apakah makanan-makanan harian kita yang boleh membantu menambahkan susu ibu?
bagaimana pula cara penyediaannya?
jom baca!
LOBAK PUTIH
- sangat sesuai dibuat sup yang dimasak bersama dengan daun kucai dan ikan bilis
- boleh juga dijadikan jus untuk minuman
LOBAK MERAH
- boleh dijadikan bahan asas dalam hidangan salad mahupun dicampurkan bersama sayur-sayuran lain menjadi menu sayur campur
SAWI
- sedap dijadikan sayur tumis bersama beberapa jenis sayur-sayuran lain
KUCAI
- sering kali menjadi bahan yang dimasak bersama bihun, cucur udang dan lain-lain
- boleh juga ditumis bersama tauge dan tauhu menjadi menu sayur
PUCUK MANIS
- lazat dimasak sebagai gulai lemak atau tumis air
GETI
- sayur ini biasanya dijadikan bahan masak lemak atau tumis air
PEGAGA
- lazimnya dijadikan sebagai ulam dimakan bersama belacan dan sebagainya
PERIA
- boleh dicelur menjadi ulam atau dimasak bersama bahan-bahan mentah yang lain
JANTUNG PISANG
- boleh dihidangkan sama ada secara celur, dijadikan kerabu ataupun dimasak lemak
OREN
- enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus segar
BETIK
- pucuk betik atau buah betik muda perlu dicelur dahulu sebelum dimakan bersama ulam dan nasi panas
HALBA
- biasanya halba direndam dan airnya diminum begitu sahaja
- ada juga yang lebih gemar jika ianya dicampurkan ke dalam masakan seperti kari ikan, suo, nasi lemak atau nasi dagang
JINTAN HITAM
- anda boleh menggunakannya sebagai bahan asas masakan tertentu seperti sup, masak kicap dan lain-lain
BARLI
- selain dibuat minuman, anda boleh juga membuatnya sebagai bubur
OAT
- selain daripada dibuat bubur atau dicampurkan ke dalam minuman panas, anda boleh menggunakannya untuk menyaluti makanan goreng seperti ayam, roti dan sebagainya
KURMA
- ia boleh dimakan begitu sahaja atau dikisar bersama susu untuk mendapatkan rasa susu yang enak
- boleh juga dijadikan bahan asas kek, pastri dan lain-lain
LONGAN KERING
- enak untuk dijadikan minuman harian
- anda boleh rebus ia bersama kurma, kismis dan barli
- lebih sedap jika direbus bersama sedikit gula merah
TAUHU DAN TEMPE
- digoreng sahaja atau dicampurkan ke dalam masakan-masakan yang lain
SUSU
- diminum begitu sahaja atau dijadikan smoothie dan lain-lain
KEJU
- boleh menjadi bahan asas masakan seperti kek, pastri dan sebagainya
- boleh juga dimakan begitu sahaja
KACANG SOYA
- lazat diminum begitu sahaja!
p/s :
- perlu diingat bahawa jenis-jenis makanan yang dinyatakan ini hanya akan berkesan sekiranya anda kerap merangsang payudara mengeluarkan susu
- jika payudara tidak dikosongkan dengan sebaik-baiknya, maka makanan yang diamalkan ini tidak akan mendatangkan sebarang kesan
- makanan-makanan yang dinyatakan ini juga memberi reaksi berlainan bagi setiap individu
- oleh itu, cuba terlebih dahulu setiap satu daripadanya bagi mengetahui sama ada ia berkesan untuk anda ataupun tidak
sumber : pa&ma August 2013
untuk keterangan lanjut mengenai produk penyusuan shaklee, hubungi :
Hamidah Che Ali
SID : 866664
017-9069616
amycheali85@gmail.com
No comments:
Post a Comment