Tuesday, August 22, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 13

TARIKH : 22/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Kalini nak share dengan korang berkenaan kemudahan2 naik turun berjalan yang disediakan oleh pihak kerajaan arab saudi dan juga di hotel.

Tujuan kak amy share adalah hasil pemerhatian sendiri terhadap jemaah2 haji terutamanya jemaah haji malaysia yang agak berusia. Jadi kalo mak ayah korang nak menunaikan haji atau umrah nanti, pastikan korang ajar mereka betul2 cara menggunakan kemudahan yang disediakan k.

Kemudahan2 yang kak amu maksudkan adalah lif, escalator dan walkalator.

Lif ini memang ada di semua hotel. Pastikan korang bawak mak ayah korang naik lif dan ajar diorang nak tekan butang mane bila dah naik lif tu. Ada sesetengah jemaah yabg agak berusia ni gayat naik lif. Tambah2 lagi bila dinding lif nya transparent bercermin yang nampak di luar. 

Cerita betul di hotel kami, seorang pakcik tunggu depan lif agak lama sehinggalah kak amy dan mr hubby sampai ke depan lif. Bila ditanya nak ke mana, pak cik bagitau nak naik bilik. Tapi butang naik atau turun satu pon tak ditekan. Pak cik mengharapkan lif tu bukak sendiri je. Kesian pulak. Dah la di tangan bawak makanan minuman, bukan berlenggang kangkung. Masuk dalam lif, of cos pakcik tak tau nak tekan butang ape, hanya bagitau kami nombor bilik sahaja. Kalo kami atau jemaah lain tak datang tadi, agak2 ade tak sejam pak cik tu berdiri depan lif? 😂

Hal kedua berkenaan escalator. Di masjidil haram, memang ada escalator disediakan untuk kemudahan jemaah haji. Tak semua pintu ada escalator. Untuk makluman semua, pintu masjidil haram di bahagian ground floor kebiasaaannya akan ditutup lebih awal berbanding dengan pintu di bahagian atas (1st floor dan 2nd floor/roof) dan bawah (LG). Jadi jemaah yang datang agak lewat terpaksa naik ke atas atau turun bawah. Kalo turun bawah biasanya takde masalah sebab hanya ada tangga.

Jika di bahagian atas, ada sesetwngah pintu hanya ada escalator sahaja, tiada option tangga biasa. Jadi nak tak nak, makcik pakcik terpaksa jugak naik escalator. Nak naik satu masalah sebab mereka takut nak melangkah di atas escalator yang sedang bergerak. Kebiasaannya terpaksa ditolak dari belakang atau ditarik dari depan oleh jemaah lain. Jadi korang boleh bayang tak makcik pakcik tua ditolak oleh jemaah2 dari negara2 berbadan sasa? Kesian tau! Nasib tak elok, siap boleh jatuh lagi. Hal yang sama bila nak turun dari escalator. Cuma yang ni lebih merbahaya memandangkan terdapat jemaah2 di belakang yang menunggu untuk turun jugak. Kalo makcik pakcik tak melangkah, korang agak2 macam mana jemaah lain nak turun dari escalator tu?

Walkalator pon sama kekdahnya dengan escalator. Untuk makluman, walkalator ada disediakan di laluan ketika hendak melontar di ketiga2 jamrah nanti di mina - jamrah kubra, jamrah wusta dan jamrah sughra.

Jadi kepada sesiapa yang mempunyai mak ayah yang tak pernah langsung menggunakan 3 alatan dan kemudahan ini, kak amy cadangkan agar kkrang bawak parents korang round shopping mall di malaysia dulu sebelum diorang datang ke sini. Sekurang2nya ada usaha korang nak ajar mak ayah dari malaysia lagi.



Kak Amy
Mecca 1438H

No comments:

Post a Comment