Showing posts with label kencing manis. Show all posts
Showing posts with label kencing manis. Show all posts

Saturday, March 1, 2014

Pregnant ladies out there!!! Kenapa perlu takut minum air gula?

Assalamualaikum wbt...

Rentetan dari perbualan warga MSE di group whatsapp baru2 ini mengenai prosedur minum air gula ketika mengandung.rata2nya memberikan feedback takut untuk minum air gula disebabkan oleh rasanya yg agak manis (dah nama pon air gula, kan? Huhu) dan meloyakan selepas minum. Tapi ada jugak yg memberikan feedback positive alhamdulillah =)

Jom kita ceduk sikit ilmu2 mengenai kencing manis ketika mengandung.


Apa itu kencing manis ketika mengandung atau “Gestational Diabetes Mellitus (GDM)”?

Ia adalah sejenis penyakit sementara di mana bacaan gula tinggi ketika mengandung.

Apa yang dirasai oleh ibu2 yang menghidap GDM ni? 

meh click sini utk tahu lebih lanjut mengenai simptom2 kencing manis. 

Yang paling saya nak highlight kan di sini adalah komplikasi2 GDM ni kepada ibu dan juga baby dalam kandungan

Komplikasi kepada ibu
Komplikasi kepada bayi
Tekanan darah tinggi, preeclampsia, eclampsia
Macrosomia
Berisiko mendapat kencing manis
Kelahiran pramatang

Respiratory distress syndrome

Hypoglycemia

Berisiko mendapat kencing manis

Kematian perinatal

Jom saya ulas satu2 komplikasi2 kepada bayi di atas

Macrosomia

istilah paling senang ialah bayi besar. kebiasaannya berat bayi yang normal adalah 2.5kg-3.5kg. sekiranya >3.5kg, ianya dikategorikan sebagai bayi yang besar

Kelahiran pramatang

usia kandungan macam mana dikira pramatang? Jika si ibu melahirkan bayi sebelum 37minggu usia kandungan, ianya dikira pramatang..bak kata orang tganu “lahir dok cukup bulan” =)

respiratory distress syndrome

kebiasaannya berlaku di kalangan bayi yang dilahirkan dalam keadaan paru2 yang masih belum matang. Ianya disebabkan oleh kekurangan “surfactant”.

Apa itu “surfactant”? surfactant ni dalam bahasa mudah ialah bahan yang bertanggungjawab menolong mengisi udara ke dalam paru2 dan mengelakkan paru2 menjadi kempis(deflating). Jadinya, ia merupakan bahan yang sangat penting untuk menolong paru2 berfungsi dengan normal di kalangan bayi yang baru lahir

Hypoglycemia

Hypoglycemia ni ialah keadaan dimana gula rendah di dalam darah. 

Kenapa bayi baru lahir boleh dapat gula rendah pulak ye? 
Ini kerana semasa dalam kandungan, bayi tersebut sudah terbiasa dengan keadaan gula tinggi (hyperglycemia) di dalam darah, jadi secara tidak langsung pancreas bayi sudah terbiase menghasilkan insulin (enzyme utk memproses gula dalam darah) yang tinggi utk compensate keadaan gula tinggi tersebut.

Apabila keluar dari kandungan ibu, tiada lagi keadaan gula tinggi tersebut tetapi disebabkan oleh kelenjar pancreas bayi tersebut sudah di train utk menghasilkan insulin yang tinggi, terjadilah penhasilan insulin melebihi dari keperluan. Sebab tu terjadinya hypoglycemia di kalangan bayi.
Hati-hati dengan hypoglycemia ni ye...nampak ciput je tapi bayi anda boleh dapat sawan (fit) kalo keadaan ini dibiarkan tanpa dirawat segera!

