage
  • mempraktis teknik mengawal pernafasan dan rasa hendak meneran dengan baik ketika proses kelahiran
Apakah makanan yang mempercepat proses baik pulih luka "episiotomy"?
makanan yang kaya dengan vitamin c, zinc dan tinggi kandungan protein sangat membantu dalam mempercepatkan proses baik pulih luka "episiotomy".proteinfoodpic
selain itu, makanan yang kaya dengan sumber fiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga penting untuk mengelakkan sembelit. jika berlakunye sembelit, bahagian luka "episiotomy" akan meregang dan bertambah sakit.
 slideshow-citrus-round-1
Set berpantang Shaklee menyediakan keperluan lengkap untuk ibu-ibu selepas bersalin, samada bersalin secara normal atau pun secara "ceasarean"
cadangan-set-berpantang-500x470
untuk terus menempah,
 click-here-button_xihl-2
ingin bertanya lanjut mengenai set berpantang shaklee?
hubungi saya :
HAMIDAH CHE ALI
017-9069616
www.jurnalsihat.com
http://www.facebook.com/jurnal4sihat