Thursday, August 10, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 1 (PART 2)

TARIKH : 10/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 45 minit. Sebelum memulakan perjalanan, kami dibekalkan dengan makanan tengahari (nasi arab, air mineral dan epal). Memang kenyang sebenarnya sepanjang perjalanan ke Tanah Haram Mekah.

Lebih kurang dalam 13km sebelum memasuki kota Mekah, bas kami berhenti ke satu tempat yang nampaknya seperti tempat check point untuk jemaah haji masuk ke kota Mekah. Di sana, kami diberikan lagi pelbagai hadiah makanan dan minuman termasuk air zam-zam. Alhamdulillah rezeki ke kota Mekah.

Sesampai sahaja di Hotel Albisyarah Mawaddah, kami diberi penerangan ringkas oleh penolong pengurus maktab berkenaan kota Mekah dan tentatif perjalanan umrah kami berikutnya iaitu tawaf, saie' dan bercukur. Kami diingatkan untuk berkumpul di lobi hotel pada jam 9 malam menyelesaikan umrah kami.

Sesampai sahaja di muka pintu hotel, sekali lagi kami disambut dengan pelbagai hadiah antaranya sejadah kecil, tasbih digital, kurma dan manisan. Tak lama kami di lobi memandangkan sejak dari Malaysia lagi, kami telah diberitahu dan telah tertulis di kad-kad pengenalan haji kami bilik masing-masing. Jadi masing-masing terus mengangkat beg kecil 5kg dan naik ke bilik masing-masing. Beg luggage besar diangkat oleh petugas-petugas yabg diupah oleh tabung haji dan dihantar terus ke bilik masing-masing.

Di bilik, sesi taaruf bermula. Kak amy berkongsi bilik dengan 4 lagi jemaah - 1 dari Kemaman dan 3 lagi dari Besut. As expected, Kak amy paling muda. Roommates lain rata-ratanya berusia 50an dan 60an. Semuanya ramah tamah dan tidak sombong langsung. Alhamdulillah Kak amy dipertemukan dengan teman-teman sebilik yang memahami dan memudahkan sesama sendiri.

Di kalangan teman-teman sebilik Kak amy, ada seorang mak cik yang paling tua kami bahasakan sebagai Mak Su. Mak Su berusia 68 tahun, agak uzur, tidak boleh berjalan jauh, berjalan menggunakan tongkat dan datang bersendirian tanpa pengiring. Kami berempat pakat-pakat menolong mak su kemaskan beg dan persiapkan mana yang boleh.

Waktu maghrib, kak amy tak sempat berjemaah, hanya bersembahyang di bilik. Silap juga di situ sebab kak amy dan mr hubby sibuk mencari dan menguruskan simkad di Mekah. Mr hubby sempat berjemaah di Masjid Bin Laden.

Sementara menunggu isya, kami suami isteri makan makanan malam yang telah disediakan oleh pihak tabung haji. Habis dinner, kami sama-sama ke Masjid Bin Laden untuk berjemaah Isya'.

Jam 9malam, kami dibawa oleh mutawif arab untuk menunaikan rukun-rukun umrah yang masih belum selesai ke masjidil haram. Jarak antara masjid sekitar 700m, tidaklah terlalu jauh, namun ada sedikit cabaran kerana jalannya agak berbukit.

Sekitar pukul 11.30malam, kak amy dan mr hubby selesai menunaikan umrah dan terus balik ke bilik, mandi dan zzzzz.



Kak Amy
Mecca 1438H

No comments:

Post a Comment