Tahukah kita apa itu "episiotomy"?
Terma ini mungkin agak janggal di kalangan lelaki, tetapi biase di kalangan wanita terutamanya ibu-ibu yang bakal melahirkan anak atau sudah melahirkan.
Istilah "episiotomy" ini bermaksud membesarkan bukaan vagina ketika proses kelahiran bayi dengan menggunakan gunting pembedahan khas.
Terdapat 2 cara untuk petugas-petugas perbidanan melakukan "episiotomy" ini.
- "mediolateral episiotomy"
- "midline episiotomy"
Mediolateral Episiotomy
- kebiasaannya menjadi pilihan utama para petugas perbidanan kerana cara ini lebih selamat dan boleh mengelakkan daripada kecederaan lubang najis (anus)
- kaedah ini sedikit sukar berbanding "midline episiotomy" kerana otot di bahagian ini sedikit tebal jika dibandingkan dengan otot-otot di bahagian "midline episiotomy"
- untuk mengatasi masalah di atas, "mediolateral episiotomy" hanya dilakukan ketika ibu berada dalam keadaan rahimnya "contract" dan ibu meneran untuk melahirkan bayi. hal ini kerana otot-otot ketika itu sedang meregang dan memudahkan "episiotomy" dilakukan.
- cara ini jarang digunakan untuk mengelakkan daripada anus tercedera.
- cara ini lebih mudah kerana otot-otot yang nipis kawasan tersebut.
Bilakah prosedur "episiotomy" perlu dilakukan?
Bukan semua proses kelahiran memerlukan kakitangan perbidanan melakukan "episiotomy". ianya hanya perlu untuk situasi-situasi tertentu sahaja. di antara situasi-situasi yang memerlukan prosedur "episiotomy" ini dilakukan ialah :
- kepala bayi terlalu besar untuk melepasi bukaan vagina
- bayi dalam keadaan "distress"
- bayi dalam keadaan songsang
- ibu tidak mampu mengawal dalam proses peneranan
- apabila ibu memerlukan "assisted delivery" seperti forcep atau vacumm
Setiap prosedur yang dilakukan mesti mempunyai komplikasi-komplikasi tertentu. oleh sebab itulah hanya kakitangan perbidanan terlatih sahaja dibenarkan melakukan prosedur "episiotomy" tersebut bagi mengelakkan dari berlakunya komplikasi yang tidak diingini. di antara komplikasi-komplikasi "episiotomy" ialah :
- bukaan vagina bertambah besar, sehingga melibatkan anus dan rektum
- risiko pendarahan
- luka "episiotomy" yang tidak dijaga dengan baik berisiko untuk mendapat jangkitan kuman
- merasa sakit atau tidak selesa di bahagian bekas luka "episiotomy" ketika bersama pasangan beberapa bulan selepas kelahiran
- mempraktis senaman Kegel ketika mengandung
- mengamalkan urutan perineal 4-6 minggu sebelum kelahiran
- mempraktis teknik mengawal pernafasan dan rasa hendak meneran dengan baik ketika proses kelahiran
makanan yang kaya dengan vitamin c, zinc dan tinggi kandungan protein sangat membantu dalam mempercepatkan proses baik pulih luka "episiotomy".
selain itu, makanan yang kaya dengan sumber fiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga penting untuk mengelakkan sembelit. jika berlakunye sembelit, bahagian luka "episiotomy" akan meregang dan bertambah sakit.
Set berpantang Shaklee menyediakan keperluan lengkap untuk ibu-ibu selepas bersalin, samada bersalin secara normal atau pun secara "ceasarean"
untuk terus menempah,
ingin bertanya lanjut mengenai set berpantang shaklee?
hubungi saya :
HAMIDAH CHE ALI
017-9069616
www.jurnalsihat.com
http://www.facebook.com/jurnal4sihat
No comments:
Post a Comment