Sunday, July 2, 2017

Berpantang Bersama Shaklee Part 1

Assalamualaikum wbt.

kak amy bersiaran lagi.

hari ini kak amy nak share pengalaman kak amy sendiri berpantang anak kedua bersama Shaklee.

alkisahnya, kak amy lahirkan anak kedua pada 9 februari 2013 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). pada masa itu kak amy balik kampung sempena cuti chinese new year.

sampai kat kampung pada 8 februari 2013, sempat lagi planning2 dengan kakak kak amy untuk celebrate birthday adik bongsu kami. birthday adik bongsu 8 februari. saje nak raikan adik bongsu sebab masa itu, mak kak amy sedang menunaikan umrah. jadi adik bongsu tinggal kat rumah sorang.
plan kami nak buat homemade kfc esoknya di samping coleslow, kentang putar dan french fries.

tapi angan-angan nak sambut birthday si bongsu tinggal kenangan. malam tu, sekitar jam 4pagi, tetiba kak amy rasa sakit perut. check sendiri jalan, ohhh baru 2 cm, rilek je lah dulu. pastu kak amy sambung golek2 atas katil sambil layan sakit. bila rasa makin kerap sakit, kak amy check skali lagi jalan. ohhh..baru 4cm. ada 30 minit lagi sebelum subuh. kak amy decide nak sembahyang dulu sebelum ke hospital. tapi en hubby bagi cadangan supaya pergi dulu ke hospital. dalam perjalanan, kami singgah di masjid ladang, betul-betul tepi HSNZ untuk sembahyang subuh dulu sebelum kak amy serah diri di hospital.

sesampai je di HSNZ, kak amy terus ke bilik yang dikhaskan untuk ibu-ibu yang bakal bersalin.sekitar jam 7pagi, kelibat seorang HO atau doktor pelatih masuk ke bilik tersebut untuk memeriksa pesakit. tiba giliran kak amy, selepas history diambil, HO tersebut terus membuat pemeriksaan. dah 7cm masa tu. jururawat pun bergegas cari kerusi roda untuk menolak kak amy ke dewan bersalin yang dekat dengan bilik pemeriksaan tersebut. tapi kak amy tolak untuk naik atas kerusi roda. tak jauh pon dewan bersalin tu. satu aras pulak. jadi tak payah bazirkan masa jururawat dan doktor memandangkan ramai lagi pesakit yang perlu di entertain.

sesampai sahaja di pintu dewan bersalin, tetiba ada kelibat suara jururawat dari dewan bersalin bertanya dengan sinis, ye ke dah 7 cm tu? elok je jalannye. kak amy dan jururawat yang accompany tu diam je. tak guna nak bertekak di saat-saat kritikal macam ni.

masuk labour room pukul 10.31pagi, kak amy di clerk lanjut oleh doktor pelatih di dewan bersalin. iv line cuba dimasukkan. 1st attempt failed. kesian adik HO tu berpeluh-peluh nak masukkan branula. 2nd attempt, juga failed! sakit memang sakit kena cucuk 2 kali tapi tengok muka adik HO lebih kesian. kak amy cakap kat dia, berhenti dulu adik, saya rasa os dah fully (jalan dah terbuka penuh). boleh panggil misi x? kak amy lebih gemar jika jururawat yang menyambut baby kak amy memandangkan HO tersebut adalah HO lelaki. kalo diberi pilihan untuk disambut oleh staff wanita, apa salahnya kan? janji staff tersebut competent, bukan doula yang tak tau apa2 ilmu bersalin dan komplikasi-komplikasinya.

tepat jam 10.51pagi, keluarlah baby boy seberat 2.79kg. kecik ciput je mulutnya. lanugo (rerambut dan bulu baby) agak banyak. sideburn pon panjang jugak baby ni.hihi. kami namakan dia Uwais Al Qarni, terkenal di langit tidak di bumi. semoga keperibadiannya secantik Uwais Al Qarni, seperti termaktub dalam sejarah.

tak sampai 2 jam pon berada di labour room, jururawat dah tolak kak amy masuk wad. Uwais? admitted ke wad kanak-kanak atas asbab suhu badan kak amy sebelum bersalin suam-suam kuku 37.5'C. admitted untuk di monitor keadaan baby. habis monitoring selama sehari, uwais dah boleh keluar yeay! tengah key in notes untuk discharge Uwais, tetiba result makmal balik. G6PD deficiency pulak! dugaan betul. tapi kak amy AOR (discharge at own risk) je time tu.nak balik sangat-sangat.

sampai rumah, mak belum balikd dari umrah. ada kakak yang tolong uruskan air mandian dan makanan. kami adik beradik diajar sejak zaman nenek lagi tidak berpantang as if makan ikan bakar je sampai hari ke-40. kami boleh makan apa sahaja yang kami nak. cuma mak prefer kami lebihkan buah dan sayur untuk elak sembelit. oren wajib sebab kaya dengan vitamin C yang bagus untuk mempercepatkan proses baik luka.

esoknya malam, tetiba badan baby Uwais panas. check temperature 38.8'C! panik jugak walaupon dah tahu sebenarnya apa yang perlu dibuat. tapi once dah jadi pada baby sendiri, tetap panik juga.

apa yang kak amy buat seterusnya?

kak amy sambung part 2 nanti ye =)


abang Uwais Al Qarni, day 3 of life.


No comments:

Post a Comment