Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Sumber Semulajadi Tambah Susu Ibu

assalamualaikum wbt...

apakah makanan-makanan harian kita yang boleh membantu menambahkan susu ibu?

bagaimana pula cara penyediaannya?

jom baca!

LOBAK PUTIH


  • sangat sesuai dibuat sup yang dimasak bersama dengan daun kucai dan ikan bilis
  • boleh juga dijadikan jus untuk minuman

LOBAK MERAH

  • boleh dijadikan bahan asas dalam hidangan salad mahupun dicampurkan bersama sayur-sayuran lain menjadi menu sayur campur

SAWI

  • sedap dijadikan sayur tumis bersama beberapa jenis sayur-sayuran lain

KUCAI


  • sering kali menjadi bahan yang dimasak bersama bihun, cucur udang dan lain-lain
  • boleh juga ditumis bersama tauge dan tauhu menjadi menu sayur

PUCUK MANIS

  • lazat dimasak sebagai gulai lemak atau tumis air

GETI

  • sayur ini biasanya dijadikan bahan masak lemak atau tumis air

PEGAGA

  • lazimnya dijadikan sebagai ulam dimakan bersama belacan dan sebagainya

PERIA
  • boleh dicelur menjadi ulam atau dimasak bersama bahan-bahan mentah yang lain

JANTUNG PISANG

  • boleh dihidangkan sama ada secara celur, dijadikan kerabu ataupun dimasak lemak

OREN
  • enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus segar

BETIK
  • pucuk betik atau buah betik muda perlu dicelur dahulu sebelum dimakan bersama ulam dan nasi panas

HALBA
  • biasanya halba direndam dan airnya diminum begitu sahaja
  • ada juga yang lebih gemar jika ianya dicampurkan ke dalam masakan seperti kari ikan, suo, nasi lemak atau nasi dagang

JINTAN HITAM
  • anda boleh menggunakannya sebagai bahan asas masakan tertentu seperti sup, masak kicap dan lain-lain

BARLI

  • selain dibuat minuman, anda boleh juga membuatnya sebagai bubur

OAT

  • selain daripada dibuat bubur atau dicampurkan ke dalam minuman panas, anda boleh menggunakannya untuk menyaluti makanan goreng seperti ayam, roti dan sebagainya

KURMA
  • ia boleh dimakan begitu sahaja atau dikisar bersama susu untuk mendapatkan rasa susu yang enak
  • boleh juga dijadikan bahan asas kek, pastri dan lain-lain

LONGAN KERING

  • enak untuk dijadikan minuman harian
  • anda boleh rebus ia bersama kurma, kismis dan barli
  • lebih sedap jika direbus bersama sedikit gula merah

TAUHU DAN TEMPE

  • digoreng sahaja atau dicampurkan ke dalam masakan-masakan yang lain

SUSU

  • diminum begitu sahaja atau dijadikan smoothie dan lain-lain

KEJU
  • boleh menjadi bahan asas masakan seperti kek, pastri dan sebagainya
  • boleh juga dimakan begitu sahaja

KACANG SOYA

  • lazat diminum begitu sahaja!

p/s : 
  • perlu diingat bahawa jenis-jenis makanan yang dinyatakan ini hanya akan berkesan sekiranya anda kerap merangsang payudara mengeluarkan susu
  • jika payudara tidak dikosongkan dengan sebaik-baiknya, maka makanan yang diamalkan ini tidak akan mendatangkan sebarang kesan
  • makanan-makanan yang dinyatakan ini juga memberi reaksi berlainan bagi setiap individu
  • oleh itu, cuba terlebih dahulu setiap satu daripadanya bagi mengetahui sama ada ia berkesan untuk anda ataupun tidak
sumber : pa&ma August 2013



untuk keterangan lanjut mengenai produk penyusuan shaklee, hubungi :
Hamidah Che Ali
SID : 866664
017-9069616
amycheali85@gmail.com