Tuesday, July 4, 2017

TIPS MENINGKATKAN SUSU BADAN

assalamualaikum wbt semua.

bersiaran lagi kita =)

kali ini kak amy nak share pengalaman dan cara kak amy sendiri meningkatkan susu badan.

kak amy dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata, princess yang pertama berusia 7 tahun, hero kedua berusia 4 tahun dan hero ketiga berusia 1 tahun 10 bulan.

anak pertama, kakak princess lahir pada 15 Disember 2010. tempoh penyusuan susu ibu secara esklusif hanya bertahan selama 45 hari. kenapa? ilmu kebal takde. hihi. ilmu kebal yang kak amy maksudkan adalah ilmu penyusuan susu ibu sendiri. sangat penting kita membaca dan mengkaji dahulu ilmu penyusuan susu ibu ini supaya kita boleh menangkis anasir2 yang negatif yang menggagalkan ibu-ibu menyusu secara esklusif. anasir-anasir negatif terdekat kak amy pada masa itu adalah ibu kandung kak amy sendiri. 

mak kak amy adalah seorang wanita bekerjaya, seorang pensyarah di salah sebuah institusi pendidikan guru. kesemua 9 anak mak tidak disusukan secara esklusif. anak-anak yang terawal tidak disusukan secara esklusif disebabkan oleh faktor mak yang masih lagi menuntut di UKM dan anak-anak dijaga oleh nenek di kampung. anak-anak berikutnya adalah disebabkan oleh kesibukan mak sendiri dengan tugas hakiki disamping tempat kerja mak yang agak jauh dari rumah tidak memungkinkan mak untuk balik menyusu kami. pada zaman mak, medela tak available lagi huuu...

semasa kak amy bersalinkan anak sulung, balik je rumah mak, memang mak dan en suami (terpengaruh dengan kata-kata mak) dah sediakan siap-siap setin susu anmum dan botol susu untuk kakak. awalnya saya menolak dan berusaha untuk memberi susu badan secara esklusif. namun sehingga hari ke 45, pada masa itu baby cranky. nangis-nangis setiap 5 minit. mak dan en suami push kak amy untuk diberikan juga susu formula. akhirnya kak amy mengalah dan menangis sebab tak mampu nak susukan anak secara penuh sehingga 2 tahun. tapi si kakak terus juga menyusu badan dan campuran susu formula sehingga 2 tahun.

kisah hero nombor 2 pulak adalah pengajaran dari hasil kegagalan menyusukan kakak. seawal kandungan lagi dah maklum siap-siap nak susukan hero sehingga 2 tahun secara penuh. alhamdulillah capai bukan sahaja 2 tahun, tapi sehingga 3 tahun 2 bulan .

hero nombor 3 lain sikit ceritanya. niat asal sememangnya mahu disusukan secara penuh selama 2 tahun. namun si hero tak macam abang dia. hero bongsu ini tolak mentah-mentah EBM yang telah disejukbekukan. yang dia nak hanya EBM dari chiller.jadi bermulalah kisah kak amy dari si kecik berusia 3 bulan sehingga setahun, mengepam umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. pam harini untuk bekalan EBM esoknya. kak amy banyak buat kerja luar, travelling ke luar daerah dan sebagainya. ada sehari tu, kak amy mampu bekalkan 6 oz sahaja kat baby atas asbab kekangan waktu mengepam hari sebelumnya, dan esoknya terpaksa ke ibu negeri (2 jam perjalanan dari daerah kak amy bertugas) untuk menghadiri mesyuarat. ralat sangat nak tinggalkan anak pada waktu tu. itu adalah alasan kacang yang boleh di settlekan sebenarnya. cuma alasan utama kak amy campurkan baby dengan susu formula pada usia 1 tahun adalah kerana kak amy dan suami mendapat tawaran untuk menunaikan haji pada tahun ini.macam mana tu nak terus supply fresh EBM kepada baby kalo kak amy di Arab Saudi nanti? jadi fikir punya fikir, akhirnya kami ambil keputusan untuk campurkan dengan susu formula. nak beli susu formula pun sekian hal sebab dah 4 tahun lebih kami jimat tanpa perlu membeli susu formula. akhirnya kak amy ambil lactogen. 1st try alhamdulillah terus boleh minum dan  terima serta tiada masalah membuang air besar.

tips perbanyak susu kak amy?

ada 4 tips yang kak amy amalkan bermula anak kedua.

1) Niat.

pasang niat untuk menyusu secara esklusif selama selama 6 bulan pertama, dan seterusnya secara penuh sehingga 2 tahun. niat sangat penting sebab ia akan memotivasikan diri kita untuk terus berusaha sehabis baik untuk merealisasikan impian kita.

