Saturday, November 4, 2017

Doa Untuk Mengekalkan Hidayah Di Hati Kita

Assalamualaikum WBT.

Apa khabar korang harini?

Wikend ini kak amy sedikit occupied kerana mengikut mr hubby outstation di Kuantan. alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah semalam.

Selalunya wikend2 pon, ibu beranak 3 seperti kak amy ni memamng tak boleh rehat walaupun namanya hari cuti. kalo berehat lepak2, alamatnya rumah memang tidak terurus dan anak-anak tak terlayan😅😅😅

Korang yang ibu-ibu ni pon sure lebih kurang sama je jadual kita kan?

apa-apa pun, mindset ibu semestinya akan memberikan yang terbaik untuk keluarganya, kan?

semalam rakan seperjuangan Shaklee kak amy ada share di group whatsapp kami berkenaan dengan satu slot "tanyalah Ustaz" di TV9. slot tersebut berkenaan dengan cara menarik pelanggan. cuma bila kak amy ke akaun FB "Tanyalah Ustaz", kak amy tertarik dengan satu post yang di share iaitu cara mengekalkan hidayah di hati kita.

berikut kak amy share apa yang kak amy copy dari FB "Tanyalah Ustaz".

Doa Untuk mengekalkan Hidayah di Hati Kita :
Allah SWT berfirman:
رَبَّÙ†َا Ù„َا تُزِغْ Ù‚ُÙ„ُÙˆْبَÙ†َا بَعْدَ اِØ°ْ Ù‡َدَÙŠْتَÙ†َا ÙˆَÙ‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ù„َّدُÙ†ْÙƒَ رَØ­ْÙ…َØ©ً ۚ اِÙ†َّÙƒَ اَÙ†ْتَ الْÙˆَÙ‡َّابُ
robbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'da iz hadaitanaa wa hab lanaa mil ladungka rohmah, innaka antal-wahhaab
"(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 8)

* Antara yg lain adalah jaga Solat dan Ibadah supaya hidayah terjaga.

jom sama-sama kita mencari dan mengekalkan kemanisan hidayah di dalam hati kita. 

"Semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia.
Semoga urusan dunia yang kita kerjakan menyumbang kepada saham akhirat kita ke syurga kelak.
Ameen Ya Rabbal 'Alamin"

No comments:

Post a Comment