Sunday, June 25, 2017

MARRIED BY MOM & DAD

Assalamualaikum wbt.

Kak Amy bersiaran lagi.

penat2 balik beraya, kak amy dan en hubby layan satu rancangan tv di TLC. nama rancangan tu adalah "married by mom & dad". lama dah tak layan tv sebenarnya. kat rumah memang kami jarang tonton tv sangat. balik kerja pon dah kat pukul 6 petang. kelam kabut siapkan anak2 mandi dan memasak untuk dinner. lepas maghrib ajar anak2 mengaji dan dalam pukul 10 malam biasanya kak amy dan anak2 dah tidur keletihan.

berbalik kepada rancangan tv yang kami tonton. rancangan ini sebenarnya berkisar tentang ibu bapa yang mencari pasangan kepada anak masing-masing. rata-rata yang join rancangan ini menyatakan bahawa carian jodoh oleh ibu bapa adalah agak janggal, tambahan lagi di amerika yang serba moden.

pendapat kak amy, agak bagus jika ibu bapa yang carikan. biar ibu bapa yang screen dulu bakal menantu masing-masing, then baru kenalkan kepada anak-anak mereka.

korang rasa macam mana?

kak amy dan en hubby. secara jujurnya kami adalah dua pupu. mak kak amy dan ayah en hubby adalah sepupu. walaupun kami ada bau-bau bacang, tapi kak amy tak pernah tahu kewujudan en hubby. mak selalu bercerita dia ada seorang anak sepupu yang bekerja sebagai seorang doktor di hospital berdekatan dengan rumah kami. doktor yang dimaksudkan adalah abang ipar kak amy sekarang. tapi mak tak pernah bercerita berkenaan en hubby. bila risik2 balik, mak pon sebenarnya tak kenal en hubby ni. hihihi

kisah kami bermula ketika kak amy di tahun ke-5 sekolah perubatan di russia. seingat kak amy, haritu mak call berkali-kali dari malaysia. kak amy pulak tertinggal handphone dalam bilik dan pergi ke hostel sebelah untuk lepak bersama kawan2. bila balik bilik, kak amy tengok ada banyak misscall dari malaysia. pelik jugak sebab jarang sangat mak call dari malaysia. biasanya kak amy yang call mak.

takut ape2 yang tak diingini berlaku, kak amy pon reply balik call mak. masa tu tak mudah macam sekarang call malaysia. kena cari kad dulu sebab nak call murah. kad ala-ala macam i-talk kat malaysia. bila dah dapat call, kak amy tanya la mak kenapa mak call. pastu mak pon cerita la yang dia baru balik dari observe student dia kat kemaman. dah alang-alang sampai kemaman, mak ada gi melawat rumah sedara kami kat sana. sedara kami, sedara en hubby jugak.

mak jumpa en hubby kat sana. interview2 skit dan terus berkenan agaknya. tu yang call kak amy banyak kali kot. excited nak bagitau dia dah jumpe bakal menantu hahaha. memang syarat kak amy sebelum ni bila mak tanya bila nak kawin, kak amy letak syarat nak kawin dengan engineer hihi.

balik summer holiday tahun yang sama, kami dijumpakan oleh mak dan abang en hubby (en hubby dah takde mak ayah) kat restoran sate kajang glemer haji samuri. sampai sekarang meja dating pertama kami masih ada di situ. sekali je jumpe, terus mak dan kakak ipar en hubby berkira2 nak hantar rombongan nak bertunang. dan kami bertunang time summer break tu!

seterusnya setahun kemudian bila dah habis belajar, kami kawin.

sekarang?

kami dah ada 3 anak hihi.

and the stories goes on.

i love my hubby. i love my family.



1 comment:

  1. Wonderful story..semoga bahagia till jannah kak amy��

    ReplyDelete