Saturday, June 24, 2017

Kenangan Raya 2009

assalamualaikum wbt.

Sempena hari raya, maka posting kak amy kali ni pon berkisar tentang kisah kenangan hari raya tahun 2009.

kenapa kak amy pilih tahun 2009? ada 2 sebab utama.

1) tahun pertama kak amy beraya semula bersama keluarga setelah 6 tahun beraya di perantauan

2) tahun terakhir beraya sebagai solo. hari raya ke-3 tahun 2009 adalah majlis akad nikah kak amy dgn en suami.

banyak benda yang berlaku pada tahun 2009 sebenarnya.

kak amy graduate Jun 2009. say babai to bumi Russia Julai 2009. lepak kat rumah tak sampai sebulan terus kena panggil interview spa dan seterusnya kursus induksi di Port Dickson pada 5 sept 2009 sebelum melaporkan diri sebagai salah seorang pegawai perubatan siswazah di salah satu hospital di Malaysia.

sebetulnya tarikh akad nikah dan perkahwinan kak amy dan en suami memamng dirancang pada hari ke-4 raya memandangkan ramai sanak saudara pulang beraya di kampung. pada masa yang sama jugak kak amy expect tiada panggilan kerja seawal bulan puasa memandangkan batch senior sebelum itu mmg tiada kursus btn di bulan puasa.

alih2 pada zaman kak amy, kami dipanggil ber'induksi' pada bulan puasa. pengalaman sungguh! dengan kad jemputan kahwin telah diedar, tarikh akad nikah telah di book dengan tok kadi. nak tak nak terpaksa pergi jugak. tawakkal je mase tu.

habis kursus induksi, kak amy diminta lapor diri di salah sebuah hospital kerajaan pada 15 sept 2009. mula-mula kerja memang culture shock habis. dah la bulan puasa, kerja pulak dengan sistem kesihatan di Malaysia yang memang totally lain dari Russia. terpaksa la kak amy dan kawan2 yang grad dari over the sea ni belajar balik from the scratch. pernah dengar tak dulu-dulu ada desas-desus mengatakan pelajar2 over the sea tidak kompeten? sebenarnya masalah utama kami adalah sistem berlainan yang dipelajari dengan sistem yang digunakan ketika kerja. tapi ramai yang dapat atasi masalah tersebut termasuk kak amy. pokok pangkalnya kalo tak tahu, bertanyalah, bukannya duduk diam dan missing in action.

posting pertama kak amy sebagai seorang houseman atau HO adalah di department pediatric. untuk pengetahuan korang, setiap kali melangkah ke department baru, HO2 macam kami ni perlu menjalani tagging dulu.berapa lama masa tagging bergantung kepada department tersebut dan HO tu sendiri. selagi tak habis tagging, nama x akan masuk dalam jadual oncall. penat tagging ni sebenarnya sebab kerja seawal 6 atau 7 pagi dan habis paling awal pon pkl 9 malam,lagi banyak kes lagi lambat la balik. tagging ni adalah masa bilamana kita perlu belajar selaju mungkin apa perkara-perkara penting yang ada dalam department tersebut. contohnya kalo department pediatric, by the time habis posting, MO dan specialist expect kami dah boleh clerk case, ambik darah patient, set line dan sebagainya. jadi nak tak nak memang kena belajar laju2. kalo kat department surgical atau O&G plak, by the time habis tagging, MO dan specialist expect kami dah boleh scrub in assist dalam OT, buat simple procedure kat wad dan lain-lain.

 seminggu pertama mmg sangat2 stress. dengan tak paham habuk pon apa yang ada dalam case note patient, bukan asbab tak tahu pesakit sakit apa, tapi sistem history taking yang kami belajar agak berlainan dari yang dipraktikkan di malaysia. di tambah lagi dengan short form2 yang sangat banyak menyebabkan kak amy berasa sangat2 tertekan pada masa tu.

tekanan sampai kemuncak pada malam raya ke-3 pada hari akad nikah. pada hari raya ke-3, kak amy still kerja macam biasa sebelah pagi sampai pukul 7.30petang baru dibenarkan balik rumah. reminder! pukul 9mlm tu dah nak jadik bini orang hapa pon tarak. usahkan nak tolong2 kat dapur, tangan pon tak berinai lagi.

kak amy ingat masa tu, on the way balik rumah, kak amy call mak. nangis2 nak berhenti kerja. kena marah sebakul dengan mak. pastu tepon encik tunang plak mengadu. mata bengkak2 habis maghrib tu sebab tak tahan tekanan kerja. untuk makluman, dalam keluarga kak amy, kak amy lah yang mula2 skali jadi doktor. jadi mak memang takde experience anak2 dia jadi doktor sebelum ni. jadi memang dipandang remeh sungguh masalah kak amy pada masa tu huuuu.... nasib kak amy kuat semangat. teruskan jugak sampai berjaya harungi 2 tahun 3 bulan housemanship. 3 bulan tu bukan sebab di extend tapi cuti berpantang anak pertama.

sampai rumah ada kawan sama2 sekolah dulu tolong inaikan jari2. comot inai tu jangan cakap la. tak kesah dah janji inai je. nasib ade inai magic la jugak. pakai 15 min dah merah sikit2. boleh la kan dari takde langsung.

sekitar pukul 9 malam tok kadi dan rombongan en tunang datang. dengan sekali lafaz alhamdulillah kami selamat diijabkabulkan. esoknya kak amy diberi cuti sehari sebab kenduri sebelah kak amy. lusa terus sambung kerja. tulat cuti sehari kenduri sebelah suami pastu hari berikutnya terus sambung kerja macam biasa. 7am en suami hantar. pkl 1 tghari dia datang lagi kat hospital ajak lunch. pkl 10 malam ke atas dia jemput balik kerja. bila fikir2 balik, kesian en suami. dah la masa tu dia kerja jauh nun kat bintulu. dapat cuti kawin 2 minggu sepatutnya habiskan masa dengan kak amy tapi lain pulak jadinya. nasib baik juga dapat suami yg bersabar dan faham tuntutan kerja kak amy.

kesimpulannya tahun aidilfitri 2009 memang banyak kenangan dalam hidup kak amy. baru balik malaysia. baru masuk kerja.baru jadi bini orang. semuanya serba baru pada tahun 2009.

korang nanti kalo anak-anak nak jadi doktor, minta diorang prepare mentally dulu ye. jadi doktor tak mudah, tapi tak mustahil. yang penting jiwa perlu kental.

sekian sahaja bebelan kak amy untuk kenangan raya 2009.

raya korang macam mana pulak?


No comments:

Post a Comment