2) Minum air masak secukupnya.

saranan kak amy sekurang-kurangnya 3 liter sehari. yang ni tak termasuk air manis tau! jadi disiplinkan diri untuk memastikan water intake mencukupi. paling bagus kalo 3 liter boleh dibahagikan kepada amaun-amaun yang sedikit, taklah kembung perut minum air 1 liter sekaligus, kan? contohnya, 200mls sejam, mengambil kira bangun pukul 6 pagi dan tidur pukul 9 malam ke atas.

3) pam berjadual.

susun jadual pengepaman kawan-kawan secara individu. tak perlu nak ikut orang yang boleh pam setiap jam atau sebagainya. jadual pengepaman biarlah rileks tetapi regular dan konsisten. cuba patuhi jadual pengepaman dan elakkan dari skip sesi pengepaman.

contoh jadual pengepaman kak amy ada 2.

pertama ketika berpantang (kak amy biasanya akan start buat stok ebm seawal 2 minggu selepas bersalin), kak amy akan mengepam setiap 3 jam bermula jam 6 pagi, 9 pagi, 12tengahari, 3 petang, 6petang dan 9 malam. ingat ya ibu-ibu berpantang, durasi berpantang bukanlah tiket untuk ibu-ibu liat bangun seawal pagi dan menjadikan alasan untuk bangun lambat ye! kak amy tak latih diri untuk bangun di waktu malam bagi membolehkan badan berehat sepenuhnya disamping menyusukan bayi secara direct.

kedua bila dah mula bekerja. kak amy kerja office hour 8am-5pm. jadual agak padat memandangkan tengahari kak amy terpaksa bergegas mengambil anak sulung balik dari sekolah, belikan makanan dan hantar ke rumah pengasuh. frankly speaking, sepanjang tempoh penyusuan, kak amy hanya dapat betul-betul menikmati makan tengahari hanyalah ketika cuti sekolah apabila tak perlu lagi berkejaran menguruskan anak sulung balik dari sekolah. kalau waktu persekolahan, makanan tengahari kak amy selalunya yang ekspress dan boleh makan di dalam kereta contoh pisang goreng, keropok goreng, ubi goreng. nasib la pada masa itu, ESP shaklee menjadi penyelamat. jadual pengepaman bila dah start kerja kebiasaannya bermula seawal jam 5.30pagi, 10pagi, 12.30tengahari, 5.00petang dan sebelum tidur jam 9.30malam.

sejujurnya penyusuan apabila balik bekerja sememangnya memenatkan. syukur alhamdulillah kak amy bertemu dengan set menyusu shaklee. selain membantu kak amy kekal bertenaga, dapat juga bonus susu berkualiti dan alhamdulillah mencukupi untuk si kecil.

4) susukan bayi sebelah sahaja pada sesuatu masa.

ilmu ini kak amy dapat hasil dari pembacaan ebook asiah maharam. kak amy cuba apply dan alhamdulillah susu memang mencurah-curah. cumanya untuk mendapatkan keberhasilan yang optimum perlu bersabar. bila apply harini, tak semestinya esok terus dapat resultnya. untuk kak amy, seminggu jugak baru dapat merasai ketara kesannya.

nampak tak cara macam mana? contohnya bila pam pukul 6 pagi. selepas sesi pengepaman jam 6 pagi, mula menyusu bayi dengan payudara sebelah kanan sahaja sehinggalah jam 9pagi untuk sesi pengepaman seterusnya. habis sesi pam jam 9 pagi, teruskan menyusu bayi dengan payudara sebelah kiri pulak sehingga jam 12 tengahari untuk sesi pam berikutnya. teknik ini sangat efektif terutamanya semasa masih cuti berpantang atau dah start kerja tapi di hujung minggu di mana ibu-ibu menyusukan bayi secara serentak tetapi dalam masa yang sama perlu mengepam untuk simpanan stok ebm hari-hari mendatang.

suplemen?

ya kak amy sememangnya mengamalkan set menyusu shaklee untuk mengekalkan stamina badan dan juga bonus susu mencukupi alhamdulillah.

ada yang bertanya, makan suplemen ni confirm ke susu akan melimpah ruah?

jawapan kak amy - tidak semestinya. jika bergantung hanya kepada suplemen tapi niat menyusukan anak memang takde dari awal, jadual pam pun lintang pukang, air masak pun minum tak sampai seliter sehari dan tiada ilmu breastfeeding, kebiasaannya penyusuan susu ibu sukar untuk berjaya.

ok diharap perkomgsian kak amy ini dapat membantu ibu-ibu untuk tekad dan seterusnya berjaya menyusukan bayi kesayangan kita selama 2 tahun.

nak tahu lanjut berkenaan suplemen penyusuan shaklee?
jgn lupa contact kak amy any time ye.

gambar hiasan : en suami, kak amy & 3 precious ones

Kak Amy
017-9069616
www.myjurnalsihat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment