Friday, June 23, 2017

6 KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan solat dhuha pada setiap pagi.


Jom sama-sama kak amy kongsikan 6 kelebihan solat dhuha.
1) DOSA TERAMPUN
Orang yang bersolat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah SWT.
"Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan." - HR TARMIDZI
2) ORANG BERTAUBAT
"Barangsiapa yang menunaikan solat dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah SWT."
"Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat." - HR HAKIM
3) TERCATAT SEBAGAI ORANG TAAT
Orang yang menunaikan solat dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah SWT.
"Barangsiapa yang solat dhuha dua rakaat, makan dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.
Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah SWT tulis dia sebagai orang yang taat.
Barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangunkan sebuah rumah di syurga untuknya." -HR AT-THABRANI
4) MASUK SYURGA DARI PINTU YANG KHAS
Orang yang istiqamah melaksanakan solat dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu dhuha yang disediakan oleh Allah SWT.
"Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu dhuha. Apabila kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,
"Di manakan orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah SWT." - HR AT-THABRANI
5) REZEKI BERES
Allah SWT mencukupkan rezekinya.
"Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupi di akhir harimu." - HR ABU DARDA
6) SUDAH BERSEDEKAH
"Orang yang mengerjakan solat dhuha, ia telah mengeluarkan sedekah. Masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.
Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma'ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.
sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat dhuha" -HR MUSLIM
ANYTHING ABOUT SHAKLEE?
HAMIDAH CHE ALI
017-9069616 (CALL/WA/MESEJ)

No comments:

Post a Comment