Kematian perinatal

Sepanjang pengalaman saya bekerja di klinik kesihatan, ini adalah antara “komplikasi feveret” di kalangan ibu2 yang menghidap kencing manis. Kebiasaannya berlaku dikalangan ibu2 yang gagal mengawal paras glucos (gula) di dalam darah ke tahap normal ketika mengandung.

Kematian perinatal ni senang nak cerita, bayi yang dah cukup semua sifat mati di dalam kandungan. Sedih kan bila beranak, tak kedengaran suara tangisan anak..yang ada hanyalah bayi yang sempurna sifatnya tapi tak bernyawa..

Ajal maut itu pasti tetapi Allah juga meyuruh hamba-Nya supaya berusaha. Berusaha di sini, bermaksud tanggungjawab ibu memastikan paras glucos sentiasa dalam keadaan normal ketika mengandung diselangi dengan doa kepada Allah supaya kandungan sentiasa sihat dan selamat.

Kenape saya tak ulas komplikasi kepada ibu?

Sbb ibu sendiri tahu dan rasa bila berlaku komplikasi tersebut dan cepat bertindak. Kalo komplikasi kepada bayi, kebiasaannnya tindakan lambat diambil dan ‘outcome’ nya sehabis mungkin hendak dielak.

So takut lagi ke nak berkorban skit  minum air gula? Terpulang pada anda..tepuk dada tanya iman =)


untuk yang mempunyai lebihan duit, boleh la mencuba set ibu2 mengandung shaklee. highly recommended especially ESP yang terkenal dengan paras glycemic index yang rendah!

berikut adalah cadangan supplemen yang sesuai untuk ibu mengandung (tak kira anda ada kencing manis atau tak) :

  • vitalea iron formula
  • b complex
  • vitamin c 500mg SR
  • ostematrix
  • energizing soy protein
  • omegaguard (2nd & 3rd trimester)
yang ni tepuk dada tanya poket ye =)


a gud video to share with :


HAMIDAH CHE ALI
SID 866664

your TRUSTED SID in miri and brunei!

Thursday, February 27, 2014

kencing manis, setakat mana anda tahu tentangnya?

assalamualaikum wbt..

kencing manis a.k.a diabetes mellitus...

Semua org tahu ape itu kencing manis kan? Ada yang cakap gula tinggi dalam darah.ada yang cakap air kencing itu sendiri yang manis.ade jugak yang bagi definisi penuh.

Yupp gula tinggi dalam darah dan air kencing yg manis (detect dari ujian air kencing) memang merupakan tanda2 penyakit kencing manis tapi tak semestinya. Contoh yang paling senang ;

Makcik senah (nama samaran) pertama kali pegi ke klinik harini.makcik segar bugar xde sakit ape2.Cuma mcm biase lah nak check kot2 ade darah tinggi kencing manis ke.

MA  di klinik pon ambik bacaan gula makcik senah.paras gula makcik senah harini 12mmol/l. MA tu terus cakap kat makcik senah, uish tingginye gula makcik.makcik ade kencing manis ni.meh saya bagi ubat kencing manis skrg. Betoi ka tindakan MA tu?

Haa..jawapannya salah ye kengkawan..mmg 12mmol/l tu tinggi bacaan gula makcik senah. Tapi makcik senah ni baru pertama kali pegi check.mungkin pagi tadi sebelum ke klinik, makcik dah pekena siap2 teh tarik gelas kaw2 punya tambah pulak dengan roti canai 3 keping!tu blum masuk side dish donut 2-3 bijik lagi tu =)

So jawapan yang betul, mak cik senah kene datang sekali lagi ke klinik utk diambil darah.seeloknya, makcik senah datang dalam keadaan berpuasa (perut kosong bermula jam 12tgh malam) supaya bacaan yang tepat boleh diambil. Lepas tu, kita tengok balik keputusan bacaan tadi.baru la boleh cakap makcik senah ni ada kencing manis atau tak.

Panjang pulak contoh saya..heeee..

