Friday, July 25, 2014

"Episiotomy", setakat mana pengetahuan kita mengenainya?

assalamualaikum wbt...
Tahukah kita apa itu "episiotomy"?
Terma ini mungkin agak janggal di kalangan lelaki, tetapi biase di kalangan wanita terutamanya ibu-ibu yang bakal melahirkan anak atau sudah melahirkan.
Istilah "episiotomy" ini bermaksud membesarkan bukaan vagina ketika proses kelahiran bayi dengan menggunakan gunting pembedahan khas.
Terdapat 2 cara untuk petugas-petugas perbidanan melakukan "episiotomy" ini.
  1. "mediolateral episiotomy"
  2. "midline episiotomy"
Medio-lateral-episiotomy
Mediolateral Episiotomy
  • kebiasaannya menjadi pilihan utama para petugas perbidanan kerana cara ini lebih selamat dan boleh mengelakkan daripada kecederaan lubang najis (anus)
  • kaedah ini sedikit sukar berbanding "midline episiotomy" kerana otot di bahagian ini sedikit tebal jika dibandingkan dengan otot-otot di bahagian "midline episiotomy"
  • untuk mengatasi masalah di atas, "mediolateral episiotomy" hanya dilakukan ketika ibu berada dalam keadaan rahimnya "contract" dan ibu meneran untuk melahirkan bayi. hal ini kerana otot-otot ketika itu sedang meregang dan memudahkan "episiotomy" dilakukan.
Midline Episiotomy
  • cara ini jarang digunakan untuk mengelakkan daripada anus tercedera.
  • cara ini lebih mudah kerana otot-otot yang nipis kawasan tersebut.
mcdc7_episiotomy
Bilakah prosedur "episiotomy" perlu dilakukan?
Bukan semua proses kelahiran memerlukan kakitangan perbidanan melakukan "episiotomy". ianya hanya perlu untuk situasi-situasi tertentu sahaja. di antara situasi-situasi yang memerlukan prosedur "episiotomy" ini dilakukan ialah :
  • kepala bayi terlalu besar untuk melepasi bukaan vagina
  • bayi dalam keadaan "distress"
  • bayi dalam keadaan songsang
  • ibu tidak mampu mengawal dalam proses peneranan
  • apabila ibu memerlukan "assisted delivery" seperti forcep atau vacumm
Apakah komplikasi "episiotomy"?
Setiap prosedur yang dilakukan mesti mempunyai komplikasi-komplikasi tertentu. oleh sebab itulah hanya kakitangan perbidanan terlatih sahaja dibenarkan melakukan prosedur "episiotomy" tersebut bagi mengelakkan dari berlakunya komplikasi yang tidak diingini. di antara komplikasi-komplikasi "episiotomy"  ialah :
  • bukaan vagina bertambah besar, sehingga melibatkan anus dan rektum
  • risiko pendarahan
  • luka "episiotomy" yang tidak dijaga dengan baik berisiko untuk mendapat jangkitan kuman
  • merasa sakit atau tidak selesa di bahagian bekas luka "episiotomy" ketika bersama pasangan beberapa bulan selepas kelahiran
Bagaimana "episiotomy" boleh dielakkan?
  • mempraktis senaman Kegel ketika mengandung
  • mengamalkan urutan perineal 4-6 minggu sebelum kelahiran
perineal-massage
  • mempraktis teknik mengawal pernafasan dan rasa hendak meneran dengan baik ketika proses kelahiran
Apakah makanan yang mempercepat proses baik pulih luka "episiotomy"?
makanan yang kaya dengan vitamin c, zinc dan tinggi kandungan protein sangat membantu dalam mempercepatkan proses baik pulih luka "episiotomy".proteinfoodpic
selain itu, makanan yang kaya dengan sumber fiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga penting untuk mengelakkan sembelit. jika berlakunye sembelit, bahagian luka "episiotomy" akan meregang dan bertambah sakit.
 slideshow-citrus-round-1
Set berpantang Shaklee menyediakan keperluan lengkap untuk ibu-ibu selepas bersalin, samada bersalin secara normal atau pun secara "ceasarean"
cadangan-set-berpantang-500x470
untuk terus menempah,
 click-here-button_xihl-2
ingin bertanya lanjut mengenai set berpantang shaklee?
hubungi saya :
HAMIDAH CHE ALI
017-9069616
www.jurnalsihat.com
http://www.facebook.com/jurnal4sihat

Saturday, July 19, 2014

Himpunan doa dan zikir memperbanyakkan susu badan

Assalamualaikum wbt

InshaAllah kali ini saya akan share mengenai doa2 dan zikir2 yang boleh diamalkan oleh ibu2 menyusu sebagai ikhtiar kita untuk meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun dengan izin Allah

1) Surah al-Baqarah ayat 60

404759_10150518485369835_1499522950_n


 dan (ingatlah), ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, makan Kami berfirman: "pukullah batu itu dengan tongkatmu," (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air, sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. ( Dan Kami berfirman) : "makalha dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


 2) Surah Ar-ad ayat 8-9


PicsArt_1342036530673-767800


 3) Surah al-Hujurat 

p516_2


4) Surah al-Kauthar

surah al-kauthar


5) zikir "ya mateen"

inshaAllah jom sama-sama kita berusaha untuk menyusukan anak sehingga ke usia sekurang-kurangnya 2 tahun.

semoga bermanfaat.

Autosave-File vom d-lab2/3 der AgfaPhoto GmbH


Hamidah Che Ali


0179069616


www.jurnalsihat.wordpress.com


http://www.facebook.com/jurnal4sihat

Monday, July 14, 2014

cara menyimpan susu perahan (EBM)

assalamualakum wbt..

hari ini saya nak kongsi serba sedikit cara menyimpan susu perahan yang betul.

 EBM

sebenarnya cara simpanan EBM (expressed breast milk) ini agak senang jika kita tahu. tidak semestinya, untuk menyimpan susu perahan ini, kita perlu membeli deep freezer. kita boleh memaksimakan penggunaan peti sejuk sedia ada di rumah untuk menyimpan EBM.

 

keperluan untuk membeli deep freezer hanyalah bila mana EBM yang hendak disimpan  sudah tiada tempat di dalam peti sejuk biasa. jadi memang tidak digalakkan untuk membeli deep freezer awal-awal bagi mengelakkan pembaziran.

 

di bawah saya kongsikan jadual penyimpanan EBM. perasan tak perbezaan antara cara penyimpanan susu yang baru diperah dan susu yang dicairkan setelah disejukbeku? kebiasaannya ramai yang keliru di bahagian ini.

 

semoga bermanfaat untuk semua.

 

breastmilk_storage_chart

HAMIDAH CHE ALI

017-9069616

www.jurnalsihat.wordpress.com

http://www.facebook.com/jurnal4sihat