Saturday, August 12, 2017

ROAD TO HAJJ 2017M/1438H - DAY 3

TARIKH : 12/8/2017

Assalamualaikum WBT.

Kak amy bersiaran lagi.

Subuh  bermula jam 4.37pagi. Mr hubby dah ready di masjidil haram sejam awal sevelum masuk waktu subuh. Sekitar pukul 6pagi, matahari dah meninggi, umpama jam 9pagi di Malaysia, tapi masih ok untuk berjalan kerana tidak terlampau panas membahang.

Jam 6pagi, mr hubby menunggu di lobi hotel untuk sama-sama keluar mencari sarapan. Sarapan pilihan pagi ini adalah nasi briyani dan kari kambing. Harga? 12 riyal. Nasi dan kari banyak, kenyang untuk 2 orang makan. Huhu.

Selepas sarapan, kak amy kembali ke bilik. Mr hubby ke Tana'im untuk bermiqat umrah sunat bersama teman sebilik. Bagus teman sebilik mr hubby ini, seorang ustaz, solat fardhu tidak pernah miss untuk ke masjidil haram. Banyak unsur-unsur positif pengaruh ustaz ini terpengaruh kepada mr hubby. Semoga mr hubby terus kekal istiqamah dalam mempertingkatkan amalan-amalan kerohanian.

Hari ini, kak amy ke pejabat tabung haji untuk mengeluarkan duit. Duit yang didermakan oleh sahabat handai dan sanak saudara di Malaysia kak amy masukkan siap2 ke dalam tabung haji ketika di tanahair supaya senang nak keluarkan di mekah dan madinah nanti. Sejumlah duit yang didermakan kak amy beri kepada umie, pembimbing agama di maktab kami untuk diinfaqkan di maahad tahfiz2 di sekitar kota Mekah. Semoga pahala dan kebaikan berpanjangan dapat disalurkan kepada penderma2 di Malaysia.

Mr hubby selesai melakukan umtah sekitar jam 11.30pagi. Alang2 berada di masjidil haram, mr hubby terus sahaja berada di sana sehingga waktu zohor jam 12.26 tengahari sebelum balik ke bilik untuk makan tengahari.

Petangnya, mr hubby bersolat asar di masjid Bin Laden berdekatan dengan hotel. Jam 5.15 petang, dah tercongok dah mr hubby di masjidil haram beriktikaf sambil menunggu masuknya waktu maghrib jam 6.53petg, seterusnya isya' jam 8.23malam.

Sekitar jam 9 malam, kami sama-sama dinner sebelum masing-masing balik ke bilik untuk tidur.



Kak Amy
Mecca 1438H

No comments:

Post a Comment