Jom kita tengok ape itu kencing manis dalam erti kata sebenar.

·         Mula2 skali kita kena tau yg kita ni ade simptom ke tak. Kenapa kena tau? Sbb kalo kita ade simptom, sekali bacaan gula yang tinggi sahaje sudah memadai nak cakap yg kita ade kencing manis. Kalo xde simptom, perlu 2x bacaan paras gula yang tinggi,baru kita boleh cakap yg kita ade kencing manis (nnt bace ye ape simptom2 kencing manis kat bawah)

·         Yg kedua, kita kene follow diagram ni utk tahu samada kita ni dalam kumpulan mana


 
 
 
Kecik sangat la pulak diagram ni..sesenang kita tengok tableni jelah.tak payah serabutkan kepala. Biar doktor je yang serabutkan kepala tengok diagram tu k =)

 
Fasting
Random
Venous plasma glucose (mmol/L)
</= 7.0mmol/L
>/= 11.1mmol/L

Diagnostic values utk yang minum air gula (OGTT) pulak macam ni ye

Category
0 hour (mmol/L)
2 hour (mmol/L)
Normal
<6.1
<7.8
IFG
6.1 - 6.9
-
IGT
-
7.8 - 11.0
DM
>/= 7.0
>/= 11.1

 

So ape pulak simptom-simptom kencing manis ni?

Sadly said, kencing manis ni 50% takde simptom langsung! Sbb tu la ramai terkejut, check2 gula tinggi! Itu la jugak sebabnye kenape kementerian kesihatan malaysia suggestkan sesiapa yg berusia 30 tahun ke atas, sila2 lah melawat klinik utk check kencing manis ni.bukan lame pon..paling2 pon setengah hari je kot kene tunggu kalo patient terlampau ramai.kalo nak cepat lagi, pegi ke private clinic pon xpe. Janji setahun sekali check la okeh! Membebel pulak doktor nih! Hihi

Jom kita tengok ape dia simptom2 kencing manis...

1)      Polyuria – kerap kencing

2)      Polydipsia – kerap dahaga

3)      Polyphagia – makan banyak

4)      Lost of weight – turun berat badan

5)      Nocturia – kerap bangun utk kencing di malam hari

6)      Malaise/ lethargy – letih atau dokrok cettong org tganu cakap =)

7)      Altered vision – perubahan visual (pandangan kabur kebiasaannya)

Haaa..ade tak korang simptom2 di atas? Kalo ade, cepat2 ke klinik check glucometer anda ye!
 
Ni pulak faktor2 yang menyebabkan anda berisiko untuk dapat kencing manis
·         Usia 35 tahun dan ke atas
·         Sejarah keluarga menghidap kencing manis
·         Berlebihan berat badan
·         Tidak aktif bersukan
·         Darah tinggi
·         Sejarah kelahiran bayi yang besar (>3.5kg) atau mempunyai sejarah kencing manis ketika mengandung
·         Penyakit autoimmune (eg : hypo atau hyperthyroidism)
Korang termasuk dalam group2 ni ke? Jom2 ringankan kaki semua gi ke klinik utk check ya!
Ini adalah saranan supplemen2 shaklee yang korang boleh try..
·         Vivix
·         GLA complex
·         Zinc complex
·         B complex
·         Vita C 500mg SR
·         Alfalfa complex
·         Ostematrix
·         Carotomax
·         Vitalea
·         coQ health
tapi ingat tau, nasihat doktor jgn diabaikan. Kalo doktor mintak korang makan ubat, makanlah ok. Kebiasaannya, kami para doktor akan start ubat jika gula dah tinggi sgt tak boleh di control dengan diet =)
kepada sesape yang nak dapatkan diagram tu, boleh google " CPG Diabetes Mellitus " =)

source : Clinical practice guidelines diabetes mellitus
 
HAMIDAH CHE ALI
SID 866664
 
your TRUSTED SID in miri and brunei!